
CANDIDA
Semua orang ada Candida sebab Candida sebahagian dari penghuni usus manusia. Bila populasi Candida membiak lebih dari sepatutnya barulah ia timbulkan masaalah. Perkara ini berlaku bila microbiota usus tidak dari jenis bakteria yang sepatutnya atau tidak berkembang dengan sihat. Kita sering panggil penyakit fungus candida ini kurap. Ia sejenis yeast dan ia dari keluarga fungus.
Candida boleh bertapak dikulit apabila ada candida dalam usus. Candida memang penghuni biasa dalam usus tetapi populasinya terkawal oleh microbiota baik namun bila ada ketidak seimbangan dalam microbiota usus, candida akan membiak dengan pesat dan berjangkit ke mulut dan kulit.
Makanan candida adalah gula dan makanan berproses. Gula membiakkan candida. Apabila candida di kulit dirawat dengan krim steroid, ia menjadi nipis tetapi sempadannya merebak. Ini adalah sebab steroid menahan radang tetapi menggalakkan candida merebak. Sering juga saya dapati kes candida yang sedikit merebak jadi candida yang serius disebabkan steroid dan ini sering berlaku dikalangan bayi sebab disangkakan eczema.
Birth passage ibu ada microbiota yang menjadi microbiota usus anak semasa ia melaluinya dalam perjalanan keluar dari rahim ibu. Anak yang lahir secara ceaser tidak lalu birth passage dan juga mendapat antibiotik yang diberi kepada ibu secara rutin selepas caeser dari air susu ibu maka
1. Tidak dapat dos awal microbiota
2. Tidak dapat dos seterusnya dari susu ibu sebab dimatikan oleh antibiotik.
Bila microbiota usus tidak berkembang seperti yang sepatutnya, candida ada peluang membiak. Candida dikawal oleh bakteria baik dan kekurangan bakteria baik membiakkan candida. Candida juga penghuni usus. Ia tidak dimatikan oleh antibiotik.

Kalau anak diberi antibiotik atau minuman bergula ia akan menyebabkan candida membiak dalam usus dan seterusnya kurap lampin dan oral trush akan berlaku. Candida di kulit akan nampak bulat dan bersisik di bahagian tepi dan licin di tengah. Bayi yang mengidap candida mungkin akan dapat tompok putih macam susu dalam mulut dan bila air liur meleleh, leher akan merah dan ada bintat merah serta jika dilihat dengan teliti, yang bulat bersisik akan ada. Candida di kawasan lampin bermula dari lubang dubur dengan bintat merah dan juga yang bulat bersisik.

Wanita boleh mengidap candida di faraj dan tandanya adalah keputihan yang macam susu basi dan ini gatal. Paling kerap waktu mengandung, atau yang ada kencing manis dan juga bila makan ubat perancang. Candida boleh bermula selepas pengambilan antibiotic sebab anitbiotic membunuh microbiota yang kawal candida dan tidak membunuh candida.
Faktor penyebab candida:
– Pengambilan antibiotic yang membunuh bakteria baik tetapi tidak membunuh bakteria jahat dan candida
– Dilahirkan secara Ceaser
– Lahir normal tapi ibu ada Candida, contohnya keputihan dan gatal faraj
– Pengambilan ubat perancang
– Ada kencing manis
– Suka makan makanan berproses dan banyak ambil gula putih serta refined carbs sebab ini makanan Candida
– Tidak suka makanan berserat, serat adalah makanan bakteria baik. Fibre adalah prebiotic dan adalah makanan untuk gut microbiota.
– Ada pencemaran mercury dalam system. Ini boleh berpunca dari makanan laut atau dental filling atau berbentuk amalgam atau vaksin yang ada Thiomersol. Buat Hair Tissue Mineral Analysis untuk ketahui ada toksin logam berat atau tidak. Telah didapati ada kaitan antara Candida dan logam berat Mercury.
Untuk hapuskan Candida, kita kena tingkatkan microbiota baik dalam usus, berikan dia makan dan tambahkan populasi nya dengan makanan fermented yang ada bakteria baik. Kefir, tempe, kimchi, kombucha, yoghurt, tempoyak antara makanan probiotic. Probiotic adalah makanan yang ada bacteria baik. Ada juga dijual dalam bentuk capsule seperti Lacto 5 atau Lacto GG. Saya galakkan ambil makanan dan bukan capsule.
Antara langkah yang boleh di ambil:
• Hapuskan semua makanan berproses dan gula dari diet
• Ambil rawatan khusus untuk betulkan, rawatan homeopathy berkesan
• Ambil anti fungal foods dan herbs seperti Pau D Arco dan Nystatin serta Garlic dan Virgin coconut oil.
• Ambil probiotic Superfoods seperti Gum Arabic dan, Baobab fruit. Ambil supplement detox foods yang boleh mop up toksin logam berat seperti Chlorella.