Celoteh Ramadhan bahagian 5
Fisiologi puasa
Puasa dipanggil ‘intermittent fasting’ kerana kita menahan dari makan dan minum selama beberapa jam dan selebihnya kita akan makan dan minum . Kajian telah dapati bahawa ‘intermittent fasting ‘ mempunyai kesan baik terhadap kesihatan.
Antara kesan baiknya adalah :
1. Membetulkan ‘insulin resistence ‘ dimana badan kurang peka pada hormone insulin dan ini menyebabkan badan tidak boleh bakar karbohidrat untuk menukarkannya menjadi tenaga maka senang gemuk dan letih, lama kelamaan mengidap kencing manis .
2. Meningkatkan kadar ‘growth hormone’ ia itu hormone awet muda .
3. Meningkatkan fungsi otak dengan meingkatkan protein BDNF yang mana ia mencetuskan sel ‘brain stem’ otak menjadi neuron baru . Ia juga mencetuskan supaya kimia ‘neurotransmitters’ menjadi seimbang. Ini melindungi dari penyakit Alzhheiner’s dan Parkinsons dan melindungi dari cepat nyanyuk dan pikun.
4. Didapati bila binatang makmal dipaksa jalani puasa ‘intermittent fasting’ mereka hidup lebih lama dan bagi yang mengidap kanser, mereka juga lebih sihat dari grup yang tidak dipuasakan.
Puasa macam mana yang akan memaksimakan manfaat puasa ? Adakah orang Islam di Malaysia mengamalkan cara puasa yang optima sepertimana dilakukan oleh Rasul SAW?
Puasa umat Islam dari masuknya waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib dan jangka masanya berbeza dilain-lain lokasi. Makan waktu sahur dilewatkan sehingga sejurus sebelum subuh da nada yang tidak bangun untuk sahur sebab takut tak cukup tidur! Rasul SAW telah tegaskan bahawa sahur itu penting dan juga sahur itu perlu dilewatkan ! Ini sebagai peringatan bagi yang puasa sebab kita nak maksimakan manfaatnya dunia akhirat .
Ada juga orang yang rasakan puasa tak bagus untuk kesihatan sebab akan kekurangan air. Puasa agama lain dan puasa untuk kesihatan tidak menahan dari air . Sejauh manakah pendapat ini benar ? Bila diukur dari segi air dalam badan, kuantiti kekurangan air dalam badan adalah sedikit dan ini tidak memberi kesan buruk jika pada waktu malam, air bersih diminum semasa bertarawih dan semasa berehat .
Sediakan botol air pada waktu malamnya .
Kajian keatas orang yang berpuasa telah dapati bahawa puasa akan turunkan tekanan darah diastolic, turunkan kadar kolesterol dalam darah serta kadar gula dalam darah . Ini ada implikasinya pada orang yang sedang memakan ubat kencing manis dan darah tinggi serta ubat kolesterol.
Mungkin juga ada yang dapat rasa bahawa dalam bulan puasa, pemikirannya bertambah baik. Mungkinkah ada sebab ini boleh berlaku? Sebenarnya pada bulan puasa, pengaliran darah ke otak bertambah baik pada waktu puasa sebab darah tidak diperlukan dibahagian organ pencernaan!
Detox berlaku diperingkat sel-sel badan semasa puasa. Cuba bayangkan seorang pembantu rumah mengemas rumah diwaktu semua anak majikannya berada dirumah . Baru kemas sudah berselerak semula ! Begitulah sel sel semasa kita makan dan terus makan tanpa had, proses membersihkan sel dari bahan buangan tergendala dan hanya akan efisyen semasa puasa. Maka semasa puasa sel-sel badan akan mula buangkan bahan buangan yang mungkin sudah lama terperangkap dalam sel .
Badan kita, bila tidak mampu membuang bahan buangan keluar dari badan akan menyimpannya ditempat yang dikirakan ia akan membawa paling kurang mudarat . Di mana agaknya tempat ini ? Ia adalah dalam sel lemak.
Badan mengunakan glucose dan seterusnya tenaga tersimpan dalam hati dalam bentuk glycogen untuk menghasilkan tenaga. Glukos datang dari makanan karbohidrat maka inilah makanan yang utama kita. Nasi, roti , mee, kentang dan lain lain adalah karbohidrat . Bila kita puasa, bekalan karbohidrat untuk hasilkan gula akan habis dan ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah menurun. Maka, selepas habis digunakan glycogen, badan kita akan dapatkan simpanan lemak kita untuk hasilkan tenaga .
Sebenarnya, bekalan glukos dan glycogen selepas makan kita cukup untuk 8 jam, maka kita akan rasa letih hanya menjelang waktu berbuka . Bila kadar glukos rendah, dengan sendirinya badan akan tukarkan lemak menjadi tenaga dan kita tidak akan alami tanda kurang glukos. Jika tidak makan sahur, maka kita akan rasa letih lebih awal !
Rasa lapar bukan bererti glukos sudah kurang sebab lapar adalah mekanisma kebiasaan ( habit ).
Tanda-tanda kurang glukos adalah berpeluh sejuk dan gelap mata serta lemah.
Orang-orang yang perlu awasi tanda kurang glukos semasa berpuasa adalah :
1. Orang tua
2. Orang sakit atau orang yang terlalu kurus ( simpanan lemak terlalu kurang )
3. Pengidap kencing manis yang memakan ubat oral hypoglycaemics
4. Wanita mengandung dan menyusukan
5. Kanak-kanak
6. Puasa di Negara yang waktu puasa melebehi 12 jam.
Bila kita lihat senarai ini , nyata bahawa banyak dari kategori ini adalah yang dikecualikan dari wajib berpuasa. Nyata bahawa Islam bukan agama yang tidak rasional ! Namun ramai umat Islam tidak rasional pula dan berdegil nak puasa walaupun badan tak mampu ! Ini bukan bererti saya suruh semua golongan tersebut untuk tidak puasa tapi saya suruh nilai sama ada boleh puasa atau tidak dan tidak salah untuk cuba tetapi bila timbul gejala kurang gula seperti disebutkan , sampai masanya untuk berbuka puasa !
Bagi pengidap kencing manis, sila berjumpa doctor anda dan bertanya bagaimana nak tukarkan dos dan waktu makan ubat kencing manis. Waktu sesuai adalah masa berbuka dan sebelum tidur. Waktu tidak sesuai adalah waktu sahur sebab pada siang hari ubat masih bertindak sedangkan kita tidak makan
Reblogged this on Dr. Suriyakhatun and commented:
Elok kita faham fisiologi puasa semoga dapat manat terbaik dari puasa.