Dari Facebook fanpage, Badan anda doktor anda 1-3

Repost Dari Fanpage tentang kesihatan badan, akan menjadi sebahagian penulisan untuk buku, maklum balas dialu-alukan, soalan -soalan akan membuahkan ide untuk kembangkan topik ini .

Badan anda doktor anda 1

Kuasa hayat badan kita yang menjaga semua proses yang berjalan dengan baik dan pastikan kita sebagai manusia tidak perlu memikirkan sendiri untuk jalankan semua proses yang berlaku seperti pernafasan dan penghazaman dan lain lain. Sakit yang dialami adalah cara badan kita memberitahu kita bahawa ada yang tidak kena. Maka, sakit perlu ditangani dengan membuat apa yang patut untuk pulihkan yang tak kena. Kuasa hayat menjalankan tugasnya dan pembetulan akan berlaku bila kuasa hayat berfungsi dengan optima. Sebagai contoh, bila badan diserang virus, kuasa hayat cetuskan aktiviti system immune yang akan menyebabkan demam. Demam bukan disebabkan virus tetapi disebabkan kuasa hayat yang timbulkan demam untuk tingkatkan aliran darah ketempat tempat serangan untuk datangkan antibody serta makanan dan buang toksin yang disebabkan virus . Kita akan cuba hilangkan demam dengan panadol dan tindakkan panadol adalah memaksa badan turunkan demam sedangkan demam itu perlu untuk proses pemulihan badan dan proses melawan infeksi. Lama kelamaan bila selalu sangat kita gunakan paracetamol, ia menjejaskan kuasa hayat dan sistem immune . Bila kuasa hayat sudah tidak optima, maka bila dapat serangan virus atau bakteria atau fungus ataupun badan mengalami sebarang trauma, kuasa hayat tidak dapat pulihkan sepenuhnya dan timbullah penyakit kronik . Bukan setakat paracetamol / panadol yang boleh memberi tekanan pada kuasa hayat, banyak lagi jenis ubat boleh buat demikian .

2

Penyembuhan berlaku dengan secara spontan. Ini memang sebuah hakikat . Allah swt jadikan badan kita ini berupaya untuk baik pulihkan setiap sel dan organ yang terjejas disebabkan kuman atau mana-mana patogen yang menyerang. Badan kita mampu pulih dari trauma, sama ada trauma pada emosi atau trauma pada fisikal . Yang tidak boleh pulih adalah organ atau sel dan angota badan yang mengalami kerosakkan yang total dan selain dari itu badan kita boleh pulih. Maka kita berfikir kalau betul begitu kenapa banyak penyakit menjadi kronik dan berulang-ulang? Jawapannya adalah bahawa ada kalanya sistem pemulihan badan kita terjejas dan tidak berfungsi dengan optima. Kita boleh guna istilah yang diguna oleh homeopath untuk menamakan sistem pemulihan ini sebagai ‘kuasa hayat’ atau dalam BI Vital Principle or Vital Force.

 3
Penyakit boleh disebabkan oleh pathogen ie bakteria virus dan fungus. Penyakit juga boleh disebabkan lifestyle atau gaya hidup dan juga alam sekitar. Ramai tidak sedar kesihatan mereka terjejas dari makanan mereka . Mutu makanan semakin menurun, lebih-lebih lagi dengan kegunaan kimia dalam menanam sayur dan tumbuhan serta dalam menternak binatang untuk makanan. Ramai tidak sedar pencemaran yang berlaku dan apa kesannya pada badan. Kalau daging dan sayur kita sudah ada kimia dan toksin tak boleh tidak kita akan makan kimia dan toksin. Lebih dari ini, jika kita minat makanan segera dan makanan yang ditinkan dan di bungkus dipasaraya, lagi banyak kimia akan masuk dalam badan kita. Lepas ini, bila kita terjejas dengan kimia ini, kita menambahkan kimianya dengan memakan ubat tahan . Tahan sakit, tahan sakit kepala, tahan demam , tahan darah tinggi dan tahan kencing manis. Tak peliklah semakin lama semakan terbeban kidney dan liver kita dan timbulllah penyakit penyakit berkaitan !

Analisa Darah Hidup ( Live Blood Analysis)

Blood darkfieldmicrsocope

Ujian darah Hidupadalah analisa setitik darah segar dibawah mikroskop “dark field “.  Ia  dibuat oleh seorang pengamal kesihatan yang telah menjalani latihan untuk membuat bacaan tersebut.

 

 

Setitik darah segar boleh memberi maklumat berikut

  1. Kondisi bentuk dan tahap kesihatan sel darah merah
  2. kondisi, kuantiti dan kecergasan sel darah putih
  3. kerosakkan radikal bebas
  4. Imbangan asid dan alkali serta gangguan yang berlaku pada imbangan ( boleh digabungkan dengan ph meter )
  5. limfatic sama ada lancar atau lembab
  6. kewujudan kristal kolesterol sebagai indikasi keadaan urat darah -arteri dan kapilari )
  7. kewujudan fokus septic dalam badan
  8. keadaan kesihatan usus melalui bahan-bahan kurang hazam yang berada dalam darah
  9. kristal kuning  yang menunjukkan masaalah empedu a
  10. kristal merah yang menunjukkan masaalah usus besar
  11. keadaan pengaliran darah ( circulation)
  12. kristal asid urik ( gout) serta lain lain kristal ( boleh digabung dengan ujian darah )
  13. kewujudan allergi
  14. keadaan kadar oksigen dalam sel meral ( boleh gabung dengan oxymeter untuk kepastian )
  15. keadaan toksik dari logam berat ( heavy metal toxicity

Analisa ini tidak boleh memberi diagnosis penyakit namun akan memberi panduan kepada doktor untuk membuat kajian lanjutan

Analisa ini juga boleh menolong doktor untuk memberi pelan kesihatan kepada pesakit  dari segi pemakanan dan dan suplement seperti serbok alkali dan fiber serta vitamin, zat galian dan lain-lain bergantung pada keputusan analisa.

Selain dari ini , analisa ini boleh menolong doktor melihat perubahan dan kesembuhan yang berlaku selepas perubahan dibuat kepada pemakanan dan rawatan diberi .

Ujian analisa darah segar sering dilakukan dinegara Eropa dan Amerika serta United Kingdom dan ada juga pengamal yang kurang mahir salah guna cara analisa ini untuk mendorong pelanggannya memberi makanan suplement yang dijual. Adalah dinasihatkan pembaca berhati-hati dalam memilih pengamal yang jujur dan beretika untuk menjalani ujian ini.

Membuat keputusan dalam merawat penyakit.

Saya melihat pesaki di depan saya dengan perasaan simpati bercampur bengang.” Doktor, tolonglah buat keputusan untuk saya: nak bedah atau nak cuba rawatan lain?” Dukun kata ini penyakit disebabkab buatan orang dan boleh dirawat dengan cara kampung.” Lapuran histopatholoji dengan terang menunjukkan tumbuhan yang berada di payudaranya bersifat neoplasma peringkat 2 .

Dengan nada yang dikawal supaya tidak menampakkan perasaa saya menjawab, Saya tidak boleh membuat keputusan untuk puan. Saya hanya boleh tolong puan dengan cara memberi puan panduan dan jalan  untuk merawat barah ini. Tak kiralah buatan orang atau tidak, rawatan perlu berasaskan keberkesanan yang terbukti berdasarkan kajian dan penyelidikkan serta pengalaman orang yang telah sembuh dari penyakit ini.Selepas itu Puan boleh bincang dengan keluarga puan jalan terbaik. Kita boleh lihat dari sudut risiko, keberkesanan, kewujudan perawat yang mahir dan kos. Kesemua itu perlu dipertimbangkan oleh puan dan keluarga puan dan keputusan perlu diambil.

Bersambung …..

Pebulisan ini sebahagian dari buku

Apa yang doktor mungkin tidak akan bincang dengan anda …….