Dari Facebook fanpage, Badan anda doktor anda 1-3

Repost Dari Fanpage tentang kesihatan badan, akan menjadi sebahagian penulisan untuk buku, maklum balas dialu-alukan, soalan -soalan akan membuahkan ide untuk kembangkan topik ini .

Badan anda doktor anda 1

Kuasa hayat badan kita yang menjaga semua proses yang berjalan dengan baik dan pastikan kita sebagai manusia tidak perlu memikirkan sendiri untuk jalankan semua proses yang berlaku seperti pernafasan dan penghazaman dan lain lain. Sakit yang dialami adalah cara badan kita memberitahu kita bahawa ada yang tidak kena. Maka, sakit perlu ditangani dengan membuat apa yang patut untuk pulihkan yang tak kena. Kuasa hayat menjalankan tugasnya dan pembetulan akan berlaku bila kuasa hayat berfungsi dengan optima. Sebagai contoh, bila badan diserang virus, kuasa hayat cetuskan aktiviti system immune yang akan menyebabkan demam. Demam bukan disebabkan virus tetapi disebabkan kuasa hayat yang timbulkan demam untuk tingkatkan aliran darah ketempat tempat serangan untuk datangkan antibody serta makanan dan buang toksin yang disebabkan virus . Kita akan cuba hilangkan demam dengan panadol dan tindakkan panadol adalah memaksa badan turunkan demam sedangkan demam itu perlu untuk proses pemulihan badan dan proses melawan infeksi. Lama kelamaan bila selalu sangat kita gunakan paracetamol, ia menjejaskan kuasa hayat dan sistem immune . Bila kuasa hayat sudah tidak optima, maka bila dapat serangan virus atau bakteria atau fungus ataupun badan mengalami sebarang trauma, kuasa hayat tidak dapat pulihkan sepenuhnya dan timbullah penyakit kronik . Bukan setakat paracetamol / panadol yang boleh memberi tekanan pada kuasa hayat, banyak lagi jenis ubat boleh buat demikian .

2

Penyembuhan berlaku dengan secara spontan. Ini memang sebuah hakikat . Allah swt jadikan badan kita ini berupaya untuk baik pulihkan setiap sel dan organ yang terjejas disebabkan kuman atau mana-mana patogen yang menyerang. Badan kita mampu pulih dari trauma, sama ada trauma pada emosi atau trauma pada fisikal . Yang tidak boleh pulih adalah organ atau sel dan angota badan yang mengalami kerosakkan yang total dan selain dari itu badan kita boleh pulih. Maka kita berfikir kalau betul begitu kenapa banyak penyakit menjadi kronik dan berulang-ulang? Jawapannya adalah bahawa ada kalanya sistem pemulihan badan kita terjejas dan tidak berfungsi dengan optima. Kita boleh guna istilah yang diguna oleh homeopath untuk menamakan sistem pemulihan ini sebagai ‘kuasa hayat’ atau dalam BI Vital Principle or Vital Force.

 3
Penyakit boleh disebabkan oleh pathogen ie bakteria virus dan fungus. Penyakit juga boleh disebabkan lifestyle atau gaya hidup dan juga alam sekitar. Ramai tidak sedar kesihatan mereka terjejas dari makanan mereka . Mutu makanan semakin menurun, lebih-lebih lagi dengan kegunaan kimia dalam menanam sayur dan tumbuhan serta dalam menternak binatang untuk makanan. Ramai tidak sedar pencemaran yang berlaku dan apa kesannya pada badan. Kalau daging dan sayur kita sudah ada kimia dan toksin tak boleh tidak kita akan makan kimia dan toksin. Lebih dari ini, jika kita minat makanan segera dan makanan yang ditinkan dan di bungkus dipasaraya, lagi banyak kimia akan masuk dalam badan kita. Lepas ini, bila kita terjejas dengan kimia ini, kita menambahkan kimianya dengan memakan ubat tahan . Tahan sakit, tahan sakit kepala, tahan demam , tahan darah tinggi dan tahan kencing manis. Tak peliklah semakin lama semakan terbeban kidney dan liver kita dan timbulllah penyakit penyakit berkaitan !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s