Orang yang berfikir

Saya bukan uztazah tapi saya seorang yang berfikir . Dalam Al Quran orang yang berfikir disebutkan sebagai Ulul Al Bab .

” Dalam kejadian langit dan bumi serta malam dan siang ada petanda bagi orang yang berfikir ”
Berbunyi ayat dalam surah Al Imran 190.

Kebolehan berfikir mungkin milik semua manusia tapi sebenarnya ada banyak rintangan dan halangan dari berfikir secara waras .

Kebolehan berfikir sepatutnya boleh memberi kita pedoman untuk pilih tindak tanduk dan kata-kata serta amalan yang baik dan benar .

Halangan yang paling utama adalah rutin, kebiasaan , adat, dan ilmu yang di suapkan kepada kita dari ibu bapa, guru dan pensyarah serta majikan .

Halangan kedua adalah pengalaman kita serta persepsi kita berdasarkan pengalaman .

Halangan ketiga adalah kimia neurotransmitters dalam otak serta keadaan kesihatan mental kita

Halangan ke empat adalah kepentingan kewangan harta dan pangkat yang boleh menyebabkan kita pertahankan yang batil dan ini berkait rapat dengan nafsu dan ego .

Banyak lagi halangan halangan yang ada dan mungkin saya pun terjejas dengan halangan namun dari banyak aspek saya berani dan sanggup menentang arus, demi mempertahankan kebenaran yang saya nampak sebab saya mahu tergolong dalam kategori
“orang yang berfikit ”

Orang yang kagum atas ciptaan Allah swt yang tidak menjadikan apa-apa dengan sia-sia .

Orang yang boleh cari hikmah dalam setiap kepahitan kehidupan yang dialami di dunia fana ini .ImageOran