Celoteh Ramadan 2

Pemakanan anak semasa puasa.

Selalunya saya akan berikan pesanan ini dalam bulan puasa tetapi kali ini , saya nak berikan peringatan ini awal sebab saya kesian anak-anak semasa bulan puasa apabila ibu/bapa atau penjaga tidak memberikan perhatian anak-anak yang terlalu kecil untuk puasa tidak diberikan makanan sempurnya .

Jangan dipaksa anak bawah 6 tahun berpuasa penuh, puasa perlu ikut kemampuan anak dan anak kecil lagi mudah terjejas bila tidak makan dan minum .

Makanan anak waktu bulan puasa.

1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau sisa makanan waktu siang, mungkin tidak cukup dari segi nutrisi . Ditambah pula dengan terlalu banyak kuih muih serta air manis semasa berbuka, ini menyebabkan anak itu tidak makan makanan seimbang. Ini akan menyebabkan sistem immune dia menurun. Menjelang hari raya, mungkin anak akan jatuh sakit .

2. Anak diberikan sisa makanan semasa berbuka hari yang sebelumnya . Bukan tak boleh tapi jaga kesegaran makanannya . Sisa makanan yang tidak habis perlu disimpan dalam peti sejuk selepas makan . Simpan dalam bekas bersesuaian dan panaskan sebelum dimakan semula. Buang sisa makanan yang ada dalam peti sejuk lebih tiga hari kecuali makanan adalah jenis kering dan tahan lama . Jika lauk pauk hendak disimpan lama, masukkan dalam freezer .

3. Jika anak diberikan makan lauk yang hampir basi atau mungkin tidak nampak basi tetapi sudah dibiarkan diluar lebih dari 6 jam, keracunan makanan mungkin berlaku. Lauk berkuah yang ada santan atau susu lagi cepat basi dari lauk digoreng kering.

4. Se eloknya sediakan makanan seimbang dan segar untuk anak kita.

#suriyapuasa