ADA APA DENGAN SUSU bahagian ke enam. Susu penuh krim vs susu rendah krim.
Industri susu sudah lama keluarkan susu rendah krim.
Asumsi ( assumption) yang dibuat oleh pakar nutrisi zaman yang sudah berlalu adalah bahawa lemak menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan juga obes.
Kajian mutakhir membuktikan bahawa jika lemak dikurangkan dari kadar biasa, individu yang memakan lemak kurang itu akan makan lebih benda manis dan karbohidrat. Karbohidrat berlebihan lah yang akan meningkatkan gula dalam darah, menjana profail lipid yang tidak sihat dan menyebabkan obes.
Kajian juga menunjukkan bahawa individu yang mengambil susu penuh krim lebih sihat dari individu yang mengambil susu rendah lemak. Untuk ketahui lebih bolehlah baca artikel -artikel yang saya letakkan sebagai rujukan dibawah penulisan ini .
Jika satu masa dahulu lemak susu di anggap lemak yang tidak baik dan minyak kelapa juga dianggap tidak baik disebabkan kandungan lemak tepu kajian mutakhir telah ubah tanggapan itu tetapi masih ramai yang tidak tahu.
Bila saya kata its good for you, mesti beringat, jika habiskan satu lepa butter sehari atau telan bermangkuk minyak kelapa sehari , memanglah cari nahas namanya.
Ujian DNA adalah ujian untuk kaji mutasi gene tujuan untuk faham kekuatan dan kelemahan seseorang berdasarkan gene dia. Ujian DNA kami dari Syarikat Supagene. Database untuk analisa terperinci di perolehi dari kumpulan data orang Asia, bukan dari kumpulan data Eropa atau China. Ini tambah bsikan ketepatan data.
Semua ujian memberi maklumat namun maklumat dari DNA menunjukkan dengan tepat mutasi gene yang dimiliki. Bila di kaji melalui data research, dapat di ketahui tentang banyak perkara termasuk cara penyerapan nutrisi kecenderungan sakit apa sukan apa sesuai kerja apa sesuai. Maka ujian gene paling banyak memberi maklumat untuk rancang pemakanan, suplimen, rawatan, pekerjaan etc
Analisa dan lapuran terperinci mengandungi saranan dan cadangan cara untuk cegah kecenderungan kepada penyakit kronik termasuk kanser yang ada dalam mutasi gene kita
Cara pemakanan yang sesuai dengan mutasi gene, cara senaman, pekerjaan yang sesuai semua nya boleh di perolehi dari keputusan ujian. Bergantung pada kita untuk manfaatkan sepenuhnya lapuran yang diberi.
Suplimen yang kita perlu juga dapati di perolehi dari keputusan. Bukan ini saja, makanan yang sesuai, makanan yang perlu di elak serta ubatan yang serasi atau tidak pun boleh di ketahui
Peribadi, kecenderungan perangai, kecenderungan pada mana-mana penyakit mental jika di ketahui dapat di cegah dan rawatan pencegahan boleh di mulakan.
FAQ dari Facebook Dr.Suriyakhatun; Ujian DNA berapa kali perlu di buat? Ujian DNA hanya perlu buat sekali seumur hidup. Boleh simpan raw data dan bila data pool bertambah run result kita semula. Data pool adalah maklumat kajisn tentang mutasi gene yang kian bertambah. Contohnya data tentang kecenderungan untuk penyakit berjangkit seperti C19. Data ini tak wujud pada tahun 2018 tapi wujud sekarang dsn ada dalam lapuran. Katakan ada virus baru pada tahun 2027 maka raw data keputusan gene kita masih boleh digunakan untuk lihat kecenderungan untuk mendapat virus baru itu.
Langkah untuk jalani ujian DNA dan susulan.
Boleh hubungi 0105439157 untuk book dan bayar. Lepas tu sama ada ambil sample sendiri masukkan dalam kita dan pos balik ke kami atau boleh terus datang sendiri. Bila dah dapat results ysng akan di hantar dalam softcopy boleh datang atau zoom call untuk konsultasi. Dalam konsultasi cadangan akan di beri untuk cara maklumat boleh di gunakan untuk atasi kelemahan yang di temui dalam results. Contohnya dalam results menunjukkan badan tak serap B12 dengan baik, maka suplimen yang sesuai boleh di cadangkan.
Contoh lagi katakan result menunjukkan anda tak dapat metabolize karbohidrat dengan baik maka cara ubah pemakanan di cadangkan. Contoh lagi katakan anda di dapati senang dapat kecederaan buku lali maka senaman yang impact ke buku kali perlu di elak dan kasut perlu yang lindungi kaki dari impact. Selain itu contohnya ada mutasi yang tunjukkan boleh cenderung ke arah Ca lungs. Maka dengan ini boleh tambahkan konsultasi Homeopathy untuk dapatkan penawar pencegahan penyakit berkenaan dan juga apa yang perlu di elak untuk cegah gene cancer itu dari di expres. Ini adalah ilmu Epigenetics bila mana kita boleh cegah sebelum jadi.
FAQ: Doktor, kalau wanita mengandung boleh ke? Sebab ada perubahan hormon, jadi akan mengganggu ketepatan result tak? Mengandung tidak mengubah DNA. Boleh di lakukan masa mengandung.
FAQ Doktor, maaf bertanya melalui ujian DNA ni boleh kesan apa juga penyakit yg ada dlm badan ke macam ujian darah? Jawapannya; dia tak kesan penyakit yang sudah ada. Dia bagitahu kecenderungan terhadap penyakit apa dan dia bantu kita elakkan penyakit berkenaan.
FAQ Salam Dr, Sy exzema teruk. Sesuai ke saya buat ujian ni sei exzema dah tau tak boleh makan apa. Jadi ujian ni boleh bantu dari segi apa ya? Jawapannya Ujian ini boleh beri tahu secara khususnya tentang minda dan emosi serta kelemahan kulit, alahan secara khusus, kekurangan penyerapan makanan dan satu lagi kelebihan. dengan di gabung dengan rawatan Homeopathy adalah pemilihan penawar yang lebih tepat.
Yang belum baca empat bahagian yang saya tulis elok baca bahagian satu semula dimana saya sebut tentang Beta Casein A 1 dan A 2 .
Susu kambing mengandungi Beta Casein A 2 dan ini bererti ia lebih mudah hazam dari susu lembu Beta Casein A 1.
Namun dipasaran ada banyak jenis susu kambing
Susu kambing segar frozen raw ( belum dimasak )
Susu kambing segar pasteurised ( di panaskan tetapi sekejap)
Susu kambing tepung organik dan tidak campur apa-apa dan lalui proses freeze drying.
Susu kambing tepung yang dicampurkan dengan krimer dan banyak lagi bahan seperti madu, korma, delima, gam arab dan seribu satu lagi tambahan .
Susu kambing formula yang merupakan functional food dan mengandungi minyak sayur, corn syrup solids dan maltodextrin etc.
Susu kambing yang bukan formula hanya boleh diberikan kepada anak atas dari umur setahun.
Pilihan terbaik adalah susu kambing segar, jika raw kena didihkan selama 15 saat untuk keselamatan walaupun bila masak ada sedikit kurang khasiatnya.
Pilihan kedua adalah susu tepung organik yang freeze dried. Harganya jauh lebih mahal dari susu kambing campuran dan bau dia lebih hamis serta lebih susah larut tetapi ini pilihan saya selain yang segar. Jika saya nakkan senang larut senang sahaja, saya boleh campurkan dengan gam arab sedikit, yeast powder sedikit dan goncang sebelum tambah air .
Susu yang ada krimer ibarat kita tambah margarine pada susu. Krimer dari lemak sayur dan adalah ibarat margarine dan ada kemungkinan mengandungi trans fatty acids yang mudarat pada kesihatan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak . Awas kebanyakkan susu kambing dipasaran mengandungi krimer.
Kenapa saya tidak pilih susu kambing yang bsnyak campuran itu? Saya tidak tahu mutu bahan yang dicampur. Jika dicampur madu, madu apa yang dicampur? Dicampur korma? Saya lebih suka ambil korma dsn campur sendiri. Lagipun kebanyakan yang dicampur itu mengandungi krimer.
Susu sejat atau evaporated milk tidak ada tambahan gula namun kebanyakkan yang ada sudah dibuang lemak susu dan digantikan dengan lemak sayur, di Malaysia lemak yang digunakan adalah lemak kelapa sawit. Khasiat susu sejat kurang dari susu segar tetapi masih wujud kesemua khasiat yang ada. Susu sejat ‘ full cream ‘ dimana lemak susu tidak dibuang adalah lebih baik.
Susu pekat manis masih ada khasiat susu dengan tahap minima tetapi kandungan gula amat tinggi. Susu ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Lebih pada penyedap rasa dari mendatangkan zat susu. Susu ini juga kebanyakkannya sudah dibuang lemak susu dan digantikan dengan lemak sayur.
Ramai yang bertanya susu formula secara individu ia itu susu formula mana yang terbaik . Bab ini saya tidak dapat huraikan dan meminta pembaca baca label dan cuba nilai sendiri. Umumnya semua susu formula mengandungi bahan yang diambil dari banyak sumber dengan tujuan melengkapkan susu supaya khasiatnya optima untuk bayi . Bahan yang boleh memudaratkan bila dikaji dengan research terkini adalah : lemak sayur yang boleh mengandungi transfat atau lenmak sayur dari sumber minyak GMO, gula yang disebut corn syrup solids atau maltodextrin dan lain-lain. Gula yang ada dalam susu formula ini tidak ada dalam susu ibu dan susu segar. Gula dalam susu ibu dan susu segar adalah laktosa. Laktosa susu ibu lebih mudah hazam dari laktosa susu lembu dan gula yang ada dalam susu formula mudah hazam dan boleh juga timbulkan masaalah bagi anak yang ada masaalah candida atau masaalah tidak seimbang mikrobiota ususnya .
Susu formula umumnya bukan susu ‘hidup’ seperti susu ibu. Susu ibu sudah ada kandungan prebiotik dan probiotik nya sendiri dan sekarang ini sudah ada susu formula yang dimasukkan prebiotik seperti inulin dan probiotik seperti lactobaccilus acdiophilus namun masih jauh beza mutu susu ibu . Kita sudah lihat bahawa khasiat susu lembu banyak bergantung kepada cara lembu dibela dan juga apa yang lembu itu makan serta kadar pencemaran udara dan air. Dalam dunia yang semakain tinggi kadar pencemaran dan dengan proses ternakkan yang pentingkan keuntungan, undang-undang dan etika ternakkan perlu ketat dan membantu untuk pengeluaran susu yang paling tinggi khasiatnya serta paling kurang kadar pencemaran.
Susu yang ada probiotik
Selain dari ini , semakin ramai anak-anak alah pada protein susu lembu dan bagi anak-anak ini , susu lembu tidak boleh diambil dalam bentuk asal atau dalam formula biasa . Ada proses yang menghaluskan lagi protein susu lembu dan formula khas ini dilebelkan hypoallergenic atau HA .
Ada yang bertanya kenapa susu segar hanya boleh diambil atas pada umur setahun dan jawapannya adalah susu segar tanpa diubah terlalu berbeza dengan susu ibu dan bayi bawah setahun tidak dapat khasiat yang diperlukan dari susu segar dan susu segar mengandungi terlalu banyak mineral untuk bayi bawah setahun dan ini bebankan ginjalnya . Begitu juga susu kambing yang bukan formula atau dirumuskan khas untuk bayi, ia tidak sesuai diminum bawah dari umur setahun tanpa di olah .
Yang paling kurang di olah atau di proses adalah susu segar yang telah di pasterize. Susu ini pendek shelf life dan wajib disimpan dibahagian chiller sebab ia akan jadi masam bila tidak disejukkan.
Ini sahajalah yang dinamakan susu segar .
Susu dalam bentuk cair tetapi ada shelf life lama adalah susu UHT dan susu ini sudah dipanaskan pada susu yang tinggu dan khasiatnya telah berkurangan serta susu ini lebih susah hazam.
Susu segar tanpa ditambah apa-apa sepatutnya jadi pilihan .
Susu yang telah dimasukkan perasa dan gula memanglah lebih sedap tetapi gula bukanlah bahan yang kita patut ambil tanpa sedar sebab ada kadar gula untuk kesihatan dan gula sepatutnya dihadkan. Susu sebenarnya sudah ada gula laktosa dia ia ada manis yang semula jadi dan tidak perlu ditambahkan sukros pula.
Susu tepung adalah susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying . Proses ini mengekalkan kebanyakkan nutrisi dari susu itu .
Susu tepung kebanyakkannya ditambah bahan-bahan ini gula dalam apa-apa bentuk contohnya corn syrup solids, bahan pengemulsi untuk senang bancuh, vitamin atau zat galian tambahan selalunya dari sumber sintetik , perasa tambahan untuk susu yang ada ‘flavour’ lemak tambahan dari sumber lain seperti lemak sayur dan banyak lagi bahan lain. Yang penting baca apa yang ditulis di tin yang nak dibeli .
Susu tepung formula untuk bayi adalah susu khas yang dinamakan functional food. Functional food banyak dikaji oleh syarikat susu dan research sentiasa dijalankan untuk meningkatkan mutu susu formula dari semasa ke semasa. Namun begitu kepekaan serta kajian terhadap kesan sampingan dari lemak sayur, vitamin sintetik serta gula dari sumber lain seperti corn syrup solids masih kurang pada masa ini
Bagi saya, jika ada tambahan gula saya elak . Saya juga elak bahan pengemulsi tetapi bahan emulsi lecithin dari soya yang paling selamat . VItamin tambahan pula saya tidak berapa gemar sebab lebih baik jika diambil vitamin dan zat galian dari sumber asli dari sumber sintetik .
Lagi banyak bahan tambahan lagi tinggi kemungkinan pada alahan.
Setakat ini yang susu yang saya jumpa yang paling kurang bahan tambahan adalah Fernleaf Full Cream dimana hanya ada satu bahan tambahan ia itu soya lecithin.
Bagi orang yang minum susu terus sakit perut atau buang air cair atau asyik terkentut, mungkin individu itu ada alahan pada laktosa dalam susu dan susu yang diminum menjalani proses fermentasi dalam perut menyebabkan sakit perut dan angin. Solusinya adalah : tak perlu minum susu.
Yang saya sebut semalam adalah berkenaan susu lembu segar. Bila sebut segar atau fresh milk, yang kita selalu dapat adalah yang dibeli di pasar raya yang sudah di pasteurize. Ini adalah proses untuk matikan kuman dan proses ini penting sebab susu lembu boleh mengandungi kuman yang boleh bawa penyakit pada orang yang meminumnya.
Bezakan susu segar dari susu UHT. Susu UHT bukan susu segar, ia lalui proses panas yang lebih tinggi dan boleh disimpan tanpa peti sejuk sebelum dibuka. Proses pemanasan ini secara amnya menurunkan kualiti dan khasiat susunya.
Selain dari perbezaan beta casein dalam susu A1 dan A2, ada bahan lain dalam susu yang dikeluarkan secara komersial.
Susu yang terbaik adalah susu dari lembu yang memakan rumput asli. Lembu dari New Zealand adalah yang terbaik dalam perkara ini, manakala susu yang kurang khasiat atau lebih banyak pencemaran adalah dari lembu yang makan banyak jagung dan soya yang mungkin juga dari produk GMO serta mengandungi bahan herbicide dan pesticide. Ini kebiasaannya berlaku di USA.
Susu mengandungi banyak hormon yang memang semula jadi ada dalam susu, tetapi susu juga boleh mengandungi hormon yang diberikan untuk membanyakkan susu, akan tetapi, hormon ini, Bovine Somatotropin, tidak dapat diserap ke dalam badan manusia. Hormon yang boleh menjejaskan manusia yang minum susu adalah hormon jenis estrogenic dan juga IGF-1 (Insulin like growth factor). Susu dari lembu yang makan selain rumputlah yang ada phytoestrogen seperti soya mengandungi lebih banyak hormon estrogenic .
Ini antara sebab saya selalu suruh lihat dari mana susu dihasilkan dan apa proses yang susu itu lalui.
Apapun awas, jangan sampai anak terlalu bergantung pada susu sebab terlalu banyak susu bererti pengambilan terlalu banyak hormon yang akan ganggu proses badan dan mungkin juga bertindak sebagai carcinogenic.
Ada banyak lagi hormon yang mungkin terdapat dalam susu lembu dan sesiapa yang ingin tahu lebih boleh rujuk artikel rujukkan yang saya bagi linknya dibawah. . Selain dari hormon, susu juga boleh mengandungi racun herbicide dan pesticide yang terkandung dalam makanan dia dan inilah sebab tambahan kita perlu pilih lembu yang makan rumput .
Lembu yang sakit dirawat dengan antibiotik tetapi perkara ini tidak perlu dibimbang sebab negara dimana undang-undang keselamatan makanan ketat seperti di Australian dan New Zealan dan juga EU, susu yang dihasilkan telah diuji supaya tidak mengandungi antibiotik didalamnya .
Sebagai konklusi : Awas jangan terlebih minum susu, awas jangan salah pilih susu.
Esok kita bincang pula khasiat susu dan juga susu formula dan susu serbuk
Clear broth untuk khasiat yang boleh sembuhkan usus
Resepi Bone Broth
1 kg Tulang : kambing atau lembu atau kaki ayam. Pilih tulang lembu kampung, Untuk kaki ayam pilih yang bebas antibiotik
2 sudu besar Apple Cider Vinegar
Celery stick satu batang
carrot, 2 biji potong dadu.
bawang besar sebiji potong 4
Garam bukit 1 sudu teh
VCO 1 sudu besar .
6 liter air .
Rebus sejam dalam pressure cook atau tiga jam api rendah atau 8 jam dalam slow cooker, tapis ambil air sahaja. Paling baik adalah slow cooker .
Awas guna hanya pot crockpot atau stainless steel. Jangan guna periuk aluminum.
Selepas sejuk bekukan dalam bekas ice cube untuk di masukkan dalam masakan .
Khasiat Bone Broth
1. Mengandungi bahan mineral dan sangat mudah diserap oleh badan. Antara bahan mineral dalam bone broth termasuklah:
· Kalsium
· Magnesium
·Phosphorus
·Zat galian ‘trace minerals’
2. Lemak di dalam bone broth membantu menangani masalah usus. Masalah usus membawa kepada masalah lain seperti atopy termasuk allergi lain serta asthma.Masalah pembelajaran dan fungsi otak juga boleh dikaitkan dengan masalah usus.
3. Sumber gelatin dan collagen yang baik
· Memperkuatkan sendi
· Memperkuatkan kuku dan rambut
· Membantu menangani masalah leaky gut
· Memperkuatkan ‘connective tissues’ ( urat )
4. Sumber amino asid
·Glycine – Sangat penting untuk memastikan anda mendapat kulit, tulang, ligament dan tendon yang kuat dan sihat.
·Proline – membantu menyahtoksin hati
5.Bone broth mengandungi sesetengah vitamin B;
·Niacin dan riboflavin yang memainkan peranan dalam metabolisma dan bantu badan hazamkan karbohidrat protein dan lemak untuk hasilkan tenaga
6. Bone broth kaya glucosamine dan chondroitin dua nutrisi yang bantu kesihatan sendi
RESEPI guna bone broth
NASI BONE BROTH
10 cube bone broth frozen
Air bertapis untuk tambah untuk cukupkan 3 cawan
Beras Basmati 2 cawan di basuh dan toskan
Minyak kelapa 2 sudu besar minyak bijan satu sudu teh.
Bawang besar dan bawang putih 5 ulas hiris halus
halia sebesar ibu jari hiris halus
Garam bukit secukup rasa
Carrot sagat ( optional ) lebihkan air jika guna
Jika nakkan rasa berempah guna rempah sup sesudu besar
Dalam periuk nasi:
Tumis bawang dan halia dengan minyak hingga kuning. Rempah sup jika guna.
Boleh juga tumis diluar dulu baru masukkan dalam periuk nasi
Masukan beras bone broth dan air
Bila separuh masak masukkan carrot sagat dan kacau perlahan
Biar sampai masak .
Hidang dengan sup bone broth atau sup sayur bone broth, salad dan ayam goreng
SUP SAYUR BONE BROTH
10 CUBE bone broth
Carrot sebiji
5 tangkai bunga kobis dan brokoli
Tomato potong 4 buang biji
Bawang putih bawang merah hiris
Halia muda 2 inci, hiris
Serbuk lada hitam
Garam bukit secukup rasa
Minyak kelapa atau kelapa sawit 2 sudu besar untuk menumis
Tumis bawangan dan halia, masukkan bone bone, masukkan sayur dan garam bukit dan lada hitam , didihkan hingga empuk, tambah air.
Boleh juga di tambah mee kering ( air dried organic ) terus kedalam sup sambung didihkan dengan api kecil hingga lembut .
Untuk buat mee yang lebih sedap boleh tambah kicap pekat dan minyak bijan.
Boleh juga di tambah telur kedalam sup dengan memecahkan dan memukul telur dan masukkan kedalam sup yang sedang mendidih . Tuangkan telur itu perlahan lahan kedalam sup yang sedang mendidih.
Sayur lain yang boleh di gunakan untuk mee adalah bokcoi dan sawi .
Isi ayam pun boleh di gunakan, ini perlu di masukkan dahulu sebelum sayur .
SUP CARROT BONE BROTH Potong 5 biji carrot, Tomato 3 biji dipotong dadu buang biji( biji tinggi histamine) Garam, sebuk lada hitam ikut rasa Bone broth satu bekas Bawang besar 2 biji hiris , bawang putih 5 ulas hiris Cheese slice 4 keping atau cheddar cheese suku buku Butter 2 sudu besar Cara Tumis bawang dengan minak masukan semua bahan dan rebus hingga lembut. Guna blender tangan untuk jadikan sup krim. Tambah cheese slice atau cheddar cheese yang di sagat Masukkan butter Letak semula atas api kecil hingga cheese sudah larut Carrot boleh di gantikan dengan pumpkin untuk buat sup pumpkin bone broth
NASI GORENG MEE GORENG DAN MEEHOON GORENG BONE BROTH
Guna resepi yang biasa di gunakan Guna bone broth cube dalam 3-5. Selepas tumis perencah semasa masukkan lauk/sayur, masukkan bone broth beku dan tunggu hingga kering sebelum masukkan nasi, mee atau meehoon.
Kalau orang yang mudah jadi gatal-gatal dan sakit otot, lenguh-lenguh, ape yang patut di amalkan ye doktor?
Respon saya:
Kesemua gejala ini adalah gejala radang dalam badan serta gejala histamine intolerance.
Langkah pertama adalah jumpa doktor buat ujian profile untuk pastikan liver, kidney, profail darah, profail lemak serta c reactive protein, esr, dan homocysteine dalam keadaan normal. Jika ada yang tidak normal dapatkan rawatan. Jika tidak ada rawatan konvensional dapatkan rawatan functional medicine untuk betulkan atau jumpa pengamal perubatan komplementari yang bertauliah.
Dari segi makan kaji dan elak apa yang badan alah. Kaji makanan tinghi hitamin, kaji makanan yang menyebabkan radang seperti makanan termemar toksin, makanan berproses yang banyak pengawet pewarna perasa tiruan. Saya, sudah banyak buat penulisan bab ini. Boleh buat search atau beli buku Sihat Bukan Sekdar Ubat.
Suplimen anti radang termasuk
1 prebiotik
Vitamin anti oksidan A, C dan E 3., Zat galian antioxidan Selenium dan Zinc. 4.Imbangan omega 6:3. Boleh buat ujian Zinzino Balance test untuk ketahui ratio. Paling baik ration 6:3 adalah 2:1 . Suplimen yang elok adalah Zinzino Balance oil atau minyak Sacha Inchi
Minyak kelapa sebab kandungan Monolaurin yang anti virus anti fungal dan anti bakteria paling baik adalah Virgin Coconut Emulsion 5.Herba seperti Curcumin, Ginger memang anti radang
Perbincangan lanjut sila join channel dan untuk order online boleh wasap.my/60162627574
Mungkin peti sejuk sudah penuh dengan makanan yang tak habis. Anak kecil yang tidak puasa diberikan sisa makanan semasa bersahur.
Mungkin juga lauk semasa berbuka ditutup dengan tudung saji dan dimakan semasa bersahur .
Ada beberapa pesanan saya tentang perkara-perkara tersebut.:
1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau sisa makanan waktu siang, mungkin tidak cukup dari segi nutrisi . Ditambah pula dengan terlalu banyak kuih muih serta air manis semasa berbuka, ini menyebabkan anak itu tidak makan makanan seimbang. Ini akan menyebabkan sistem immune dia menurun. Menjelang hari raya, mungkin anak akan jatuh sakit .
2. Sisa makanan yang tidak habis perlu disimpan dalam peti sejuk selepas makan . Simpan dalam bekas bersesuaian dan panaskan sebelum dimakan semula. Buang sisa makanan yang ada dalam peti sejuk lebih tiga hari kecuali makanan adalah jenis kering dan tahan lama . Jika lauk pauk hendak disimpan lama, masukkan dalam freezer .
3. Jika dimakan lauk yang hampir basi atau mungkin tidak nampak basi tetapi sudah dibiarkan diluar lebih dari 6 jam, keracunan makanan mungkin berlaku. Lauk berkuah yang ada santan atau susu lagi cepat basi dari lauk digoreng kering.
4. Jika dapat cirit birit di awal puasa, itu mungkin gejala detox tetapi di pertengahan puasa, mungkin itu disebabkan keracunan makanan . Anak yang diberi sisa makanan yang tidak disimpan dengan betul pun boleh jadi mangsa keracunan makanan.
5. Untuk mengelak pembaziran, masak atau beli lauk hanya cukup untuk seisi keluarga dan jika masak lebih untuk jimat masa, ketepikan yang lebih dan simpan dalam freezer untuk dikeluarkan pada masa hadapan..Nasi pun boleh disimpan freezer dan dikukus semula bila nak dimakan kelak.
Posting ini boleh dikongsi.
Untuk temujanji 0105439157
Dato Dr. Suriyakhatun Osman
#suriyapuasa