​Celoteh Ramadhan Bahagian 10 Waktu berbuka 

Sedikit panduan makanan untuk berbuka

1. Elak makanan tiruan dan berposes seperti yang saya sudah sebut sebelum ini, saya ulang lagi, pengawet, perasa tiruan, pewarna . Termasuk dalam kategori ini semua makanan tiruan seperti sosej , burger, mee segera dan air cordial serta makanan dalam tin . Elak juga benda dalam plastik dan styrofoam sebab kandungan kimia dan BPA dalam plastik .

2. Elak makanan berempah dan terlalu pedas , perut kosong sepanjang hari , akan sakit bila makan terlalu berempah

3. Awas kimia dalam makanan dan cuba sebaiknya memilih yang kurang tercemar : contoh: ikan yang kurang kimia adalah ikan dipermukaan laut , ayam kampung, lembu kampung , sayur organic atau tanam sendiri , ulam ulaman

4. Elak makan lebih , adalah baik berbuka dengan benda manis, korma adalah ideal . Tak ada korma, ambil buah kering yag lain. Baik juga rehat dulu dan solat sebelum makan berat . Kalau makan berat sangat, akan rasa letih dan mengantuk selepas itu dan ini menjejaskan aktiviti ibadah .

5.Untuk orang yang ada alahan atau alergi pada makanan, bila dia makan bahan yang dia alah semasa berbuka puasa , kesan alahan adalah lebih ketara sebab pada masa ini , perut dan system badan akan menjadi lebih sensitif pada bahan bahan ini .

Celoteh Ramadhan 7 – Sahur!

sahur
Apa nak makan untuk sahur ? Kita sudah tahu bahawa puasa kita adalah intemittent fasting dan ada manfaat fisikal ia itu detox badan dari toksin yang terperangkap dalam lemak dan detox juga dari bahan buangan ( waste materla) yang terperangkap dalam sel .
Kita juga tahu toksin tersebut adalah dari makanan kita , kita dalam bentuk pengawet perasa tiruan dan pewarna. Toksin juga dari kimia dalam racun serangga dan baja kimia dalam makanan kita serta pencemaran air yang akan mencemarkan makanan laut yang dimakan .
Ini bererti untuk sahur kita perlu makan makanan yang bebas dari kimia jika kita mahukan manfaat detox puasa . Jika kita makan makanan berkimia seperti mee segera dan minuman yang ada pewarna dan perasa tiruan , bererti kita akan masukkan kimia lagi kedalam badan .
Makanan untuk sahur juga perlu ada lemak yang baik supaya boleh memberi tenaga sehingga petang . Ia juga perlu ada serat ( fiber) supaya proses penghazaman akan makan masa lebih lama .( lambat rasa lapar ) .
Makanan juga sepatutnya yang paling asli yang kita mampu sediakan.
Sebagai contoh makanan untuk sahur :
1. Sup sayur ( organic )
2. Beras basmati ( rendah indeks gkycemic, kurang pencemaran)
3. Ikan bakar dengan air asam
4. tempe bakar ( goreng sikit pun takpe )
snek & dessert : buah korma dan sunflower & pumpkin seeds
Minuman – air putih bertapis , limau madu ( fresh ) air halia limau dan lain-lain.
Minuman berkafein eloklah di hadkan sebab kafein akan menyebabkan diureses ia itu banyak kencing dan ini bawa pada dehydration ( kurang air dalam badan).
resepi ibu saya air halia : untuk segelas
Halia muda 2 inci ( tumbuk ) limau nipis sebiji diperah, gula merah secukup rasa, air panas segelas.
Tuangkan air panas keatas halia tadi , tambahkan jus limau nipis dan gula merah . Kalau nakkan sejuk boleh tambah ais tapi lebih baik panas !

Celoteh Ramadhan Bahagian 5 fisiolgi puasa.

Celoteh Ramadhan bahagian 5

Fisiologi puasa

Puasa dipanggil ‘intermittent fasting’ kerana kita menahan dari makan dan minum selama beberapa jam dan selebihnya kita akan makan dan minum . Kajian telah dapati bahawa ‘intermittent fasting ‘ mempunyai kesan baik terhadap kesihatan. 

Antara kesan baiknya adalah :

1. Membetulkan ‘insulin resistence ‘ dimana badan kurang peka pada hormone insulin dan ini menyebabkan badan tidak boleh bakar karbohidrat untuk menukarkannya menjadi tenaga maka senang gemuk dan letih, lama kelamaan mengidap kencing manis .

2. Meningkatkan kadar ‘growth hormone’ ia itu hormone awet muda .

3. Meningkatkan fungsi otak dengan meingkatkan protein BDNF yang mana ia mencetuskan sel ‘brain stem’ otak menjadi neuron baru . Ia juga mencetuskan supaya kimia ‘neurotransmitters’ menjadi seimbang. Ini melindungi dari penyakit Alzhheiner’s dan Parkinsons dan melindungi dari cepat nyanyuk dan pikun.

4. Didapati bila binatang makmal dipaksa jalani puasa ‘intermittent fasting’ mereka hidup lebih lama dan bagi yang mengidap kanser, mereka juga lebih sihat dari grup yang tidak dipuasakan.

Puasa macam mana yang akan memaksimakan manfaat puasa ? Adakah orang Islam di Malaysia mengamalkan cara puasa yang optima sepertimana dilakukan oleh Rasul SAW?

Puasa umat Islam dari masuknya waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib dan jangka masanya berbeza dilain-lain lokasi. Makan waktu sahur dilewatkan sehingga sejurus sebelum subuh da nada yang tidak bangun untuk sahur sebab takut tak cukup tidur! Rasul SAW telah tegaskan bahawa sahur itu penting dan juga sahur itu perlu dilewatkan ! Ini sebagai peringatan bagi yang puasa sebab kita nak maksimakan manfaatnya dunia akhirat .

Ada juga orang yang rasakan puasa tak bagus untuk kesihatan sebab akan kekurangan air. Puasa agama lain dan puasa untuk kesihatan tidak menahan dari air . Sejauh manakah pendapat ini benar ? Bila diukur dari segi air dalam badan, kuantiti kekurangan air dalam badan adalah sedikit dan ini tidak memberi kesan buruk jika pada waktu malam, air bersih diminum semasa bertarawih dan semasa berehat .

 Sediakan botol air pada waktu malamnya .

Kajian keatas orang yang berpuasa telah dapati bahawa puasa akan turunkan tekanan darah diastolic, turunkan kadar kolesterol dalam darah serta kadar gula dalam darah . Ini ada implikasinya pada orang yang sedang memakan ubat kencing manis dan darah tinggi serta ubat kolesterol.

Mungkin juga ada yang dapat rasa bahawa dalam bulan puasa, pemikirannya bertambah baik. Mungkinkah ada sebab ini boleh berlaku? Sebenarnya pada bulan puasa, pengaliran darah ke otak bertambah baik pada waktu puasa sebab darah tidak diperlukan dibahagian organ pencernaan!

Detox berlaku diperingkat sel-sel badan semasa puasa. Cuba bayangkan seorang pembantu rumah mengemas rumah diwaktu semua anak majikannya berada dirumah . Baru kemas sudah berselerak semula ! Begitulah sel sel semasa kita makan dan terus makan tanpa had, proses membersihkan sel dari bahan buangan tergendala dan hanya akan efisyen semasa puasa. Maka semasa puasa sel-sel badan akan mula buangkan bahan buangan yang mungkin sudah lama terperangkap dalam sel .

Badan kita, bila tidak mampu membuang bahan buangan keluar dari badan akan menyimpannya ditempat yang dikirakan ia akan membawa paling kurang mudarat . Di mana agaknya tempat ini ? Ia adalah dalam sel lemak.

Badan mengunakan glucose dan seterusnya tenaga tersimpan dalam hati dalam bentuk glycogen untuk menghasilkan tenaga. Glukos datang dari makanan karbohidrat maka inilah makanan yang utama kita. Nasi, roti , mee, kentang dan lain lain adalah karbohidrat . Bila kita puasa, bekalan karbohidrat untuk hasilkan gula akan habis dan ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah menurun. Maka, selepas habis digunakan glycogen, badan kita akan dapatkan simpanan lemak kita untuk hasilkan tenaga .

Sebenarnya, bekalan glukos dan glycogen selepas makan kita cukup untuk 8 jam, maka kita akan rasa letih hanya menjelang waktu berbuka . Bila kadar glukos rendah, dengan sendirinya badan akan tukarkan lemak menjadi tenaga dan kita tidak akan alami tanda kurang glukos. Jika tidak makan sahur, maka kita akan rasa letih lebih awal !

Rasa lapar bukan bererti glukos sudah kurang sebab lapar adalah mekanisma kebiasaan ( habit ).

Tanda-tanda kurang glukos adalah berpeluh sejuk dan gelap mata serta lemah.

Orang-orang yang perlu awasi tanda kurang glukos semasa berpuasa adalah :

1. Orang tua

2. Orang sakit atau orang yang terlalu kurus ( simpanan lemak terlalu kurang )

3. Pengidap kencing manis yang memakan ubat oral hypoglycaemics

4. Wanita mengandung dan menyusukan

5. Kanak-kanak

6. Puasa di Negara yang waktu puasa melebehi 12 jam.

Bila kita lihat senarai ini , nyata bahawa banyak dari kategori ini adalah yang dikecualikan dari wajib berpuasa. Nyata bahawa Islam bukan agama yang tidak rasional ! Namun ramai umat Islam tidak rasional pula dan berdegil nak puasa walaupun badan tak mampu ! Ini bukan bererti saya suruh semua golongan tersebut untuk tidak puasa tapi saya suruh nilai sama ada boleh puasa atau tidak dan tidak salah untuk cuba tetapi bila timbul gejala kurang gula seperti disebutkan , sampai masanya untuk berbuka puasa !

Bagi pengidap kencing manis, sila berjumpa doctor anda dan bertanya bagaimana nak tukarkan dos dan waktu makan ubat kencing manis. Waktu sesuai adalah masa berbuka dan sebelum tidur. Waktu tidak sesuai adalah waktu sahur sebab pada siang hari ubat masih bertindak sedangkan kita tidak makan 

Hubungi untuk temujanji di 0105439157.

Celoteh Ramadhan bahagian 4 

Celoteh Ramadhan bahagian 4
Proses detox puasa

Puasa akan keluarkan toksin dari dalam sel, terutama sel lemak . Semasa kita tidak puasa, diperingkat sel, badan kita akan cuba keluarkan kesemua kimia dan bahan perkumuhan sel dari dalam sel balik ke darah. Dari darah, bahan buangan dan kimia yang tidak diperlukan di keluarkan dari badan melalui air kencing, peluh, wap nafas dan juga berak melalui empedu. Toksin yang tidak berjaya dikeluarkan dari dalam badan dimasukkan kedalam sel lemak.
Apabila kita berpuasa, bila bekalan karbohidrat sudah habis digunakan serta ‘glycogen’ digunakan, lemak akan mula dibakar untuk jadikan tenaga . Proses ini akan berlaku lebih baik jika semasa puasa kita banyak gunakan tenaga fisikal atau kita bersenam.
Kajian menunjukkan hormon endorphin akan mula meningkat dalam darah semasa puasa dan orang yang puasa akan mengalami perasaan postif dan segar dengan syarat semasa selepas berbuka kita makan cara seimbang makanan yang bersih dari toksin, senang hazam serta mengandungi khasiat secukupnya.
Air juga perlulah yang bersih, bebas dari kimia, mengandungi zat galian yang selalunya ada dalam air mineral dari sumber yang baik. Air RO dan air suling tidak mengandungi zat galian. 
Ginjal ( kidney) amat efisyen mengimbangi kandungan air dalam badan ( intracellular) serta kandungan zat galian sel seperti natrium dan kalium . Zat galian ini akan keluar dari badan melalui peluh maka makanan berbuka perlu mengandungi zat galian dan protein serta karbohidrat kompleks serta lemak.
Sebagai rumusan 
Makanan untuk berbuka perlu seimbang dengan protin, karbohidrat, lemak, zat galian serta vitamin asli dan air kena cukup . Adalah amat ditekankan bahawa memakan makanan berkimia, berproses, tercemar semasa berbuka mengurangkan khasiat puasa dan apa pula jika kita lakukan dengan sengaja? Apa erti halalan toyiban? Cukupkah halalan toyiban jika kita memakan daging yang disembelih dan juga tidak memakan babi ? Apa pula jika kita makan daging yang sudah disembelih tetapi sudah melalui proses pembusukkan atau daging dicemari kimia sedangkan kita ketahuinya dan kita berikan pula makanan itu kepada ahli keluarga kita ? Maksud saya : daging tak fresh, daging penuh kimia seperti sosej dan burger .

Mungkin saya tidak ada kepakaran untuk huraikan akibatnya diakhirat namun didunia ini jika kita memakan makanan tersebut pada waktu berbuka, kesannya kita akan dapat secara tunai!

#suriyapuasa
Posting ini boleh dishare dengan credit ke Dato’ Dr Suriyakhatun Osman

Medical Doctor, Medical Homeopath, Life Coach and Energy Healer

tel 0105439157 – untuk temujanji.

Celoteh Ramadhan Bahagian 3 -Wanita Mengandung

Ibu-mengandungCeloteh Puasa Bahagian 3
Untuk wanita mengandung
Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama . Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung nakkan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula .
Apa pula kesan untuk anak yang dikandung ? Sebenarnya jika ibu yang mengandung :
1. kurang darah/ kurang zat galian
2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya
3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur
4. makan tak betul ( tidak ada nutrisi dan tidak seimbang ) semasa berbuka dan sahur
5. Ada penyakit yang menjejaskan penghazaman
6. ada penyakit kronik yang lain
7. hampir cukup bulan ( bahaya prem labour kalau hypoglycaemic )
8. Sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa
9. tekanan darah terlalu rendah
10. Gestational diabetes ( Kencing manis waktu mengandung)
Ada kemungkinan puasa ibu akan menjejaskan perkembangan bayi dalam perut dan membawa masaalah kesihatan yang kronik pada bayi .
Bagi wanita mengandung yang tiada masaalah seperti di atas , kenalah nilai dengan penuh ikhlas niat dan sebab dia nakkan puasa dan nakkan puasa penuh.( mungkin lebih mudah untuk puasa selang-selang ) . Fikirkan juga bahawa puasa boleh diganti dan Allah swt dengan rahmat Nya telah mengizinkan untuk tidak puasa tetapi bila anak dalam kadungan terjejas, ia mungkin menanggung masaalah kesihatan seumur hidup sebab bayi dalam kandungan sedang lalui proses ‘development of organs’ dan kurang nutrisi pada waktu tertentu dalam proses ini akan menjejaskan organ terlibat .
link ini memberi jangka masa kandungan dan perkembangan organ janin
http://www.babycenter.com/0_fetal-development-timeline_1035
Tips Ibu menyusu dan mengandung
Sebenarnya sama saja nasihat saya untuk ibu yang dalam keadaan mengandung dan menyusu. Perlu awasi tanda-tanda hypoglycaemia dan juga dehydration.
Antaranya pitam, berpeluh sejuk, badan rasa lemah dan tak bermaya semasa berpuasa.
Dalam keadaan ini berbukalah, anda tidak diwajibkan berpuasa dan jika berpuasa anda kena nilai kemampuan diri dan berbuka sebelum mudharat .
Tentang pemakanan pula, ibu yang menyusu dan mengandung perlu beri perhatian yang lebih tentang mutu makanan berbuka dan bersahur .
Antara yang mustahak adalah
1. Air, minum air kerap sepanjang malam. Air perlu bersih dan bertapis, bukan air masak, bukan air RO, bukan air mineral yang dibeli ( plastiknya ada toksin)
2. Ambil snek yang padat energy seperti nuts : gajus, pistachio, sunflower seeds, pumpkin seeds, almonds etc . Snek ini boleh makan lepas berbuka , sehingga sejam sebelum tidur dan lepas sahur sebelum imsak
3. Bersahur paling lewat yang boleh, makan makanan seperti saya sebutkan
4. Tambah dengan protein drink yang baik dan tanpa kimia. Baca betul-betul label protein drink yang nak dibeli, pastikan tidak ada kimia atau bahan tambahan yang bahaya untuk kandungan atau anak menyusu. Awas ada herba yang juga tidak baik dimakan ibu mengandung dan menyusu dan ada produk dalam pasaran yang ada herba untuk kuruskan badan. Pengedar tidak bertanggung jawab mengesyurkan untuk ibu mengandung /menyusu. Awas pemanis tiruan dalam minuman !
Minuman yang banyak asid amino termasuk bone broth, marine collagen dan gam arab.
Boleh juga tambahkan makanan seperti kurma buah dan gum arabic sebab makanan ini senang hazam ada serat dan tinggu nilai nutrisi .
Makanan yang nutrisinya padat . Chlorella adalah makanan yang padat nutrisi dan membantu heavy metal detox . Saya tidak sebut spirulina sebab ia mengandungi neurostimulant yang mungkin tidak sesuai semasa mengandung walaupun ia padat nutrisi juga.
5. Elak makanan segera, makanan tiruan dan makanan dalam tin. Bika kita berpuasa bahan toksik dari makanan berproses lebih mudah masuk kedalam air susu ibu.
6. Amalkan scrubbing kulit, pastikan lawas buang air besar dan senaman ringan waktu petang untuk keluarkan peluh ( detox juga )
7. Optimakan kesihatan usus dengan probiotic dan prebiotic serta enzyme, antara makanan tadisi kita yang ada enzyme adalah tempoyak dan tempe mentah! Rajinlah makan dengan ulaman !
8. Kobis, pudina dan terlalu banyak pengambilan “herbs” boleh kurangkan susu. Begitu juga ada yang dapati Chia seeds kurangkan susu sedangkan halba dan ulam ulaman banyakkan susu.
Ada yang risaukan kesan detox akan jejas anak yang di susukan . Saya berpendapat ini tidak perlu dirisaukan jika ibu mengambil berat untuk memastikan nutrisinya cukup dan ibu mengambil langkah mengoptimakan organ detoxnya seperti scrubbing kulit, ginjal ( kidney) dan usus ( berak kena lawas , tak lawas perlu lawaskan ) , keluarkan peluh.

Celoteh Ramadan 2

Pemakanan anak semasa puasa.

Selalunya saya akan berikan pesanan ini dalam bulan puasa tetapi kali ini , saya nak berikan peringatan ini awal sebab saya kesian anak-anak semasa bulan puasa apabila ibu/bapa atau penjaga tidak memberikan perhatian anak-anak yang terlalu kecil untuk puasa tidak diberikan makanan sempurnya .

Jangan dipaksa anak bawah 6 tahun berpuasa penuh, puasa perlu ikut kemampuan anak dan anak kecil lagi mudah terjejas bila tidak makan dan minum .

Makanan anak waktu bulan puasa.

1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau sisa makanan waktu siang, mungkin tidak cukup dari segi nutrisi . Ditambah pula dengan terlalu banyak kuih muih serta air manis semasa berbuka, ini menyebabkan anak itu tidak makan makanan seimbang. Ini akan menyebabkan sistem immune dia menurun. Menjelang hari raya, mungkin anak akan jatuh sakit .

2. Anak diberikan sisa makanan semasa berbuka hari yang sebelumnya . Bukan tak boleh tapi jaga kesegaran makanannya . Sisa makanan yang tidak habis perlu disimpan dalam peti sejuk selepas makan . Simpan dalam bekas bersesuaian dan panaskan sebelum dimakan semula. Buang sisa makanan yang ada dalam peti sejuk lebih tiga hari kecuali makanan adalah jenis kering dan tahan lama . Jika lauk pauk hendak disimpan lama, masukkan dalam freezer .

3. Jika anak diberikan makan lauk yang hampir basi atau mungkin tidak nampak basi tetapi sudah dibiarkan diluar lebih dari 6 jam, keracunan makanan mungkin berlaku. Lauk berkuah yang ada santan atau susu lagi cepat basi dari lauk digoreng kering.

4. Se eloknya sediakan makanan seimbang dan segar untuk anak kita.

#suriyapuasa

Celoteh Ramadan 1

Tidak lama lagi kita akan berpuasa dan memang ramai antara kita suka bulan puasa dan ramai akan ingat puasa sebab pasar Ramadhan .
Bulan puasalah makanan yang susah nak jumpa pada masa lain akan muncul !

Saya dan keluarga pula sudah cuba sejak beberapa tahun ini untuk tidak beli makanan luar sebab kesedaran tentang proses puasa yang membawa banyak kebaikkan dari segi kesihatan jika dilakukan dengan betul dan bakal membawa mudarat jika tidak dilakukan dengan cara yang sihat. 

Sebelum apa-apa saya nak ingatkan  bahawa puasa itu ibadah dan ada syarat-syarat berpuasa. Ada ibu yang menyusukan anak, ada ibu yang mengandung dan ada orang yang ada penyakit dan semua kategori ini perlu timbang baik buruk puasa untuknya . Jangan sampai mudaratkan kesihatan ya?
Puasa dinamakan ‘Intermittent fasting” sebab orang Islam tidak berpuasa 24 jam, cuma dari matahari terbit hinga ka matahari jatuh,   Manfaat kesihatan puasa sudah banyak dikaji dan telah diakui puasa mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah serta kadar gula dalam darah dan juga tekanan darah tinggi . 
Manfaat ini semua bersyarat : Syaratnya adalah puasa dengan cara yang baik .
Apakah dia puasa yang baik ?
Ia terletak pada pilihan makanan :

1.  Pilihlah makanan yang baik : bersih dari kimia dan bersih dari toksin organik atau tidak organik. Ini termasuk ayam, ikan dan daging serta sayur . Pilih yang terbaik yang mampu. 

2. Pilih makanan yang tidak diproses dan tidak ada kimia  – ya sama dengan yang no 1 tetapi saya lebih spesifik : Makanan segera, makanan dalam tin, makanan daging berproses semuanya bukan kategori baik untuk berbuka puasa. 

3. Makanlah seimbang dan awas makan berlebihan 

4. Jangan ambil gula putih, tukarkan dengan manis dari buah, dari gula asli dan madu .

5. Kurangkan  makanan bertepung 

6. Kalau nak minum susu, pilih susu terbaik : Susu segar yang paling kurang kimia, bagi yang  sudah tahu ada alahan pada susu : bila minum rasa kembung atau najis jadi cair, jangan minum 

7.  Jika mudah sembelit jangan minum teh o. 

8. Makan makanan yang serap air seperti selasih, getah anggur, kembang semangkuk dimana makanan ini akan mudahkan buang air besar dengan syarat air bertapis yang bersih banyak diminum diwaktu  berbuka, 
Kenapa perlu begini ?

Semasa kita tidak makan dan minum sepanjang siang, badan akan bakar gula yang sedia ada dalam darah, seterusnya mengunakan glycogen tersimpan dan selepas itu mengunakan lemak badan . Sel-sel badan pula akan lepaskan bahan buangan yang telah terkumpul dalam sel sebab semasa kita asyik makan, sel tidak sempat nak buang habis bahan buangan ini .  Bila lemak kita dipecahkan pula ada pula toksin yang terperangkap dalam lemak akan keluar semula, masuk dalam pengaliran darah ( blood circulation ) sementara ia dikeluarkan semula oleh sisterm pembuang toksin kita, Hati, empedu keluar kenajis, ginjal keluar ke air kencing, paru-paru keluar ke nafas, dan dari kulit keluar ke peluh .
Kesan dari detox ini adalah :

Nafas berbau , 

Najis busuk 

Peluh busuk 

Kencing busuk .
Lagi banyak toksin lagi kuat gejala detox yang termasuk sakit kepala, berak cair, lenguh badan dan letih yang akan berlaku pada peringat awal puasa.  Untuk kurangkan kesan ini lah saya syurkan supaya jangan tambahkan beban organ detox dengan memakan untuk berbuka dan sahur makanan yang ada toksin atau membebankan organ penghazaman dan perkumuhan.
#suriyapuasa

Pendekatan Holistik Merawat Eczema

Dalam perjalanan menjangkau puluhan tahun sebagai perawat, pada permulaan bagi rawatan ekzema adalah dengan hanya rawatan homeopathy. Sekiranya kegatalan pada kulit adalah di tahap tidak terkawal maka saya akan beri antihistamin, kerana apabila pesakit mula menggaru, luka pada kulit sukar untuk sembuh.
Dengan rawatan sebegini terdapat banyak kes yang berjaya dirawat, oleh itu tidak akan meninjau atau ‘mengorek’ lebih dalam bagi kes-kes ini. Adakalanya pesakit akan dinasihati untuk mengelak beberapa jenis makanan, sekiranya mereka mempunyai alahan yang ketara kepada makanan tersebut, ini dapat diketahui dengan bertambah kesan ekzema atau dalam terma ekzema ‘flare’.
Kalau begitu apa sebenarnya ekzema dan kenapa ia timbul di umur yang paling awal?

Anda boleh pesan buku ini dengan harga hanya RM 8 dari facebook.com/muslimahspa2011

Harga termasuk post adalah RM 15

Atau anda boleh email ke kliniktaqwa@gmail.com untuk pesan buku ini .

Isi kandungan
Definisi Dan Pengenalan 1
Definisi Dari Sudut Perubatan Moden 1
Definisi Dari Sudut Holistik 2
Punca Ekzema 2
Perawatan Ekzema 3
Ekzema dan Rawatan moden 3
Pendekatan Integrasi Merawat Ekzema 3
Tumpuan Rawatan 4
Kawalan Kepada Ekzema 5
Mengawal di peringkat awal 5
Mengawal gatal dan infeksi 5
Melembabkan kulit ekzema 6
Perkaitan Sistem Pencernaan Dan Ekzema 6
Ekzema Dalam Situasi Yang Biasa Ditemui 9
Ekzema dan hari perayaan 9
Ekzema dan antibiotik 9
Ekzema Dan Bayi 10
Ekzema Dan Bakteria Baik Pada Salur Peranakan Ibu 11
Ekzema: Perubahan Setelah Homeopathy Dan Pemakanan 11
Latarbelakang 11
2 Februari 2014 11
17 Februari 2014 12
KESIMPULAN 13

buku eczema 2buku eczema 3buku eczema1

Candida

Ini dia candida albicans
Candida Albicans

CANDIDA
Semua orang ada Candida sebab Candida sebahagian dari penghuni usus manusia. Bila populasi Candida membiak lebih dari sepatutnya barulah ia timbulkan masaalah. Perkara ini berlaku bila microbiota usus tidak dari jenis bakteria yang sepatutnya atau tidak berkembang dengan sihat. Kita sering panggil penyakit fungus candida ini kurap. Ia sejenis yeast dan ia dari keluarga fungus.

Candida boleh bertapak dikulit apabila ada candida dalam usus. Candida memang penghuni biasa dalam usus tetapi populasinya terkawal oleh microbiota baik namun bila ada ketidak seimbangan dalam microbiota usus, candida akan membiak dengan pesat dan berjangkit ke mulut dan kulit.

Makanan candida adalah gula dan makanan berproses. Gula membiakkan candida. Apabila candida di kulit dirawat dengan krim steroid, ia menjadi nipis tetapi sempadannya merebak. Ini adalah sebab steroid menahan radang tetapi menggalakkan candida merebak. Sering juga saya dapati kes candida yang sedikit merebak jadi candida yang serius disebabkan steroid dan ini sering berlaku dikalangan bayi sebab disangkakan eczema.

Birth passage ibu ada microbiota yang menjadi microbiota usus anak semasa ia melaluinya dalam perjalanan keluar dari rahim ibu. Anak yang lahir secara ceaser tidak lalu birth passage dan juga mendapat antibiotik yang diberi kepada ibu secara rutin selepas caeser dari air susu ibu maka
1. Tidak dapat dos awal microbiota
2. Tidak dapat dos seterusnya dari susu ibu sebab dimatikan oleh antibiotik.
Bila microbiota usus tidak berkembang seperti yang sepatutnya, candida ada peluang membiak. Candida dikawal oleh bakteria baik dan kekurangan bakteria baik membiakkan candida. Candida juga penghuni usus. Ia tidak dimatikan oleh antibiotik.

oral thrush
Oral thrush

Kalau anak diberi antibiotik atau minuman bergula ia akan menyebabkan candida membiak dalam usus dan seterusnya kurap lampin dan oral trush akan berlaku. Candida di kulit akan nampak bulat dan bersisik di bahagian tepi dan licin di tengah. Bayi yang mengidap candida mungkin akan dapat tompok putih macam susu dalam mulut dan bila air liur meleleh, leher akan merah dan ada bintat merah serta jika dilihat dengan teliti, yang bulat bersisik akan ada. Candida di kawasan lampin bermula dari lubang dubur dengan bintat merah dan juga yang bulat bersisik.

candidanappy
Candida nappy rash, kurap lampin bukan ruam lampin

Wanita boleh mengidap candida di faraj dan tandanya adalah keputihan yang macam susu basi dan ini gatal. Paling kerap waktu mengandung, atau yang ada kencing manis dan juga bila makan ubat perancang. Candida boleh bermula selepas pengambilan antibiotic sebab anitbiotic membunuh microbiota yang kawal candida dan tidak membunuh candida.
Faktor penyebab candida:
– Pengambilan antibiotic yang membunuh bakteria baik tetapi tidak membunuh bakteria jahat dan candida
– Dilahirkan secara Ceaser
– Lahir normal tapi ibu ada Candida, contohnya keputihan dan gatal faraj
– Pengambilan ubat perancang
– Ada kencing manis
– Suka makan makanan berproses dan banyak ambil gula putih serta refined carbs sebab ini makanan Candida
– Tidak suka makanan berserat, serat adalah makanan bakteria baik. Fibre adalah prebiotic dan adalah makanan untuk gut microbiota.
– Ada pencemaran mercury dalam system. Ini boleh berpunca dari makanan laut atau dental filling atau berbentuk amalgam atau vaksin yang ada Thiomersol. Buat Hair Tissue Mineral Analysis untuk ketahui ada toksin logam berat atau tidak. Telah didapati ada kaitan antara Candida dan logam berat Mercury.

Untuk hapuskan Candida, kita kena tingkatkan microbiota baik dalam usus, berikan dia makan dan tambahkan populasi nya dengan makanan fermented yang ada bakteria baik. Kefir, tempe, kimchi, kombucha, yoghurt, tempoyak antara makanan probiotic. Probiotic adalah makanan yang ada bacteria baik. Ada juga dijual dalam bentuk capsule seperti Lacto 5 atau Lacto GG. Saya galakkan ambil makanan dan bukan capsule.

Antara langkah yang boleh di ambil:
• Hapuskan semua makanan berproses dan gula dari diet
• Ambil rawatan khusus untuk betulkan, rawatan homeopathy berkesan
• Ambil anti fungal foods dan herbs seperti Pau D Arco dan Nystatin serta Garlic dan Virgin coconut oil.
• Ambil probiotic Superfoods seperti Gum Arabic dan, Baobab fruit. Ambil supplement detox foods yang boleh mop up toksin logam berat seperti Chlorella.