Susahnya nak makan sihat !

Image

Spectrum of Life (SOL) dibuka secara soft launch dan saya mula menganalisa keputusan ujian QFA dan Esteck . Rupanya semakin banyak yang saya analisa semakin saya dapat lihat kesan pemakanan atas biological terrain . Pengambilan karbohidrat dan daging yang tinggi tanpa imbangan dengan sayuran dan buah akan mengubah biological terrain tisu badan kearah ‘acidic .’ Kurang mineral juga akan menyebabkan ‘acid’ dan ini akan menyebabkan tulang mengalami proses kurang mineral juga dan senang dapat lenguh badan. Pengambilan banyak ‘junk food’ rosakkan penghazaman dan saya dapat lihat kesan makan ‘junk food’ keatas kesihatan perut, hati , kidneys dan sistem immune . Mungkin ada yang bengang dan buntu bila saya suruh ubah cara makan .

Disini ada satu cadangan untuk kurangkan pengambilan tepung putih . Cuba resepi pancake saya ini :

High Protein pancake
High Protein pancake
  • Satu senduk tepung putih( ya tepung putih sebab senang dapat dan murah, kita modify dengan menambah ramuan setersunya),
  • satu senduk multigrain instant mix ( boleh beli dari kedai organic )
  • sebiji telur, baking powder 1 sudu teh ( kalau takut aluminium contamination cari yang dari kedai organic )
  • 2 sudu  gula merah atau madu,
  • 1 paket susu kambing (20 gram) ,
  • air untuk jadikan ‘dropping consistency ‘ ,
  • 2 sudu besar minyak kelapa sawit,
  • garam bukit 1/2 sudu teh dan gaul atau masukkan dalam blender sehingga sebati

Panaskan saucepan dan minyakkan dengan sedikit virgin coconut oil tuang satu senduk dan tutup sehingga berlubang-lubang dan terbalikkan . Warna coklat muda dah boleh angkat . Makan dengan madu asli . Untuk variasi , masukkan kobis atau carrots yang telah disagat halus tapi jangan maniskan , ie savoury pancake ala Korean pancake . Kalau tak jumpa Multi Grain Instant mix , gantikan dengan oats atau soya powder . Ini sarapan yang high protein , banyak khasiat dan sedap !!! Yum yum !

Autistic Spectrum Disorder, a Holistic approach, homeopathy, neurofeedback and nutrition !

20111213-215243.jpg

Please follow the link below for the flyer about the talk .

https://www.dropbox.com/s/pn3qlyz5v4u1ajd/INHOUSE%20LEAFLET%20BRAIN%20TRAINER.pdf

Public Talk At Spectrum of Life Wednesday 30th October at Spectrum of Life Wisma Hrih Lotus ( Galleria ) Jalan Pahang on 30th October 20113 in the function room at 5 pm ! All are welcome ! Fill out the online form below  to book a place .

Elak lopak tu!

Pelanggan yang datang tidak semestinya sakit dan ingin tahu apa tahap kesihatan dirinya. Ujian- ujian saringan yang boleh dijalankan mampu memberi gambaran tahap kesihatan badan seorang serta mana satu penyakit yang bakal muncul jika pembetulan tidak dilakukan. Jika kita nampak ada lopak di tengah jalan dihadapan kita adakah kita nak langgar atau nak elak? Jika adik beradik yang tua dari kita semua mengidap kencing manis selepas umur 40 dan kita baru 35 tahun, apa usaha untuk elak penyakit yang sama? Adakah kita pun bakal mengidap juga menjelang umur 40. Ujian saringan atau screening seperti  Alfasight, Life Blood analysis, Bioresonance  mampu memberi gambaran  keadaan organ, tisu dan sel badan dan jika digabungkan dengan sejarah diri dan keluarga serta pemeriksaan fisikal dan ujian makmal akan memberi perawat kami maklumat untuk menolong pelanggan untuk membuat perubahan gaya hidup yang perlu untuk mengelak penyakit. Perubahan pada pemakanan, makanan kesihatan (health supplements), perubahan pada emosi ( banyak teknik dan rawatan termasuk homeopathy , Bach Flower, neurofeedback , dan EFT), boleh di sarankan kepada pelanggan. Pelan dan peta tindak tanduk, perbincangan terperinci isu-isu kesihatan kesemuanya kearah mutu kehidupan yang meningkat. Untuk menjadi insan yang capai matlamat hidup dunia akhirat , badan yang sihat rohani dan jasmani amat penting….practive healthcare. Adakah anda sudah bersedia untuk menerima anjakkan paradigma ini?

Alat scan thermography

Dari Facebook fanpage, Badan anda doktor anda 1-3

Repost Dari Fanpage tentang kesihatan badan, akan menjadi sebahagian penulisan untuk buku, maklum balas dialu-alukan, soalan -soalan akan membuahkan ide untuk kembangkan topik ini .

Badan anda doktor anda 1

Kuasa hayat badan kita yang menjaga semua proses yang berjalan dengan baik dan pastikan kita sebagai manusia tidak perlu memikirkan sendiri untuk jalankan semua proses yang berlaku seperti pernafasan dan penghazaman dan lain lain. Sakit yang dialami adalah cara badan kita memberitahu kita bahawa ada yang tidak kena. Maka, sakit perlu ditangani dengan membuat apa yang patut untuk pulihkan yang tak kena. Kuasa hayat menjalankan tugasnya dan pembetulan akan berlaku bila kuasa hayat berfungsi dengan optima. Sebagai contoh, bila badan diserang virus, kuasa hayat cetuskan aktiviti system immune yang akan menyebabkan demam. Demam bukan disebabkan virus tetapi disebabkan kuasa hayat yang timbulkan demam untuk tingkatkan aliran darah ketempat tempat serangan untuk datangkan antibody serta makanan dan buang toksin yang disebabkan virus . Kita akan cuba hilangkan demam dengan panadol dan tindakkan panadol adalah memaksa badan turunkan demam sedangkan demam itu perlu untuk proses pemulihan badan dan proses melawan infeksi. Lama kelamaan bila selalu sangat kita gunakan paracetamol, ia menjejaskan kuasa hayat dan sistem immune . Bila kuasa hayat sudah tidak optima, maka bila dapat serangan virus atau bakteria atau fungus ataupun badan mengalami sebarang trauma, kuasa hayat tidak dapat pulihkan sepenuhnya dan timbullah penyakit kronik . Bukan setakat paracetamol / panadol yang boleh memberi tekanan pada kuasa hayat, banyak lagi jenis ubat boleh buat demikian .

2

Penyembuhan berlaku dengan secara spontan. Ini memang sebuah hakikat . Allah swt jadikan badan kita ini berupaya untuk baik pulihkan setiap sel dan organ yang terjejas disebabkan kuman atau mana-mana patogen yang menyerang. Badan kita mampu pulih dari trauma, sama ada trauma pada emosi atau trauma pada fisikal . Yang tidak boleh pulih adalah organ atau sel dan angota badan yang mengalami kerosakkan yang total dan selain dari itu badan kita boleh pulih. Maka kita berfikir kalau betul begitu kenapa banyak penyakit menjadi kronik dan berulang-ulang? Jawapannya adalah bahawa ada kalanya sistem pemulihan badan kita terjejas dan tidak berfungsi dengan optima. Kita boleh guna istilah yang diguna oleh homeopath untuk menamakan sistem pemulihan ini sebagai ‘kuasa hayat’ atau dalam BI Vital Principle or Vital Force.

 3
Penyakit boleh disebabkan oleh pathogen ie bakteria virus dan fungus. Penyakit juga boleh disebabkan lifestyle atau gaya hidup dan juga alam sekitar. Ramai tidak sedar kesihatan mereka terjejas dari makanan mereka . Mutu makanan semakin menurun, lebih-lebih lagi dengan kegunaan kimia dalam menanam sayur dan tumbuhan serta dalam menternak binatang untuk makanan. Ramai tidak sedar pencemaran yang berlaku dan apa kesannya pada badan. Kalau daging dan sayur kita sudah ada kimia dan toksin tak boleh tidak kita akan makan kimia dan toksin. Lebih dari ini, jika kita minat makanan segera dan makanan yang ditinkan dan di bungkus dipasaraya, lagi banyak kimia akan masuk dalam badan kita. Lepas ini, bila kita terjejas dengan kimia ini, kita menambahkan kimianya dengan memakan ubat tahan . Tahan sakit, tahan sakit kepala, tahan demam , tahan darah tinggi dan tahan kencing manis. Tak peliklah semakin lama semakan terbeban kidney dan liver kita dan timbulllah penyakit penyakit berkaitan !

Makan !

Saya nak ceritakan sedikit tentang apa yang sering di amalkan di kalangan pesakit tentang makanan, statement-statement yang mereka buat berkenaan dengan makanan:
1.  “Saya makan hanya sekali sahari, macam mana boleh gemuk nie?

Jawapannya :
bila tanya balik, dia makan nasi dan lauk sekali dalam sehari, makan waktu malam, lepas itu terus tidur, dan sepanjang hari makan jajan, makan kuih, makan kacang, makan biskut dan minum air manis..
Oooi kawan, satu air tin mengandungi 7 sudu teh gula bersemaan dengan 210 kalori
sama dengan sepinggan nasi!

2. Baru tadi seorang ibu membawa anak montel nya , sakit kepala…ibunya kata macam mana
gemuk ni, makannya tidak!

Selanjutnya:
Anak ini ada minum air tin? makan jajan, biskut, kuih??

Ibunya menjawab: Oh tu laa yang dia makan!

Saya : Buang air besar?

Ibunya : Tak lawas!!!

Dalam hati : Alamak macam mana nak betulkan sakit kepalanya ..sebab musabab, kurang zat,

lebih toksin dari makanan tiruan! Gemuk kenapa, makan makanan yang berkalori tinggi tetapi
kalorri kosong. Kta sebut makanan yang kurang vitamin dan zat galian serta serta sebagai
kalori kosong sebab yang kita dapat melalui makanan ini semata-mata kalori(.eer aper dia
kalori, ia adalah ukuran tenaga yang terkandung dalam makanan..tetapi kalau tidak dibakar
menjadi tenaga, ia menjadi lemak!! Karbohidrat=4 kalori setiap gram, protin =4 setiap gram,
lemak=8kalori setiap gram.)

Ada lagi sebab kita tidak galakan memakan satu  dalam sehari. Badan akan pergi ke
*fasting mode*. Ini bererti badan akan tidak mahu belankakan *energy* sebab ia sangkakan
kita dalam keadaan kemarau dan tidak cukup makanan, jadi badan conserve energy dan
akan menukarkan kalori dari makanan menjadi lemak. Akibatnya, kita akan rasa letih tak
bermaya dan tetap gemuk! Juga kalau kita makan hanya sekali sehari , kita akan kebulur dan
makan banyak, maka penghadzaman tidak baik dan, juga, banyak dari yang kita makan
bertukar menjadi lemak dan tidak bertukar jadi tenaga. Lepas makan terus flat dan tidur, lagi
parah sebab tidur lepas makan juga menyebabkan badan kita menukarkan kalori menjadi
lemak!!!
Sebab apa saya syurkan jangan makan lebih lewat dari 7.30 malam? Supaya badan kita ada
banyak masa untuk process semua makanan yang telah dimakan waktu siang dan badan
dapat uruskan pembuangan bahan buangan dengan baik! Kalau kita asyik makan saja,
badan tidak cukup masa untuk pembuangan waste product dan akan terkumpul berbagai
toksin dalam badan.

Kesihatan anda tanggung jawab sendiri bahagian 1

Pendahuluan

Perjalanan saya menjadi seorang perawat yang memberi tumpuan kepada kesihatan dari segi fisikal rohani dan jasmani bermula apabila ayah saya yang pada masa itu sedang sakit tenat, mengidap kanser berpesan kepada ibu saya , ” Ni suruh Aton jadi doktor, kalau ada yang sakit dalam keluarga kita senang, ada doktor dalam rumah.”  Ayah saya meninggal semasa saya berada di tingkatan 4  dan selepas lulus MCE ( sebelum SPM ) dengan cemerlang, saya ditaja oleh JPA untuk mengambil kursus MBBCh ( medicine ) di Mesir.

Pada tahun akhir kursus perubatan, semasa saya sedang membuat persedian menghadapi peperiksaan akhir MBBCh, saya mendapat penyakit allergik yang agak teruk, sehingga mata saya bengkak berair dan saya sentiasa bersin. Setiap kali makan ubat allergi , saya jadi mengantuk dan perlu tidur. Ada seorang antara junior saya yang telah belajar homeopathy. Saya bertemu dengannya untuk dapatkan ubat .  Dia memberi pada saya tiga bungkus kecil pil bulat, kecil dari telur cicak  dan menyuruh saya hisap pil-pil itu setiap 12 jam.  Sebaik saja saya  ambil bungkus pertama, saya berasa tenang tetapi nafas saya menjadi berat sedikit .  Malam itu saya tidur dengan selesa dan saya bangun pada  pagi esoknya tanpa mata bengkak dan tanpa bersin. Yang lebih gembirakan saya, saya dapat menyapu bilik tanpa bersin . Dua bungkus lagi saya sudah tidak perlukan sebab penyakit saya telah hilang dengan bungkusan pertama itu .  Kesembuhan yang datang dari Allah swt dalam bentuk seorang sahabat yang memberikan penawar homeopathy kepada saya telah membuat saya mencari pengamal Homeopathy setelah balik Malaysia dan bekerja.  Saya jumpa guru pertama saya  Dr Dali Muin di klinik homeopathynya di Kampung Baru dan dari saat itu pada tahun 1982  sehingga sekarang, saya masih terus mencari ilmu merawat diri dan juga orang ramai . Pengalaman ini yang saya akan kongsikan dalam blog ini dan juga akan saya jadikan sebuah buku.

Senario kes di Spectrum of Life ( soft launch hingga 4 November 2013)

butiran telah diubah supaya melindungi identiti pesakit .
Seorang wanita umur 32 dua tahun bernama Ana mengadu datang bulannya terlalu jarang . Bila ditanya, dia berkata tidak ada lain-lain penyakit. Setelah diperiksa, pesakit ini mempunyai ciri-ciri wanita , ie semua secondary sexual characteristics lengkap dan tidak menunjukkan ciri-ciri testoserone tinggi ( lebih bulu roma , jerawat dan tambah berat badan )
Setelah jalani BR scan, BR scan menunjukkan bahawa thyroid gland under function. Juga penghadzaman terjejas. Bila ditanya, rupaynya memang dia ada masaalah, bila makan sedikit sudah rasa terlalu kenyang serta buang air besar selang sehari . Dia tidak tahan sejuk serta menhalami gatal kulit bila sejuk . Kesemua ciri ini menunjukkan under function thyroid . Ilmu ini bukan ilmu perubatan konvensyenal , ilmu ini dari ilmu herbal dan homeopathy. Sunguhpun dia datang haidh hanya 3 kali dalam setahun, setiap haidh adalah sakit di ari-ari masa nak datang . Pesakit diberikan rawatan akupuntur, untuk di ulang 5 kali , Pesakit diberi penawar homeopathy mengikut gejala dan semboyan yang ada. Penawar homeopathy akan menolong badan membuat pembetulan pada thyroid dan penghadzaman . Pesakit ini kurang kemampuan tapi bagi yang mampu saya akan berikan juga preskripsi probiotic dan enzymes untuk menolong penghadzama serta chlorella untuk menarik toksin dan berikan nutritisi yang perlu . Dia perlu datang untuk rawatan susulan buan depan . Kos rawatannya , konsult homeopathy RM 105 ( harga diskaun, harga biasa RM 150 ) BR scan telah diberikan percuma sehingga 4 November. Kos ubat homeopathy adalah RM 15 . Akupuntur Rm56 satu sessi sehingga 4 November. 2013-10-09 09.06.26

Gabungan BR scan dan homeopathic consultation memberikan gambaran masaalah kesihatan wanita ini dan kes-kes begini sering dirawat dengan jaya , mengunakkan cara yang lembut dan berkesan !

Sugar beet

Tadi ke pasaraya dan jumpa sugarbeet! Sugarbeet memang makanan yang ada banyak khasiat tapi ramai tak tahu kita boleh buat jus dari sugarbeet. Saya belajar makan sugarbeet semasa belajar di Mesir dan orang Mesir akan rebus dan hiris serta letakkan sedikit minyak zaitun, garam dan lemon . Sugarbeet boleh dibuat jus tanpa masak . Tadi saya buat jus. Basuh bersih dan berus, potong dan masukkan dalam juicer. Kalau tak ada juicer, masukkan dalam blender dan tapis . Campur dengan jus epal dan carrots. Jangan buat pekat sangat sugarbeet sebab akan jadi kelat. Air kencing dan najis mungkin jadi merah jadi jangan terperanjat ! Nak baca lebih sila baca artikel dari Yahoo News ini:

http://voices.yahoo.com/15-health-benefits-beets-fight-cancer-more-805501.htmlBeet

Minyak masak yang mana baik dan perbincangan sekitar minyak masak

Dari Fanpage Dr Suriyakhatun on Facebook :

Ramai pula yang tanya tentang minyak masak. Saya syurkan minyak kelapa sawit. Ada dua jenis, yang biasa dan yang merah. Yang merah ada lebih banyak khasiat tapi yang biasa pun adalah minyak yang paling baik sebab stabil pada suhu tinggi dan juga tidak akan hasilkan trans fat. Minyak kelapa sawit telah diburuk-burukkan oleh media barat sebab kepentingan ekonomi mereka dan yang terakhir mereka suruh boycott sebab kononnya ladang sawit menyebabkan orang utan hilang tempat tinggal..mana ada..kita jaga orang utan kita siap ada sanctuary lagi. Ada yang tanya minyak sunflower masih kurang stabil dengan suhu panas..Canola oil:  jangan beli sebab ini minyak yang asal dari rapeseed yang memang ada racun., corn oil:  tak stabil bila goreng, cotton seed oil.: siapa pernah guna tahu habis melekat kat periuk belanga, minyak zaitun: ya bagus tapi jangan guna utk goreng, minyak kacang : senang perat  dan minyak perat jangan guna. Minyak sawit pun jangan guna berkali kali sampai hitam:  minyak rosak bahaya. Itulah sebabnya saya tak galakkan hari hari makan goreng pisang beli di warung. Saya pernah rawat penjual goreng pisang. .dia baru mula menjual dalam 2 bulan dan bila tak habis dia makan.  Hati ( liver)  dia bengkak ie dia dapat sejenis penyakit yang menjejaskan hatinya . Kalau nak baca lebih tentang palm oil silakan ke link ini.
http://www.epic4health.com/paloilandcor.html

Dari pertanyaan pembaca :

Dalam banyak banyak pertanyaan yang hujani kotak mesej saya, saya rasa soalan ini perlu saya cuba jawab dengan ringkas. Sebenarnya kalau saya jawab panjang pun akan menjadi terlampau teknikal . Bagi yang ingin tahu lebih saya boleh berikan link bacaan tambahan . Soalannya : Saya sudah bertahun -tahun gunakan minyak jagung dan minyak Canola sebab ingatkan minyak sawit tidak baik untuk kesihatan. Macam mana saya nak tahu sama ada badan saya terjejas disebabkan minyak itu. Yang menjadi masaalah adalah mengunakan minyak minyak ini untuk goreng ayam, ikan, keropok , karipap dan lain-lain sebab deep fat frying gunakan suhu yang tinggi dan juga kalau kita simpan minyak bekas goreng dan guna berkali-kali. Yang boleh terjejas adalah 1. Arteries boleh clogged up 2. Untuk wanita PCO , polyciystic ovarian syndrome sebab terjejas pathway prostaglandin dari minyak rosak dan terhasil lebih testosterone dari progesterone. Perkara ini boleh berlaku juga dengan pengambilan margerine dari minyak sayur yang mengandungi trans fat . Bagaimana nak tahu ? Buat screening tests untuk jantung, ujian darah termasuk lipid profile, stress test ECG dan kalau lebih dari 40 tahun dan ada tanda tanda tekanan darah naik serta mencungap bila naik tangga, buat angiogram, agak mahal kos nya . Kini ada juga ujian yang tidak susah dan juga tidak perlu masuk ubat dalam urat dan masuk wire dalam urat ia itu ESTECK . ESTECK ada di Spectrum of Life dan ESTECK mampu mengkaji tahap kesihatan jantung dan peredaran darah serta oksigen kejantung serta kadar kekerasan arteri ( arterial resistence ) . Mungkin ada yang akan bertanya lagi , kalau terjejas nak buat apa , insya allah akan saya cuba sambung diposting berikutnya

Kanser mampu dicegah dengan cara proaktif !

Caricature drawing by Korean ArtistSemalan semasa mengajar seorang doktor perubatan Homeopathy untuk duduki peperiksaan LFHom, saya ceritakan tentang perasaan kesal saya bila tidak dapat selamatkan sahabat saya dari mengalami penyakit yang sama seperti kakaknya. Saya gagal sebab saya tidak beritahu sahabat saya yang ada rawatan mencegah untuk cancer dan bila kita ada sejarah cancer dalam keluarga, terutama keluarga terdekat seperti adik beradik kita sendiri maka risiko cancer bagi kita menjadi berlipat ganda. Cancer boleh dihidarkan dengan beberapa strategi dan yang paling utama adalah rawatan homeopathy yang disebut constitutional treatment . Ini bukan sebarang rawatan homeopathy tetapi sebuah rawatan yang khusus di arahkan kepada penyakit penyakit genetic yang ada dalam keluarga kita, termasuklah penyakit cancer, kencing manis, auto immune dan lain lain. Rawatan homeopathy sahaja tidak cukup untuk cegah cancer dan langkar-langkah lain termasuk menukar cara makan dan mengendalikan stres dalam kehidupan . Ini termasuk mengubah gaya hidup dan juga mengubah sikap . Saya selalu sebut bahawa penyakit kanser ada equationnya ia itu genetic+  toksin kimia+ emotional toksin= cancer
Untuk hindarkannya , kena pastikan semuanya ini ditahap rendah atau lenyapkan sama sekali .
Senang tapi susah betultak ?
Toksin kimia wujud dalam alam sekitar dalam bentuk air pollution, water pollution dan dalam makanan dalam berbentuk toksin makanana, pengawet, perasa tiruan , pewarna dan lain lain.
Toksin emosi wujud dalam diri kita bila sentiasa berhadapan dengan orang-orang negative atau kita sendiri bersikap negatif, bekerja dengan boss yang jahat dan memaksa serta memerah keringat kita tanpa memikirkan kebajikan kita . Apa yang dapat kita ubah adalah beberapa sikap dalam diri kita ia itu sikap pemaaf, redha dan syukur. Bukan saya sarankan untuk kita jadi lemah dan beralah tapi saya sarankan kita pupuk dan didik sikap ini disampin memastikan kita elak dan betulkan suasana dirumah dan ditempat kerja dan betulkan kezaliman dikeliling kita ! Orang yang memendam rasa memang ada kemungkinan mengeramkan kanser dalam badannya jika ada genetic kanser dan terdedah kepada toksin kimia !