​Celoteh Ramadhan Bahagian 10 Waktu berbuka 

Dah 3 hari berbuka!

Dr. Suriyakhatun

Sedikit panduan makanan untuk berbuka

1. Elak makanan tiruan dan berposes seperti yang saya sudah sebut sebelum ini, saya ulang lagi, pengawet, perasa tiruan, pewarna . Termasuk dalam kategori ini semua makanan tiruan seperti sosej , burger, mee segera dan air cordial serta makanan dalam tin . Elak juga benda dalam plastik dan styrofoam sebab kandungan kimia dan BPA dalam plastik .

2. Elak makanan berempah dan terlalu pedas , perut kosong sepanjang hari , akan sakit bila makan terlalu berempah

3. Awas kimia dalam makanan dan cuba sebaiknya memilih yang kurang tercemar : contoh: ikan yang kurang kimia adalah ikan dipermukaan laut , ayam kampung, lembu kampung , sayur organic atau tanam sendiri , ulam ulaman

4. Elak makan lebih , adalah baik berbuka dengan benda manis, korma adalah ideal . Tak ada korma, ambil buah kering yag lain. Baik juga rehat dulu dan solat sebelum makan berat …

View original post 60 more words

Celoteh Ramadhan 7 – Sahur!

Makan apa untuk sahur? Jangan makan mee segera ya?

Dr. Suriyakhatun

sahur
Apa nak makan untuk sahur ? Kita sudah tahu bahawa puasa kita adalah intemittent fasting dan ada manfaat fisikal ia itu detox badan dari toksin yang terperangkap dalam lemak dan detox juga dari bahan buangan ( waste materla) yang terperangkap dalam sel .
Kita juga tahu toksin tersebut adalah dari makanan kita , kita dalam bentuk pengawet perasa tiruan dan pewarna. Toksin juga dari kimia dalam racun serangga dan baja kimia dalam makanan kita serta pencemaran air yang akan mencemarkan makanan laut yang dimakan .
Ini bererti untuk sahur kita perlu makan makanan yang bebas dari kimia jika kita mahukan manfaat detox puasa . Jika kita makan makanan berkimia seperti mee segera dan minuman yang ada pewarna dan perasa tiruan , bererti kita akan masukkan kimia lagi kedalam badan .
Makanan untuk sahur juga perlu ada lemak yang baik supaya boleh memberi tenaga sehingga petang . Ia juga perlu ada…

View original post 168 more words

​Celoteh Ramadhan 6 Memaksimakan manfaat puasa

Mulai petang ini saya akan buat senaman ringan sebelum berbuka insyaallah.
Walk the talk!

Dr. Suriyakhatun

Antara perkara yang menyokong kita semasa puasa adalah kita puasa serentak dengan seluruh umat Islam keliling kita atau sekurang-kurangnya bagi orang yang tinggal dinegara bukan Islam kita tahu ada umat Islam sedang puasa sama.

Antara perkara yang menghalang kita untuk mendapat manfaat puasa sepenuhnya juga adalah budaya sekeliling puasa dimana pada bulan puasalah semakin ramai menumpukan perhatian kepada makanan dan ahli keluarga kita meminta masakkan istimewa untuk berbuka sedangkan kita sedang fikirkan untuk tahun ini kita nakkan puasa yang memaksimakan manfaat dari segi fisikal , mental, emosi dan spiritual.

Posting ini saya fokuskan aspek detox dan memaksimakan fat loss ( serta toxin removal ) dengan mengekalkan kekuatan otot.

Semasa berpuasa, mandi awal pagi dan pastikan kita mandi dengan membuat scrubbing sekali serta urut otot otot kita untuk mengoptimakan pengaliran darah dan buang daki ( kulit mati ) kita. Ini adalah supaya kulit kita, sebuah organ detox badan kita akan berada…

View original post 267 more words

Celoteh Ramadhan Bahagian 5 fisiolgi puasa.

Elok kita faham fisiologi puasa semoga dapat manfat terbaik dari puasa.

Dr. Suriyakhatun

Celoteh Ramadhan bahagian 5

Fisiologi puasa

Puasa dipanggil ‘intermittent fasting’ kerana kita menahan dari makan dan minum selama beberapa jam dan selebihnya kita akan makan dan minum . Kajian telah dapati bahawa ‘intermittent fasting ‘ mempunyai kesan baik terhadap kesihatan.

Antara kesan baiknya adalah :

1. Membetulkan ‘insulin resistence ‘ dimana badan kurang peka pada hormone insulin dan ini menyebabkan badan tidak boleh bakar karbohidrat untuk menukarkannya menjadi tenaga maka senang gemuk dan letih, lama kelamaan mengidap kencing manis .

2. Meningkatkan kadar ‘growth hormone’ ia itu hormone awet muda .

3. Meningkatkan fungsi otak dengan meingkatkan protein BDNF yang mana ia mencetuskan sel ‘brain stem’ otak menjadi neuron baru . Ia juga mencetuskan supaya kimia ‘neurotransmitters’ menjadi seimbang. Ini melindungi dari penyakit Alzhheiner’s dan Parkinsons dan melindungi dari cepat nyanyuk dan pikun.

4. Didapati bila binatang makmal dipaksa jalani puasa ‘intermittent fasting’ mereka hidup lebih lama dan bagi yang…

View original post 697 more words

Celoteh Ramadhan Bahagian 3 -Wanita Mengandung

Celoteh Puasa Bahagian 3
Untuk wanita mengandung
Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama . Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung nakkan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula .
Apa pula kesan untuk anak yang dikandung ? Sebenarnya jika ibu yang mengandung : Klik link..

Dr. Suriyakhatun

Ibu-mengandungCeloteh Puasa Bahagian 3
Untuk wanita mengandung
Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama . Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung nakkan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula .
Apa pula kesan untuk anak yang dikandung ? Sebenarnya jika ibu yang mengandung :
1. kurang darah/ kurang zat galian
2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya
3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur
4. makan tak betul ( tidak ada nutrisi dan tidak seimbang ) semasa berbuka dan sahur
5. Ada penyakit yang menjejaskan penghazaman
6. ada penyakit kronik yang lain
7. hampir cukup bulan ( bahaya prem labour kalau hypoglycaemic )
8. Sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa
9. tekanan darah terlalu rendah
10. Gestational diabetes ( Kencing manis waktu…

View original post 567 more words

Celoteh Ramadan 1

Ulang kaji celoteh Ramadhan

Dr. Suriyakhatun

Tidak lama lagi kita akan berpuasa dan memang ramai antara kita suka bulan puasa dan ramai akan ingat puasa sebab pasar Ramadhan .
Bulan puasalah makanan yang susah nak jumpa pada masa lain akan muncul !

Saya dan keluarga pula sudah cuba sejak beberapa tahun ini untuk tidak beli makanan luar sebab kesedaran tentang proses puasa yang membawa banyak kebaikkan dari segi kesihatan jika dilakukan dengan betul dan bakal membawa mudarat jika tidak dilakukan dengan cara yang sihat.

Sebelum apa-apa saya nak ingatkan bahawa puasa itu ibadah dan ada syarat-syarat berpuasa. Ada ibu yang menyusukan anak, ada ibu yang mengandung dan ada orang yang ada penyakit dan semua kategori ini perlu timbang baik buruk puasa untuknya . Jangan sampai mudaratkan kesihatan ya?
Puasa dinamakan ‘Intermittent fasting” sebab orang Islam tidak berpuasa 24 jam, cuma dari matahari terbit hinga ka matahari jatuh, Manfaat kesihatan puasa sudah banyak dikaji dan telah diakui…

View original post 391 more words