Mesej dari pembaca :
Doktor, saudara saya meninggal serangan sakit jantung . Sebelum ini tak tahu pun dia sakit tapi secara tiba-tiba saja dia dapat serangan dan terus meninggal . Nak ikutkan bukanlah tua sangat pun .
Memang betul bahawa kita tak nampak pembuluh darah yang mengantarkan darah kejantung . Coronary arteries berada dikeliling jantung dan jika ada yang tersumbat sepenuhnya , bahagian jantung yang berkenaan akan kekurangan darah dan pengidapnya akan rasa sakit yang mencengkam dan menekan dada. Sakit ini sama ada sikit atau banyak boleh berulang dan boleh juga menjalar ke sudu hati ( epigastric ) bahu kiri , tangan kiri atau leher.
Jika darah terputus dari kawasan jantung terlibat agak lama, bahagian jantung terlibat akan alami infarct atau mati dan akan diganti dengan tisu berserat , fibrous tissue yang tidak ada keanjalan .
Ada kalanya bila yang tersumbat itu meluas dan lama , kematian hampir serta merta akan berlaku .
Ajal dan maut adalah rahsia Allah swt dan tidak siapa tahu saat ia akan berlaku . Memang benar .
Namun demikian serangan jantung ada petanda awal dan ada penyebab , ada pencegahan dan ada rawatan .
Adakah kita nakkan situasi dimana kita atau orang yang terdekat dengan kita perlu makan ubat 5-12 jenis sambil kita melihat sehari demi sehari situasi semakan parah, nafas semakin mencungap dan hidup dikongkong oleh keadaan kesihatan ? Atau adakah kita lebih rela mengambil langkah langkah positif untuk tangani keadaan sebelum ia menjadi parah ?
Keputusan ditangan diri kita sendiri dengan membuat pilihan gaya hidup dan rawatan pencegahan yang akan beroleh kesihatan jantung yang baik .
Sebelum saya teruskan ulasan tentang sakit jantung, saya menegaskan disini, ajal dan maut Allah tentukan dan tak mustahil penulis ini pun boleh dapat sakit jantung juga. Masa saya berada di Klinik Taqwa di Masjid Tanah berpuluh tahun dahulu ada seorang pakar jantung meninggal sebab serangan jantung dan ada juga pakar cancer yang meninggal sakit cancer . Jadi ulasan saya ini adalah dengan penuh rasa rendah diri bahawa qadar Allah swt yang mengatasi segalanya.
Pembuluh darah keliling jantung disebut coronary arteries . Tak perlukan mendetailkan tentang ini , memadailah jika saya sebut bahawa jantung adalah unik sebab ia sebuah otot yang perlu bekerja 24 jam sehari sepanjang hayat manusia dan jantung memerlukan oksigen yang tinggi . Darah yang di pam dalam rongga jantung membekalkan oksigen kejantung melalui coronaries maka bila coronaries semakin sempit, bekalan oksigen semakin kurang .
Angina pectoris adalah sakit yang timbul dek kurangnya oksigen, bolehlah dikatakan kebas jantung. Namun kebas jantung ini kuat sakitnya. Akan rasa seperti jantung telah di ramas dan selalunya di iringi rasa takut dan peluh sejuk . Bila ia seketika sahaja, tidak ada kesan jangka panjang tetapi bila cukup lama dan sekatan oksigen terlalu banyak , berlakulah infarct .
Maka sakit jantung ciri-cirinya , sakit yang mencengkam, berlaku semasa emosi tinggi atau tengah bekerja fisikal , sebelah kiri, mungkin menjalar ke bahu, leher, tangan , sudu hati . Diringi rasa cemas, sesak nafas dan peluh sejuk . Akan lega bila di letak pil nitroglycerine bawah lidah .
Jantung dan coronaries
Ada atau tidak tanda awal kita sedang mengalami proses coronary arteries sedang semakin sempit ?
Bagaimana ia boleh menjadi semakin sempit ?
Sebenarnya sudah lama diketahui bahawa artery semakin sempit disebabkan mendapan bahan dalam darah, sama seperti karang dalam paip lama. Bagaimana boleh jadi mendapan ini ? Kajian terkini dapati bahawa ia disebabkan radang dalam dinding dalam artery. Soalan seterusnya , kenapa terjadi radang ? Radang adalah reaksi badan secara semula jadi kepada patogen yang menyerang . Maka bakteria virus kulat atau toksin akan menyebabkan radang . Juga, bila makanan tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk dinding arteri dan disebaliknya mengandungi banyak bahan toksin , ini yang akan menyebabkan radang .
Makanan berproses banyak mengandungi lemak rosak , bahan pengawet dan pewarna serta perasa tiruan .Juga minyak masak yang salah ie mengandungi transfat dan juga mengandungi toxin .( Kimia kimia dan kimia )
Plastik dan segala pencemaran dalam air dan makanan kita termasuk bekas makanan ( styrofoams and plastics)
Sejak dari bayi lagi kita mungkin terdedah jika mengambil susu formula atau makanan bayi yang diproses.
Usus yang tidak sihat akan juga membawa radang kepada badan termasuklah radang dinding dalam coronary . Kesihatan usus main peranan amat penting dalam kesihatan seluruh badan dan ini boleh terjejas sejak kecil lagi dengan banyak perkara termasuk kelahiran secara caesarean, susu formula, antibiotik , bakteria virus dan kulat .
Dulu para penyelidik dapati plaque mengandungi banyak cholesterol maka difikirkan cholesterol adalah penyebab penyakit coronary. Namun selepas berpuluh tahun memberi pesakit ubat rendahkan cholesterol, nyata ini bukan puncanya malahan mengambil ubat jenis statin merosakkan lagi kesihatan dengan menyakitkan otot badan dan mengkucar kacirkan enzyme hati .
Sebenarnya cholesterol dan bahan lain yang ada dalam plaque mendap kedinding artery disebabkan radang . Kepekatan darah dan kandungan fibrin yang terlalu tinggi juga menyumbang kepada proses medapan dan penghasilan plaque .
Ada beberapa cara saringan mengkaji coronary dan antaranya adalah angiogram ( ada risiko ) .
Cara lain yang lebih selamat tapi bukan mainstream adalah Esteck ( cuma ada di Malaysia di Spectrum of Life ) Esteck perlu digabung dengan ujian darah ( lab tests ) dan pemeriksan serta pengambilan kes .
Boleh juga kita lihat dari live blood film , ie Darkfield microscopy, cara ini mudah dan boleh memberi gambaran yang tepat jika dikendalikan oleh pengamal yang mahir dalam ilmu ini ( saya sedang pelajarinya )
Iridology juga akan dapat kesan jika ada masaalah coronary .
Kita juga boleh membuat andaian ( educated estimation ) dari sejarah keluarga pesakit serta gaya hidup serta gejala seperti tekanan darah, keanjalan nadi ( boleh rasa) ,
Kaitan tekanan darah tinggu dengan penyakit coronary pula:
Tekanan darah akan naik bila ada radang dalam artery. Radang ini sama dengan radang dalam coronary dan radang ini bersifat kronik , amat perlahan . Ini antara sebab tekanan darah tinggu perlu dirawat tapi rawatan semata untuk kawal tekanan darah tidak akan hentikan penyakit coronary artery .
Apa cara rawatan dan apa cara mencegah ?
Serangan jantung adalah suatu penyakit yang semakin mengingkat dan punca mati mengejut , ada kalanya di usia yang muda .
Saya telah huraikan mekanisma penyakit dan punca penyakit termasuklah penyebab penyakit dalam posting yang sebelum ini sila rujuk jika belum baca lagi .
Dalam posting ini kita lihat semula cara untuk mengesan keberankalian dan cara untuk hindarkan jika risiko untuk mendapatnya ada.
Sedia maklum jika penyakit sudah nyata wujud, amat mudah untuk dikesan . Ujian seperti stress test ECG, akan menunjukkan ‘ischaemia’ jika ada . Ischemia – kurang darah/oxygen kejantung) .
Pesakit sendiri mungkin alami sakit dada bila berkuat ( exertion ).
Untuk mengetahui kedar tersumbat dan ranting coronary mana tersumbat , perlu dijalani angiogram . Ujian ini mahal dan berisiko .
Untuk kaji risiko dan mengetahui sama ada badan kita sedang menuju (belum lagi nyata ) sakit jantung perlukan penilaian cara alternatif .. Seperti yang saya sebut sebelum ini, antara caranya adalah :
1. Esteck , 2. :Life Blood Dark field 3. Iridology 4. Penilaian gaya hidup dan assesment dari permeriksaan fisikal dan sejarah keluarga
Category: Kesihatan Anda
Tentang kesihatan dari sudut pandangan seorang doktor yang melihat setiap insan yang sakit dari perspektif holistik .
Susu Ibu Versus Susu Formula
Apa dia kalori kosong doktor ?
Empty calories ! Cuba fikir , ada atau tidak makanan semula jadi yang tidak ada langsung hasiat vitamin zat galian, protein , lemak wajib dan serat, selain dari karbohidrat semata?
Maka setiap makanan itu memberi apa yang badan perlukan .
Bila disebaliknya kita berikan makanan yang hanya ada karbohidrat dalam bentuk gula, maka ia akan mengambil ruang dalam perut dan mengisi keperluan karbohidrat tanpa memberi khasiat yang lain .
Akibatnya yang mengambilnya akan perlu makan lagi sebab selagi ada kekurangan, kita akan terus makan . Ini mekanisma semula jadi badan.
Memang kita akan nak benda manis sebagai naluri semula jadi, dan benda manis semula jadi memuaskan selera untuk makan manis.
Disebaliknya bila kita ambil makanan yang manis sebab gula, kita akan masih rasa mengidam nakkkan manis sebab makanan itu kurang khasiat lain !
Akibatnya kita aka gemuk sebab terlebih kalori.
Kalori kosong tidak mengenyangkan tapi mengemukkan .
Ketagihan pada gula kadang kala petanda badan kurang protein.
Cuba nilai makanan harian anda, cukup dan seimbang atau tidak kesemua kategori makanan yang diperlukan ?
Ada apa dengan gula ?
Ini mungkin soalan yang ditanya oleh pembaca yang membaca posting saya tentang memberikan anak gula .
Ada yang tanya, umur berapa boleh berikan soft drinks kepada anak .
Tekanan dunia perniagaan atas industri makanan telah kaburkan mata kita sehingga kita tidak dapat bezakan makanan dan kimia.
Kimia sudah jadi makanan !
Gula adalah bahan asli yang ada dalam banyak makanan semula jadi .
Buah banyak gula dan gula adaah dari tebu maka apa salahnya kita ambil gula ?
Gula adalah sucrose . Sucrose adalah gabungan dua simple sugar ia itu glucose dan fructose .
Kadang kala pesakit jadi keliru sebab ada kalanya doktor akan beritahu pesakit yang rasa lemah dan lesu serta berpeluh sejuk bahawa ia kurang gula dalam darah dan rawatannya adalah gula !
Betul, apabila kadar gula dalam darah terlalu rendah, memang rawatannya adalah gula . Ini hanya untuk kes cemas sahaja . Contohnya orang yang telah diberi terlebih ubat oral hypoglycaemics atau orang yang tak makan dan minum sehingga gula dalam darah terlalu rendah .
Begini sebenarnya :
Badan kita memang perlukan gula dan gula yang ada dalam darah ia lah glucose. Glucose dihasilkan dari makanan karbohidrat.
Cara pencernaan makanan kita akan hasilkan gula dalam darah.
Kita tidak perlu gula dalam bentuk sucrose ie gula pasir atau makanan yang ada gula . Kita perlu gula ini diambil dari makanan asli.
Bila kita dapat gula dalam bentuk sucrose dalam kuantiti yang banyak , gula ini akan segera memasukki darah kita dengan kuantiti yang banyak juga . Ini menyebabkan ‘sugar rush’ dalam darah . Bila ini berlaku , kita akan rasa segar dan aktif serta ia mencetuskan pengeluaran insulin sebab mengikut seimbangan gula dalam darah , ia tidak boleh terlebih .
Maka insulin akan keluar dan dengan cepat turunkan gula yang berlebih itu . Dengan ini sebab tadi gula terlalu banyak memasukki sistem darah kita, kadar gula akan turun pula mendadak juga .
Apa jadi kepada gula yang sudah diturunkan oleh insulin tadi ..ia jadi LEMAK!!!
Kira badan terperanjat dan cepat cepat turunkan kadar gula lah tu bila kita ambil makanan bergula ( banyak)
Maka, individu itu akan rasa letih balik dan pergi minum air manis lagi atau ketagih manisan .
Lama kelamaan ini menimbulkan stress dalam badan kita dan mulalah masaalah timbul dalam hormon cortisol kita membawa pada masaalah sistem immune .
Insulin yang dikeluarkan oleh ‘ islets of Langerhans’ di ‘pancreas ‘kita pun akan mula letih dan kadar insulin mungkin akan berkurangan, jadilah Diabetes Mellitus .
Ketagih gula petanda bahawa sistem kita ada masaalah .
Jawapannya bukan untuk ambil minuman manis !
Karbohidrat yang baik adalah karbohidrat asli yang banyak serat, ada vitamin dan zat galian .
Badan kita akan ambil masa hazamkan dan akan ambil masa menghantar gula kedalam darah !
Sebenarnya banyak lagi cerita gula ini ..sambung lagi lain kali
Kaitan mikrobiota usus dan emosi serta pembelajaran
Tentang microbiota perut dan kaitan dengan emosi mendapat perhatian dan ada ibu/bapa yang telah terfikir ada kemungkinan anak mereka terlibat .
Bayi yang lahir ceaser atau makan antibiotic berulang boleh terjejas microbiota usus
Microbiota usus boleh mempengaruhu neurotransmitter dalam otak contohnya GABA dan Dopamine.
Bila ada gangguan ini , fokus dan tumpuan serta emosi dan tidur mungkin ternganggu .
Bagi bayi anak yang sedang membesar ia menganggu fokus serta emosi yang bawa kepada masaalah perkembangan otak .
Cuba lihat pada najis:
Cair sangat ? Sembelit ? Bau masam? Bau kuat ? Warna pelik ?
Mungkin microbiota dalam usus tak betul !!!
Tengok juga pada selera dan pemakanan !
Kurang selera? Salah pilihan makanan ( manis dan junk food ) , hanya nak yang bland? Tu menunjukkan ada masaalah penghazaman dan microbiota usus .
Loya muntah ? Ya mungkin masaalah usus .
Usah dikhuatiri, ada jalan keluarnya :
Untuk ibu yang mennyusukan anak , makan mananan fermented seperti tempe ( raw), kefir, yoghurt dan kimchi .
Ada juga masaalah allergi yang lain pun satu kemungkinan , contohnya eczema, asthma , sering batuk dan lain lain !
Ambil probiotic , ( pilih yang tempatan lagi baik )
Ambil prebiotic seperti Al Manna dan Tayebat.
Untuk anak lebih dari 6 bulan berikan supplement Al Manna dan Tayebat
Untuk masaalah yang agak berat seperti global speech delay atau dyslexia , autism eloklah ambil juga rawatan Homeopathy dan lain lain yang boleh membantu .
Makanan yang ada probiotic tempatan. Ini berkaitan dengan dua posting saya sebelum ini
Microbiotic yang wujud dalam usus manusia ada lebih dari 1000 jenis dan.berbeza dari satu tempat ketempat lain, bergantung pada bakteria yang wujud keliling.
Yang anehnya, bakteria yang bawa penyakit pada satu kaum mungkin baik pula pada kaum lain.
Contohnya, sejenis bakteria yang dikaitkan dengan Crohn’ s disease di barat telah ditemui dalam usus hunter gatherer kaum nomadic di Afrika dalam keadaan.mereka sihat walafiat.
Maka sebab itu saya kurang nak syurkan produk probiotic yang import.
Tempe, kena makan tanpa masak..orang jawa pandai makan macam ni. Boleh juga tumbuk buat sambal.
Tempoyak jangan masak juga.
Kalau masak, bakteria probioticnya akan mati.
Al manna dan Tayebat ( boleh diorder online dari: https://www.facebook.com/naturalprebiotic ) pula adalah prebiotic dan akan biakkan bakteria baik yang sedia ada dalam usus kita.
Jika ada yang buat yoghurt atau kefir sendiri, menambahkan sedikit serbuk manna akan hasilkan yang banyak bakteria baik
Matters of the Heart!
A long time ago, when I was working in the Casualty department of Hospital Kuala Lumpur, a boy of 6 was brought in by the brother on a motorbike at 6 am in the morning. The child was wheezing, each breath was laboured. Our emergency team quickly put him on a nebuliser while I prepared his injections. Before I could do anything, the boy died. His heart simply stopped from sheer exhaustion! He started wheezing at 10 pm and the family decided to wait till morning to bring him for treatment. With no medication, the boy wheezed the whole night and morning before being transported in the cold morning wind on a motorbike. With the laboured breathing, while oxygen was still entering his lungs, the spasm caused less oxygen to enter and his chest muscles had to work much harder to get the air into the lungs. This put a lot of pressure on his heart and it had to pump harder while at the same time, it received less oxygen. It was like he was running a marathon, not for an hour or two, but for the past 8 hours without stopping and without any food or drink since he was too focused on breathing to eat or drink. Hence his little heart, no bigger than a fist had laboured on for 8 hours and finally stopped because it was too tired.
Our heart beats for the length of our lives and we hardly notice it beating on and on. We do not know what stresses we put on it. The heart is well supplied with oxygen from a network of arteries called the coronary arteries and this is very important, since a slight lack of oxygen will damage the heart muscles and damage to heart muscles means that the heart can never be as good as before since the damage will be repaired by scar tissues and these tissues are not elastic as is the original heart muscles.
While some people are born with congenital heart disease and have faulty valves or holes where there should not be, other young people may develop heart diseases because of infections, such as streptococcal infections and others still may get infection in the endocardium, the inner lining of the heart. Other young people do not even think of their heart needing any special consideration, because you hardly even hear of young people suffering from a heart attack!
In the present day however, this is no longer true. Young people do get hypertension and heart disease! In a report by the Mayo clinic, sudden death in young people below the age of 35 is often attributed to hidden or undetected heart disease. Is it then true that heart problems, in young people as well as in older people cannot be detected early? Are there no signs or early warnings that can prevent the sudden deaths? Among the main reasons for heart disease in young people and also older people is inflammation in the blood vessels, this is known as atherosclerosis. Lifestyle, nutrition and family history are to be looked into to evaluate the likelihood of heart disease.
While there may be signs like easy fatigue and shortness of breath, many people do not pay much attention to this since the onset is usually gradual and the patient gets used to the state. Other more alarming symptoms could be fainting attacks and severe palpitations (strongly felt heartbeats)
The latest non-invasive method of detecting heart disease is the Esteck Scan which is able to evaluate the condition of the heart. It can be conducted for people from the age of 10 years and above. Measuring the resistance of different areas of the body using 6 electrodes, the measurements are calculated to show the possible conditions of the heart, body mass and other major organs in the body. Any low scores will warrant further investigations and measures to correct the condition can be initiated. Other than this, the client’s progress can be monitored by doing follow up readings once the changes to diet and nutrition as well as lifestyle have been fully implemented with good compliance over a few months.
HOMEOPATHY UNTUK IBU MENGANDUNG
Muqadimah
Pengenalan
Mengapa Homeopathy Untuk Ibu Mengandung
Keadaan Emosi
Loya Dan Muntah
Pedih Ulu Hati
Buasir Dan Sembelit
Sakit Belakang Dan Sakit Ligamen
Sukar Untuk Tidur
MUQADIMAH
Risalah ini ditulis untuk memberikan maklumat kepada ibu-ibu tentang bagaimana homeopathy boleh menyelesaikan masalah-masalah ringan yang mereka hadapi sewaktu mengandung
Suzanne Arms, Author, Educator, and Director of Birthing the Future telah berkata,“Apa yang menakjubkan dan membuatkan homeopathy unik berbanding dengan rawatan lain ialah ianya tiada kesan sampingan. Ini sangat-sangat bermakna untuk ibu mengandung, para ibu, bayi dan kanak-kanak pada semua peringkat umur. Saya sudah menggunakan homeopathy saban tahun, dan anak perempuan saya meneruskan tradisi ini untuk cucu lelaki saya. Saya yakin akan keberkesanan homeopathy di samping bersalin secara semulajadi, susu ibu, co-sleeping dan cranial sacral.”
PENGENALAN
Dewasa ini ramai rakyat malaysia semakin mempunyai kesedaran tentang kesan sampingan ubat dan ingin tahu kaedah semulajadi untuk merawat ibu dan bayi yang mudah terdedah dengan jangkitan dan juga kesan sampingan ubat. Adalah suatu rahmat jika ianya boleh dirawat tanpa menggunakan sebarang ubat
Ada 3 sebab utama untuk memilih homeopathy untuk ibu dan bayi
1) Ianya adalah selamat dan bebas kesan toksik. (non poison)
2) Penawarnya bertindak dengan merangsang tindak balas semulajadi badan untuk merawat diri sendiri
3) Kaedah homeopathy melihat pesakit secara keseluruhan dan kaedah konsultasinya menyenangkan dan seronok
HOMEOPATHY UNTUK IBU MENGANDUNG.
Ibu mengandung terpaksa mengharungi perubahan fisiologi badan termasuklah perubahan hormon progesteron, menyebabkan perubahan pada fisiologi badan dan juga peredaran darah kerana terdapat keperluan yang meningkat oleh bayi dalam kandungan yang semakin membesar. Perubahan-perubahan ini selalunya datang dengan beberapa ketidakselesaan dan kesakitan menyebabkan para ibu mengambil ubat penahan sakit untuk mengatasinya. namun begitu, Ubat tahan sakit dan beberapa ubatan moden lain mempunyai kesan sampingan kepada ibu dan anak dalam kandungan. Risalah ini akan menerangkan beberapa keadaan yang akan dihadapi oleh ibu mengandung dan bagaimana penawar homeopathy boleh membantunya
KEADAAN EMOSI
Perubahan tahap hormon dalam ibu mengandung pastilah mengganggui emosinya. Ini akan menyebabkan ibu menjadi lebih sensitif, mudah runsing dan juga tertekan.Jika sebarang situasi yang menyebabkan konflik atau mengganggui emosinya, secara fizikal atau mental, sukar bagi ibu mengandung untuk menghadapinya. Orang yang tinggal bersama dengan ibu mengandung seharusnya bersabar dan memberikan sokongan untuk mengurangkan tekanannya, supaya ia kekal gembira dan mendapat rehat yang cukup. ini tidak bermakna ibu hanya baring berehat sepanjang hari, tetapi sebenarnya mereka perlu meneruskan rutin tugasan harian dan sebenarnya ramai ibu mengandung yang mampu meneruskan rutin harinya sepanjang tempoh beliau mengandung.
Penawar homeopathy sebenarnya boleh mengatasi masalah ketidakstabilan hormon. Jika ketidakstabilan ini dibiarkan, ia boleh mengganggu emosi anak dan juga tumbesarannya.
Berikut merupakan sebahagian ubat homeopathy yang boleh membantu para ibu mengawal emosi mereka. tetapi ini tidak bermakna mereka boleh mengambilnya sendiri, tetapi ia menunjukkan bahawa ianya memang boleh dirawat. setiap penawar di bawah juga sesuai untuk masalah fizikal seperti ketidakselesaan perut dan juga loya. itu sebab mengapa anda akan perasan bahawa penawar yang sama berulang untuk sebab yang berbeza.
Ignatia: sesuai untuk ibu yang mengalami kesedihan disebabkan meratapi sesuatu, sering tidak gembira atau menangis teresak-esak, tidak boleh tidur, atau disebabkan meratapi kematian kawan, keadaan mentalnya ialah sedih, meratapi, merasa putus asa, dan histeria
Sepia; ibu tidak mempunyai banyak respon kepada sekitar, sukar untuk meluahkan perasaan, dan juga perangai yang dingin terhadap suami dan anak-anak.
Staphisagra: Tertekan kerana mempunyai suami atau bos yang garang
Pulsatilla: penawar ini bagus untuk ibu yang sering teresak-esak yang sentiasa memerlukan perhatian. emosinya juga turut berubah dengan suhu persekitaran. biasanya dia tidak mampu tahan panas, dan keadaan dirinya sering berubah-ubah!
LOYA DAN MUNTAH
Cuba makan biskut kering sebelum tidur. Elakkan memakan makan berlemak dna berminyak. jika loya semkain teruk sewaktu anda lapar, Makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. beberapa penawar di bawah mungkin dapat membantu.
Pulsatilla: loya menjadi lebih teruk di dalam bilik yang panas, berhabuk, dan menjadi lebih baik di kawasan lapang, dan lebih baik jika berjalan dengan perlahan. anda ketagihkan makanan yang manis berlemak, namun begitu ia akan memburukkan lagi keadaan. anda tidak haus. anda cenderung untuk teresak-esak dengan perubahan mood, dan anda mahukan keselesaan dan sokongan. memakan makanan yang salah akan menyebabkan pening kepala dan sakit di bahagian mata.
Colchicum: anda mudah sensitif dengan bau makanan disekitar, hatta kalau berfikir tentang makanan. rasa loya boleh kekal seharian dan menjadi teruk jika anda bergerak. anda ingin minum minuman berkarbonat. anda selesa baring dalam keadaan membengkokkan lutut, dan jika meluruskan kaki boleh menyebabkan anda berasa loya
Ipecacuanha: loya anda sangat teruk, sehinggakan muntah tidak melegakan rasa loya. air liur akan sentiasa mengalir dan anda akan sentiasa meludah keluar air liur.
Nux vomica: loya anda memang sangat kuat, terutamanya sewaktu bangun pagi, tetapi anda tidak mampu unutk muntah. anda akan berasa sangat lapar tetapi berasa lebih teruk selepas makan, dengan ketidak hadaman dan juga perut berasa kejang. emosi anda mudah terganggu dan sensitif dengan bising dan cahaya
Sepia: loya anda menjadi teruk dengan bau akan berfikir tentang makanan. anda terasa seperti lemas dan ingin jatuh, dan makan hanya boleh menghilangkan rasa itu seketika. anda ketagihkan cuka, jeruk dan juga manisan.
PEDIH ULU HATI ( HEARTBURN)
Pedih ulu hati adalah symptom yang paling kerap berlaku pada ibu mengandung, mungkin disebabkan perubahan hormon yang mengendurkan esophagus (saluran makanan yang menghubungkan tekak dan perut), menyebabkan acid dari perut terpercik ke saluran ini. cuba kurangkan makanan yang pedas dan berminyak, tidur dalam keadaan kepala dan bahu dialas. Tea halia boleh membantu jika anda mengambilnya sebelum makan, berbanding diambil sewaktu mengalami pedih ulu hati. beberapa penawar homeopathy bisa membantu.
Pulsatilla: Pedih ulu hati anda berlaku pada waktu-waktu yang berbeza dan selepas makan apa jua jenis makanan terutamanya yang berminyak. sendawa anda terasa masam dan pahit. perut anda berasa kosong, dengan rasa tidak selesa pada waktu petang, dan kadangkala terasa senak perut. anda akan rasa lega dengan udara segar. (sila lihat ‘Morning sickness’ (ketidakselesaan di waktu pagi), untuk mendapatkan lebih kefahaman)
Carbo vegetalis: pahit, masam, sendawa yang terasa basi, dengan loya dan perut yang kembung adalah perkara yang selalu berlaku, sendawa akan memberikan kelegaan sementara. Keadaan bertambah buruk jika anda mengambil makanan kaya karbohidrat. anda dahagakan udara segar dan mahu selalu membuka tingkap dan kipas berputar. anda akan berasa penat dari segi fizikal dan mental. dan berbaring akan membuatkan penghadaman anda lebih teruk. anda mudah mempunyai tangan yang sejuk dan urat kaki bengkak. (Varicose vein)
BUASIR DAN SEMBELIT
Perubahan hormon akan menyebabkan otot di bahagian punggung mengendur, untuk bersedia untuk bersalin, juga boleh menyebabkan penghadaman menjadi lebih perlahan, sementara kandungan di dalam rahim yang semakin membesar menyebabkan tekanan kepada organ-organ lain dan saluran darah. ini menyebabkan anda mudah terkena sembelit dan buasir. selain daripada banyak minum air dan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, beberapa penawar ini mungkin akan membantu anda.
Sepia. Perut anda terasa kembung dan penuh. anda akan selalu berasa ingin membuang air besar yang menyebabkan buasir dan urat bengkak. anda mungkin akan berasa terbeban dan berat di bahagian punggung. anda mungkin akan rasa lesu kesan daripada kelahiranyang lepas dan juga kerja-kerja di rumah. (lihat rasa loya di waktu pagi dan juga sakit belakang untuk keterangan lanjut)
Lycopodium: buasir anda akan meradang, gatal dan sakit apabila disentuh, juga boleh berdarah. najis anda besar, keras, dan sukar untuk dibuang, dan berasa panas di bahagian punggung selepas itu. anda ketagihan sesuatu yang manis, selalu berasa kembung dan kentut, berasa lapar tetapi mudah kenyang. sembelit akan lebih selepas bermusafir. anda mungkin mudah naik angin, suka mengarah dan dominan di rumah.
Hamamelis: ini baik untuk buasir dan berdarah, terkeluar dari dubur, berdenyut-denyut dan gatal. urat bengkak juga akan timbul di perut, kaki di sendi buku lali selepas anda berdiri sepanjang hari. urat bengkak terutamanya lebih teruk dengan kepanasan dan juga mengganggu kemampuan untuk berjalan. anda juga mudah mendapat hidung berdarah.
SAKIT BELAKANG DAN JUGA SAKIT URAT LIGAMEN
Sakit-sakit belakang adalah berpunca daripada tarikan graviti sewaktu berat badan bertambah. Sakit urat ligamen di belakang biasanya sekejap, tajam ataupun sakit yang sengal-sengal yang berpanjangan di celah kelengkang dan di bahagian pusat ke bawah, apabila urat ligamen meregang dan menebal untuk menampung kandungan yang sudah semakin besar. Pastikan anda tidur di atas tilam yang selesa dan memakai kasut tumit rendah yang baik. cuba beberapa penawar ini
Kali carbonicum: anda mempunyai bengkak, sakit yang meleret dengan sakit tajam yang tiba-tiba di belakang, punggung dan peha. sakit di bahagian sendi peha juga adalah kerap. urutan yang kuat boleh melegakan, tetapi selalunya sentuhan menyebabkan ia lebih teruk. anda terlalu sensitif dengan perubahan cuaca, sejuk, dan anda ingin suasana suam tidak terlalu panas. emosi anda mudah tersentuh dan selalu ingin menang.
Belladona; sakit belakang biasanya sekejap-sekejap sahaja. ianya lebih teruk jika anda melambung-lambung sewaktu di dalam kereta atau sewaktu melakukan senaman, dan juga dengan sentuhan. anda akan berasa tidak tenteram. anda juga akan mempunyai wajah yang merah padam, dengan mata yang terbeliak, anda juga akan kepingin minum jus lemon. Belladona sangat berkesan untuk wanita berusia yang mengandung yang mengalami
Sepia: sakit belakang terasa sengal yang berpanjangan di bahagian bawah, lebih teruk di sebelah kiri.anda berasa berat di bahagian punggung seperti isi perut mahu jatuh. anda mungkin tertekan dan mudah sejuk. (sila lihat masalah emosi, loya waktu pagi dan buasir untuk keterangan lanjut)
Bellis perennis: penawar ini mungkin membantu merawat sakit kaki yang merayap ke tapak kaki. ia mungkin menyebabkan anda sukar berjalan, selalunya saat-saat kelahiran anak
SUKAR TIDUR
Sewaktu peringkat awal mengandung, perubahan hormon juga boleh menyebabkan anda sukar tidur. Sewaktu tempoh jangka ketiga anda mengandung, rasa tidak selesa dengan kandungan yang semakin membesar, kerap kencing, rasa gemuruh untuk bersalin menyebabkan anda selalu terjaga. Beberapa penawar ini mungkin membantu anda:
Coffea crudum: anda tidak boleh tidur kerana anda ligat dan seronok, atau anda gemuruh dan sensitif dengan sakit-sakit badan. deria rasa anda sensitif dan mudah terjaga walaupun terdengar bunyi yang sayup. minda anda terlampau aktif dan mimpi anda selalunya jelas. anda cemas, bertenaga, dan akhirnya berasa penat, seperti seorang yang ketagihan kopi. ambil penawar ini sejam sebelum anda masuk ke kamar tidur dan juga apabila anda terjaga di waktu malam.
Aconite: Anda mempunyai ketakutan yang amat, terutamanya berasa akan mati sewaktu melahirkan anak. Resah sewaktu tidur dan mengalami mimpi yang ngeri.
Nak bersalin dimana ?
Baru-baru ini sebuah yahoogroups doktor-doktor dikejutkan dengan kematian seorang ibu yang juga kaunselor kesihatan meningal dunia selepas bersalin dirumah disebabkan pendarahan ( post partum haemorrhage [PPH] ). Kebetulan pula rumahnya di Setapak. Semasa saya mengandung anak ketiga , saya bertugas di Klinik Kesihatan Setapak dan tinggal di Setapak Gardens. Saya memang buat pemeriksaan mengandung di klinik ibu di Setapak dan ada menempah bidan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga , just in case saya tak sempat dikejarkan ke Hospital KL semasa nak bersalin. Pada 26 hb October 1982 awal pagi sebelum subuh saya mula sakit nak bersalin dan pada pukul 7 pagi sakitnya terlalu kuat dan dalam keadaan mungkin hadapi traffic jam, suami saya jemput bidan kerajaan kerumah dan saya mengalami home birth untuk anak saya ketiga. Mujur bidan kerajaan terlaltih itu amat cekap sebab, nak jadi cerita, anak saya susah nak keluar dan bila dah nampak kepala , masuk balik . Selepas ini berlaku kali ketiga bidan sedari bahawa ada tali pusat keliling leher bayi menghalang kelahirannya. Dia pun potong tali pusat yang belit sebelum keluarkan baby. Baby keluar pucat lesi hampir biru dan sudah tentu Apgar score rendah saat itu. Namun kecekapan bidan itu memulihkan bayi. Suami saya Dr Jaafar telah membuat suction dan sama-sama mereka pulihkan bayi. Syukur anak saya tidak ada cacat dan kini seorang pemuda salih serta tampan dan hebat kariernya . Bila saya kenang semula kisah ini, timbul kesedaran bahawa saya perlu banyak bersyukur bahawa keputusan saya untuk bersalin dirumah tidak menyebabkan kematian anak saya . Kini anak saya ada dua yang mengandung. Anak bongsu mengandung anak sulungnya, anak sulung saya mengandung anak ketiganya . Memang saya minat home birth tapi, dengan protokol cara gestapo pihak hospital dimana mereka dengan mudahnya mangambil baby untuk di masukkan ke NICU atas apa-apa alasan dan memberi antibiotik pada saat itu menyebabkan ramai ibu tidak mahu bersalin dihosital kerajaan . Apa pula halnya dengan hospital swasta?. Kawan sekolah saya Allayarham Dr Fik meninggal sebab post partum hemorrhage (PPH) selepas bersalin di hospital swasta. Hospital itu tidak lengkap untuk deal dengan PPH dan telah menghantarnya ke hospital kerajaan, sebelum sampai beliau sudah meninggal . Bukanlah semua kes begini, kebanyakkanya selamat tapi facilities yang paling lengkap di hospital kerajaan. Memang saya utarakan dalam yahoogroups tersebut , kalau ibi-ibu nak bersalin dirumah, kerajaan kena jadikan ia seselamat yang mungkin. Maternal mortality antara garis ukur WHO dalam menilai sistem kesihatan Negara dan KKM amat peka dan memantau Maternal Mortality dan saya disaat ini tetap menyuruh anak-anak saya bersalin di hospital kerajaan . Saya harap saya akan ada disisi mereka untuk menghalang taktik-taktik gestapo seperti melakukan episiotomy walapun tak koyak dan memberi pethidine serta anaesthetic walaupun tak perlu..
Susahnya nak makan sihat !
Spectrum of Life (SOL) dibuka secara soft launch dan saya mula menganalisa keputusan ujian QFA dan Esteck . Rupanya semakin banyak yang saya analisa semakin saya dapat lihat kesan pemakanan atas biological terrain . Pengambilan karbohidrat dan daging yang tinggi tanpa imbangan dengan sayuran dan buah akan mengubah biological terrain tisu badan kearah ‘acidic .’ Kurang mineral juga akan menyebabkan ‘acid’ dan ini akan menyebabkan tulang mengalami proses kurang mineral juga dan senang dapat lenguh badan. Pengambilan banyak ‘junk food’ rosakkan penghazaman dan saya dapat lihat kesan makan ‘junk food’ keatas kesihatan perut, hati , kidneys dan sistem immune . Mungkin ada yang bengang dan buntu bila saya suruh ubah cara makan .
Disini ada satu cadangan untuk kurangkan pengambilan tepung putih . Cuba resepi pancake saya ini :

- Satu senduk tepung putih( ya tepung putih sebab senang dapat dan murah, kita modify dengan menambah ramuan setersunya),
- satu senduk multigrain instant mix ( boleh beli dari kedai organic )
- sebiji telur, baking powder 1 sudu teh ( kalau takut aluminium contamination cari yang dari kedai organic )
- 2 sudu gula merah atau madu,
- 1 paket susu kambing (20 gram) ,
- air untuk jadikan ‘dropping consistency ‘ ,
- 2 sudu besar minyak kelapa sawit,
- garam bukit 1/2 sudu teh dan gaul atau masukkan dalam blender sehingga sebati
Panaskan saucepan dan minyakkan dengan sedikit virgin coconut oil tuang satu senduk dan tutup sehingga berlubang-lubang dan terbalikkan . Warna coklat muda dah boleh angkat . Makan dengan madu asli . Untuk variasi , masukkan kobis atau carrots yang telah disagat halus tapi jangan maniskan , ie savoury pancake ala Korean pancake . Kalau tak jumpa Multi Grain Instant mix , gantikan dengan oats atau soya powder . Ini sarapan yang high protein , banyak khasiat dan sedap !!! Yum yum !
Elak lopak tu!
Pelanggan yang datang tidak semestinya sakit dan ingin tahu apa tahap kesihatan dirinya. Ujian- ujian saringan yang boleh dijalankan mampu memberi gambaran tahap kesihatan badan seorang serta mana satu penyakit yang bakal muncul jika pembetulan tidak dilakukan. Jika kita nampak ada lopak di tengah jalan dihadapan kita adakah kita nak langgar atau nak elak? Jika adik beradik yang tua dari kita semua mengidap kencing manis selepas umur 40 dan kita baru 35 tahun, apa usaha untuk elak penyakit yang sama? Adakah kita pun bakal mengidap juga menjelang umur 40. Ujian saringan atau screening seperti Alfasight, Life Blood analysis, Bioresonance mampu memberi gambaran keadaan organ, tisu dan sel badan dan jika digabungkan dengan sejarah diri dan keluarga serta pemeriksaan fisikal dan ujian makmal akan memberi perawat kami maklumat untuk menolong pelanggan untuk membuat perubahan gaya hidup yang perlu untuk mengelak penyakit. Perubahan pada pemakanan, makanan kesihatan (health supplements), perubahan pada emosi ( banyak teknik dan rawatan termasuk homeopathy , Bach Flower, neurofeedback , dan EFT), boleh di sarankan kepada pelanggan. Pelan dan peta tindak tanduk, perbincangan terperinci isu-isu kesihatan kesemuanya kearah mutu kehidupan yang meningkat. Untuk menjadi insan yang capai matlamat hidup dunia akhirat , badan yang sihat rohani dan jasmani amat penting….practive healthcare. Adakah anda sudah bersedia untuk menerima anjakkan paradigma ini?
