Analisa Darah Hidup ( Live Blood Analysis)

Blood darkfieldmicrsocope

Ujian darah Hidupadalah analisa setitik darah segar dibawah mikroskop “dark field “.  Ia  dibuat oleh seorang pengamal kesihatan yang telah menjalani latihan untuk membuat bacaan tersebut.

 

 

Setitik darah segar boleh memberi maklumat berikut

  1. Kondisi bentuk dan tahap kesihatan sel darah merah
  2. kondisi, kuantiti dan kecergasan sel darah putih
  3. kerosakkan radikal bebas
  4. Imbangan asid dan alkali serta gangguan yang berlaku pada imbangan ( boleh digabungkan dengan ph meter )
  5. limfatic sama ada lancar atau lembab
  6. kewujudan kristal kolesterol sebagai indikasi keadaan urat darah -arteri dan kapilari )
  7. kewujudan fokus septic dalam badan
  8. keadaan kesihatan usus melalui bahan-bahan kurang hazam yang berada dalam darah
  9. kristal kuning  yang menunjukkan masaalah empedu a
  10. kristal merah yang menunjukkan masaalah usus besar
  11. keadaan pengaliran darah ( circulation)
  12. kristal asid urik ( gout) serta lain lain kristal ( boleh digabung dengan ujian darah )
  13. kewujudan allergi
  14. keadaan kadar oksigen dalam sel meral ( boleh gabung dengan oxymeter untuk kepastian )
  15. keadaan toksik dari logam berat ( heavy metal toxicity

Analisa ini tidak boleh memberi diagnosis penyakit namun akan memberi panduan kepada doktor untuk membuat kajian lanjutan

Analisa ini juga boleh menolong doktor untuk memberi pelan kesihatan kepada pesakit  dari segi pemakanan dan dan suplement seperti serbok alkali dan fiber serta vitamin, zat galian dan lain-lain bergantung pada keputusan analisa.

Selain dari ini , analisa ini boleh menolong doktor melihat perubahan dan kesembuhan yang berlaku selepas perubahan dibuat kepada pemakanan dan rawatan diberi .

Ujian analisa darah segar sering dilakukan dinegara Eropa dan Amerika serta United Kingdom dan ada juga pengamal yang kurang mahir salah guna cara analisa ini untuk mendorong pelanggannya memberi makanan suplement yang dijual. Adalah dinasihatkan pembaca berhati-hati dalam memilih pengamal yang jujur dan beretika untuk menjalani ujian ini.