Ada Apa Dengan Susu bahagian 2

Yang saya sebut semalam adalah berkenaan susu lembu segar.
Bila sebut segar atau fresh milk, yang kita selalu dapat adalah yang dibeli di pasar raya yang sudah di pasteurize. Ini adalah proses untuk matikan kuman dan proses ini penting sebab susu lembu boleh mengandungi kuman yang boleh bawa penyakit pada orang yang meminumnya.

Bezakan susu segar dari susu UHT. Susu UHT bukan susu segar, ia lalui proses panas yang lebih tinggi dan boleh disimpan tanpa peti sejuk sebelum dibuka. Proses pemanasan ini secara amnya menurunkan kualiti dan khasiat susunya.

Selain dari perbezaan beta casein dalam susu A1 dan A2, ada bahan lain dalam susu yang dikeluarkan secara komersial.

Susu yang terbaik adalah susu dari lembu yang memakan rumput asli. Lembu dari New Zealand adalah yang terbaik dalam perkara ini, manakala susu yang kurang khasiat atau lebih banyak pencemaran adalah dari lembu yang makan banyak jagung dan soya yang mungkin juga dari produk GMO serta mengandungi bahan herbicide dan pesticide. Ini kebiasaannya berlaku di USA.

Susu mengandungi banyak hormon yang memang semula jadi ada dalam susu, tetapi susu juga boleh mengandungi hormon yang diberikan untuk membanyakkan susu, akan tetapi, hormon ini, Bovine Somatotropin, tidak dapat diserap ke dalam badan manusia. Hormon yang boleh menjejaskan manusia yang minum susu adalah hormon jenis estrogenic dan juga IGF-1 (Insulin like growth factor). Susu dari lembu yang makan selain rumputlah yang ada phytoestrogen seperti soya mengandungi lebih banyak hormon estrogenic .

Ini antara sebab saya selalu suruh lihat dari mana susu dihasilkan dan apa proses yang susu itu lalui.

Apapun awas, jangan sampai anak terlalu bergantung pada susu sebab terlalu banyak susu bererti pengambilan terlalu banyak hormon yang akan ganggu proses badan dan mungkin juga bertindak sebagai carcinogenic.

Ada banyak lagi hormon yang mungkin terdapat dalam susu lembu dan sesiapa yang ingin tahu lebih boleh rujuk artikel rujukkan yang saya bagi linknya dibawah.
.
Selain dari hormon, susu juga boleh mengandungi racun herbicide dan pesticide yang terkandung dalam makanan dia dan inilah sebab tambahan kita perlu pilih lembu yang makan rumput .

Lembu yang sakit dirawat dengan antibiotik tetapi perkara ini tidak perlu dibimbang sebab negara dimana undang-undang keselamatan makanan ketat seperti di Australian dan New Zealan dan juga EU, susu yang dihasilkan telah diuji supaya tidak mengandungi antibiotik didalamnya .

Sebagai konklusi : Awas jangan terlebih minum susu, awas jangan salah pilih susu.

Esok kita bincang pula khasiat susu dan juga susu formula dan susu serbuk

further reading.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4524299/

Kisah makan sehari sekali tapi gemuk !

ImageImage

Kisah-kisah ini berlaku dikalangan pesakit saya :

Perbualan seperti ini sering berlaku !

1.. “Saya makan hanya sekali sahari, macam mana boleh gemuk nie?

Komen saya , bila tanya lebih lanjut, dia makan nasi dan lauk sekali dalam sehari, pada waktu

malam, lepas itu, dia terus tidur, dan sepanjang hari dia makan jajan, makan kuih, makan kacang,

makan biskut dan minum air manis. Ini semua dia tidak anggap sebagai makanan!

Oooi kawan, satu tin soft drink mengandungi 7 sudu teh gulas ia itu, 210 kalori sama dengan sepinggan nasi!

2. Baru tadi seorang ibu membawa anak montel nya , sakit kepala…ibunya kata macam mana gemuk ni, makannya tidak!

Saya pun tanya, ada tak dia minum air tin? Makan jajan, biskut dan kuih??
Jawab ibu, Oh tu laa yang dia makan!

saya : Buang air besar?

Ibunya : Tak lawas!!!

Saya berfikir : Alamak macam mana nak betulkan sakit kepalanya ..sebab musabab, kurang zat,
lebih toksin dari makanan tiruan! Gemuk disebabkan makan makanan yang berkalori tinggi tetapi kalori kosong. Kta sebut makanan yang kurang vitamin dan zat galian sebagai kalori kosong sebab yang kita dapat melalui makanan ini semata-mata kalori yang mampu mengemokkan tanpa memberi khasiat yang badan kita perlu.

( apakah dia kalori? ia adalah ukuran tenaga yang terkandung dalam makanan..tetapi kalau tidak dibakar menjadi tenaga, ia menjadi lemak!! Karbohidrat=4 kalori setiap gram, protin =4 setiap gram, lemak=8kalori setiap gram.)

Ada lagi sebab kita tidak galakan memakan satu kali dalam sehari. Badan akan adaptasi ke *fasting mode*. Ini bererti badan akan tidak mahu belanjakan *energy* sebab ia sangkakan kita dalam keadaan kebulur ( famine ) dan tidak cukup makanan, jadi badan jimat ‘energy’ dan akan menukarkan kalori dari makanan menjadi lemak. Akibatnya, kita akan rasa letih tak bermaya dan tetap gemuk! Juga kalau kita makan hanya sekali sehari , kita akan terlalu lapar dan makan banyak, maka penghadzaman tidak baik dan, juga, banyak dari apa yang kita makan bertukar menjadi lemak dan tidak bertukar menjadi tenaga. Lepas makan terus flat dan tidur, lagi parah sebab tidur lepas makan juga menyebabkan badan kita menukarkan kalori menjadi lemak!!
Sebab apa saya syurkan jangan makan lebih lewat dari 7.30 malam? Supaya badan kita ada banyak masa untuk process semua makanan yang telah dimakan waktu siang dan badan dapat uruskan pembuangan bahan perkumuhan dengan baik! Kalau kita asyik makan saja, badan tidak cukup masa untuk pembuangan waste product dan akan terkumpul berbagai toksin dalam badan