Pelanggan yang datang tidak semestinya sakit dan ingin tahu apa tahap kesihatan dirinya. Ujian- ujian saringan yang boleh dijalankan mampu memberi gambaran tahap kesihatan badan seorang serta mana satu penyakit yang bakal muncul jika pembetulan tidak dilakukan. Jika kita nampak ada lopak di tengah jalan dihadapan kita adakah kita nak langgar atau nak elak? Jika adik beradik yang tua dari kita semua mengidap kencing manis selepas umur 40 dan kita baru 35 tahun, apa usaha untuk elak penyakit yang sama? Adakah kita pun bakal mengidap juga menjelang umur 40. Ujian saringan atau screening seperti Alfasight, Life Blood analysis, Bioresonance mampu memberi gambaran keadaan organ, tisu dan sel badan dan jika digabungkan dengan sejarah diri dan keluarga serta pemeriksaan fisikal dan ujian makmal akan memberi perawat kami maklumat untuk menolong pelanggan untuk membuat perubahan gaya hidup yang perlu untuk mengelak penyakit. Perubahan pada pemakanan, makanan kesihatan (health supplements), perubahan pada emosi ( banyak teknik dan rawatan termasuk homeopathy , Bach Flower, neurofeedback , dan EFT), boleh di sarankan kepada pelanggan. Pelan dan peta tindak tanduk, perbincangan terperinci isu-isu kesihatan kesemuanya kearah mutu kehidupan yang meningkat. Untuk menjadi insan yang capai matlamat hidup dunia akhirat , badan yang sihat rohani dan jasmani amat penting….practive healthcare. Adakah anda sudah bersedia untuk menerima anjakkan paradigma ini?
