​Celoteh Ramadhan bahagian 11 – Menjelang fasa kedua puasa. 

Mungkin peti sejuk sudah penuh dengan makanan yang tak habis. Anak kecil yang tidak puasa diberikan sisa makanan semasa bersahur.

Mungkin juga lauk semasa berbuka ditutup dengan tudung saji dan dimakan semasa bersahur .
Ada beberapa pesanan saya tentang perkara-perkara tersebut.:
1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau sisa makanan waktu siang, mungkin tidak cukup dari segi nutrisi .  Ditambah pula dengan terlalu banyak kuih muih serta air manis semasa berbuka, ini menyebabkan anak itu tidak makan makanan seimbang. Ini akan menyebabkan sistem immune dia menurun. Menjelang hari raya, mungkin anak akan jatuh sakit .
2. Sisa makanan yang tidak habis perlu disimpan dalam peti sejuk selepas makan . Simpan dalam bekas bersesuaian dan panaskan sebelum dimakan semula. Buang sisa makanan yang ada dalam peti sejuk lebih tiga hari kecuali makanan adalah jenis kering dan tahan lama . Jika lauk pauk hendak disimpan lama, masukkan dalam freezer .
3. Jika dimakan lauk yang hampir basi atau mungkin tidak nampak basi tetapi sudah dibiarkan diluar lebih dari 6 jam, keracunan makanan mungkin berlaku. Lauk berkuah yang ada santan atau susu lagi cepat basi dari lauk digoreng kering.
4. Jika dapat cirit birit di awal puasa, itu mungkin gejala detox tetapi di pertengahan puasa, mungkin itu disebabkan keracunan makanan . Anak yang diberi sisa makanan yang tidak disimpan dengan betul pun boleh jadi mangsa keracunan makanan.
5. Untuk mengelak pembaziran, masak atau beli lauk hanya cukup untuk seisi keluarga  dan jika masak lebih untuk jimat masa, ketepikan yang lebih dan simpan dalam freezer untuk dikeluarkan pada masa hadapan..Nasi pun boleh disimpan freezer dan dikukus semula bila nak dimakan kelak.
Posting ini boleh dikongsi.

Untuk temujanji 0105439157
Dato Dr. Suriyakhatun Osman
#suriyapuasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s