Nak bersalin dimana ?

Caricature drawing by Korean ArtistBaru-baru ini sebuah yahoogroups doktor-doktor dikejutkan dengan kematian seorang ibu yang juga kaunselor kesihatan meningal dunia selepas bersalin dirumah disebabkan pendarahan ( post partum haemorrhage [PPH] ). Kebetulan pula rumahnya di Setapak. Semasa saya mengandung anak ketiga , saya bertugas di Klinik Kesihatan Setapak dan tinggal di Setapak Gardens. Saya memang buat pemeriksaan mengandung di klinik ibu di Setapak dan ada menempah bidan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga , just in case saya tak sempat dikejarkan ke Hospital KL semasa nak bersalin. Pada 26 hb October 1982 awal pagi sebelum subuh saya mula sakit nak bersalin dan pada pukul 7 pagi sakitnya terlalu kuat dan dalam keadaan mungkin hadapi traffic jam, suami saya jemput bidan kerajaan kerumah dan saya mengalami home birth untuk anak saya ketiga. Mujur bidan kerajaan terlaltih itu amat cekap sebab, nak jadi cerita, anak saya susah nak keluar dan bila dah nampak kepala , masuk balik . Selepas ini berlaku kali ketiga bidan sedari bahawa ada tali pusat keliling leher bayi menghalang kelahirannya. Dia pun potong tali pusat yang belit sebelum keluarkan baby. Baby keluar pucat lesi hampir biru dan sudah tentu Apgar score rendah saat itu. Namun kecekapan bidan itu memulihkan bayi. Suami saya Dr Jaafar telah membuat suction dan sama-sama mereka pulihkan bayi. Syukur anak saya tidak ada cacat dan kini seorang pemuda salih serta tampan dan hebat kariernya . Bila saya kenang semula kisah ini,  timbul kesedaran bahawa saya perlu banyak bersyukur bahawa keputusan saya untuk bersalin dirumah tidak menyebabkan kematian anak saya . Kini anak saya ada dua  yang mengandung. Anak bongsu mengandung anak sulungnya, anak sulung saya mengandung anak ketiganya . Memang saya minat home birth tapi,  dengan protokol cara gestapo pihak hospital dimana mereka dengan mudahnya mangambil baby untuk di masukkan ke NICU atas apa-apa alasan dan memberi antibiotik pada saat itu menyebabkan ramai ibu tidak mahu bersalin dihosital kerajaan . Apa pula halnya dengan hospital swasta?. Kawan sekolah saya Allayarham Dr Fik meninggal sebab post partum hemorrhage (PPH) selepas bersalin di hospital swasta. Hospital itu tidak lengkap untuk deal dengan PPH dan telah menghantarnya ke hospital kerajaan, sebelum sampai beliau sudah meninggal . Bukanlah semua kes begini, kebanyakkanya selamat tapi facilities yang paling lengkap di hospital kerajaan.  Memang saya utarakan dalam yahoogroups tersebut , kalau ibi-ibu nak bersalin dirumah, kerajaan kena jadikan ia seselamat yang mungkin. Maternal mortality antara garis ukur WHO dalam menilai sistem kesihatan Negara dan KKM amat peka dan memantau Maternal Mortality dan saya disaat ini tetap menyuruh anak-anak saya bersalin di hospital kerajaan . Saya harap saya akan ada disisi mereka untuk menghalang taktik-taktik gestapo seperti melakukan episiotomy walapun tak koyak dan memberi pethidine serta anaesthetic walaupun tak perlu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s