Apa dia kalori kosong doktor ?

Image

Empty calories ! Cuba fikir , ada atau tidak makanan semula jadi yang tidak ada langsung hasiat vitamin zat galian, protein , lemak wajib dan serat, selain dari karbohidrat  semata?

Maka setiap makanan itu memberi apa yang badan perlukan .
Bila disebaliknya kita berikan makanan yang hanya ada karbohidrat dalam bentuk gula, maka ia akan mengambil ruang dalam perut dan mengisi keperluan karbohidrat tanpa memberi khasiat yang lain .

Akibatnya yang mengambilnya akan perlu makan lagi sebab selagi ada kekurangan, kita akan terus makan . Ini mekanisma semula jadi badan.

Memang kita akan nak benda manis sebagai naluri semula jadi, dan benda manis semula jadi memuaskan selera untuk makan manis.

Disebaliknya bila kita ambil makanan yang manis sebab gula, kita akan masih rasa mengidam nakkkan manis sebab makanan itu kurang khasiat lain !

Akibatnya kita aka gemuk sebab terlebih kalori.
Kalori kosong tidak mengenyangkan tapi mengemukkan .

Ketagihan pada gula kadang kala petanda badan kurang protein.
Cuba nilai makanan harian anda, cukup dan seimbang atau tidak kesemua kategori makanan yang diperlukan ?

 

Ada apa dengan gula ?

Sugar!
Ini mungkin soalan yang ditanya oleh pembaca yang membaca posting saya tentang memberikan anak gula .
Ada yang tanya, umur berapa boleh berikan soft drinks kepada anak .
Tekanan dunia perniagaan atas industri makanan telah kaburkan mata kita sehingga kita tidak dapat bezakan makanan dan kimia.
Kimia sudah jadi makanan !
Gula adalah bahan asli yang ada dalam banyak makanan semula jadi .
Buah banyak gula dan gula adaah dari tebu maka apa salahnya kita ambil gula ?
Gula adalah sucrose . Sucrose adalah gabungan dua simple sugar ia itu glucose dan fructose .
Kadang kala pesakit jadi keliru sebab ada kalanya doktor akan beritahu pesakit yang rasa lemah dan lesu serta berpeluh sejuk bahawa ia kurang gula dalam darah dan rawatannya adalah gula !

Betul, apabila kadar gula dalam darah terlalu rendah, memang rawatannya adalah gula . Ini hanya untuk kes cemas sahaja . Contohnya orang yang telah diberi terlebih ubat oral hypoglycaemics atau orang yang tak makan dan minum sehingga gula dalam darah terlalu rendah .

Begini sebenarnya :

Badan kita memang perlukan gula dan gula yang ada dalam darah ia lah glucose. Glucose dihasilkan dari makanan karbohidrat.

Cara pencernaan makanan kita akan hasilkan gula dalam darah.
Kita tidak perlu gula dalam bentuk sucrose ie gula pasir atau makanan yang ada gula . Kita perlu gula ini diambil dari makanan asli.

Bila kita dapat gula dalam bentuk sucrose dalam kuantiti yang banyak , gula ini akan segera memasukki darah kita dengan kuantiti yang banyak juga . Ini menyebabkan ‘sugar rush’ dalam darah . Bila ini berlaku , kita akan rasa segar dan aktif serta ia mencetuskan pengeluaran insulin sebab mengikut seimbangan gula dalam darah , ia tidak boleh terlebih .

Maka insulin akan keluar dan dengan cepat turunkan gula yang berlebih itu . Dengan ini sebab tadi gula terlalu banyak memasukki sistem darah kita, kadar gula akan turun pula mendadak juga .

Apa jadi kepada gula yang sudah diturunkan oleh insulin tadi ..ia jadi LEMAK!!!

Kira badan terperanjat dan cepat cepat turunkan kadar gula lah tu bila kita ambil makanan bergula ( banyak)

Maka, individu itu akan rasa letih balik dan pergi minum air manis lagi atau ketagih manisan .

Lama kelamaan ini menimbulkan stress dalam badan kita dan mulalah masaalah timbul dalam hormon cortisol kita membawa pada masaalah sistem immune .

Insulin yang dikeluarkan oleh ‘ islets of Langerhans’ di ‘pancreas ‘kita pun akan mula letih dan kadar insulin mungkin akan berkurangan, jadilah Diabetes Mellitus .

Ketagih gula petanda bahawa sistem kita ada masaalah .
Jawapannya bukan untuk ambil minuman manis !

Karbohidrat yang baik adalah karbohidrat asli yang banyak serat, ada vitamin dan zat galian .

Badan kita akan ambil masa hazamkan dan akan ambil masa menghantar gula kedalam darah !

Sebenarnya banyak lagi cerita gula ini ..sambung lagi lain kali

Orang yang berfikir

Saya bukan uztazah tapi saya seorang yang berfikir . Dalam Al Quran orang yang berfikir disebutkan sebagai Ulul Al Bab .

” Dalam kejadian langit dan bumi serta malam dan siang ada petanda bagi orang yang berfikir ”
Berbunyi ayat dalam surah Al Imran 190.

Kebolehan berfikir mungkin milik semua manusia tapi sebenarnya ada banyak rintangan dan halangan dari berfikir secara waras .

Kebolehan berfikir sepatutnya boleh memberi kita pedoman untuk pilih tindak tanduk dan kata-kata serta amalan yang baik dan benar .

Halangan yang paling utama adalah rutin, kebiasaan , adat, dan ilmu yang di suapkan kepada kita dari ibu bapa, guru dan pensyarah serta majikan .

Halangan kedua adalah pengalaman kita serta persepsi kita berdasarkan pengalaman .

Halangan ketiga adalah kimia neurotransmitters dalam otak serta keadaan kesihatan mental kita

Halangan ke empat adalah kepentingan kewangan harta dan pangkat yang boleh menyebabkan kita pertahankan yang batil dan ini berkait rapat dengan nafsu dan ego .

Banyak lagi halangan halangan yang ada dan mungkin saya pun terjejas dengan halangan namun dari banyak aspek saya berani dan sanggup menentang arus, demi mempertahankan kebenaran yang saya nampak sebab saya mahu tergolong dalam kategori
“orang yang berfikit ”

Orang yang kagum atas ciptaan Allah swt yang tidak menjadikan apa-apa dengan sia-sia .

Orang yang boleh cari hikmah dalam setiap kepahitan kehidupan yang dialami di dunia fana ini .ImageOran

Kaitan mikrobiota usus dan emosi serta pembelajaran

 

brain gut emotions

Tentang microbiota perut dan kaitan dengan emosi mendapat perhatian dan ada ibu/bapa yang telah terfikir ada kemungkinan anak mereka terlibat .

Bayi yang lahir ceaser atau makan antibiotic berulang boleh terjejas microbiota usus

Microbiota usus boleh mempengaruhu neurotransmitter dalam otak contohnya GABA dan Dopamine.
Bila ada gangguan ini , fokus dan tumpuan serta emosi dan tidur mungkin ternganggu .

Bagi bayi anak yang sedang membesar ia menganggu fokus serta emosi yang bawa kepada masaalah perkembangan otak .

Cuba lihat pada najis:

Cair sangat ? Sembelit ? Bau masam? Bau kuat ? Warna pelik ?

Mungkin microbiota dalam usus tak betul !!!

Tengok juga pada selera dan pemakanan !

Kurang selera? Salah pilihan makanan ( manis dan junk food ) , hanya nak yang bland? Tu menunjukkan ada masaalah penghazaman dan microbiota usus .

Loya muntah ? Ya mungkin masaalah usus .

Usah dikhuatiri, ada jalan keluarnya :

Untuk ibu yang mennyusukan anak , makan mananan fermented seperti tempe ( raw), kefir, yoghurt dan kimchi .

Ada juga masaalah allergi yang lain pun satu kemungkinan , contohnya eczema, asthma , sering batuk dan lain lain !
Ambil probiotic , ( pilih yang tempatan lagi baik )
Ambil prebiotic seperti Al Manna dan Tayebat.

Untuk anak lebih dari 6 bulan berikan supplement Al Manna dan Tayebat
Untuk masaalah yang agak berat seperti global speech delay atau dyslexia , autism eloklah ambil juga rawatan Homeopathy dan lain lain yang boleh membantu .

Makanan yang ada probiotic tempatan. Ini berkaitan dengan dua posting saya sebelum ini
Microbiotic yang wujud dalam usus manusia ada lebih dari 1000 jenis dan.berbeza dari satu tempat ketempat lain, bergantung pada bakteria yang wujud keliling.

Yang anehnya, bakteria yang bawa penyakit pada satu kaum mungkin baik pula pada kaum lain.
Contohnya, sejenis bakteria yang dikaitkan dengan Crohn’ s disease di barat telah ditemui dalam usus hunter gatherer kaum nomadic di Afrika dalam keadaan.mereka sihat walafiat.

Maka sebab itu saya kurang nak syurkan produk probiotic yang import.

 

Tempe, kena makan tanpa masak..orang jawa pandai makan macam ni. Boleh juga tumbuk buat sambal.

Tempoyak jangan masak juga.
Kalau masak, bakteria probioticnya akan mati.

Al manna dan Tayebat ( boleh diorder online dari: https://www.facebook.com/naturalprebiotic ) pula adalah prebiotic dan akan biakkan bakteria baik yang sedia ada dalam usus kita.

Jika ada yang buat yoghurt atau kefir sendiri, menambahkan sedikit serbuk manna akan hasilkan yang banyak bakteria baik

 

 

Penyembuhan Jiwa

Dalam menerokai dunia penyembuhan saya telah selami banyak aspek kesihatan dan temui bahawa yang paling utama dalam mencapai kesihatan adalah kesejahteraan jiwa kita .

Bila kita dengar tentang orang yang mengalami bencana seperti perang atau keganasan dan bencana alam , saya sering teringat tentang sebahagian manusia yang terperangkap dalam dunia sengsara yang tidak ada kena mengena dengan faktor luaran.

Ia itu adalah kesedihan, kemurungan, kerisauan dan penderitaan yang timbul dari jiwa kacau diri sendiri .

Sedar atau tidak, kita yang mendidik dan membesarkan anak mempunyai saham dalam membentuk perasaan dan kesejahteraan anak anak kita dan satu hari kelak mereka akan menjadi dewasa yang aman damai penuh kasih sayang dan berupaya memimpin masyarakan kearah keadilan dan kesejahteraan ataupun mereka akan jadi manusia yang penuh dendam kesumat , kutukan dan kritis serta takut untuk bercakap benar dan bersikap sini dan negatif serta mudah melemparkan kata-kata kesat dan menguhukum .

Cuba niliai diri ini sekarang . Apakan suasan pembesaran diri ini ?
Adalah kita membesark dengan ibubapa atau penjaga yang menyebabkan trauma pada diri kita atau adakah kita dibesarkan penuh kasih sayang? Apa impaknya atas diri kita ? Adakah kita mampu disembuh dari trauma masa lampau kita

Sembuhkanlah jiwa diri kita dan berusahalah untuk meyembuhkan diri dan orang sekeliling yang meminta penyembuhan demi untuk masa depan kita dan generasi akan datang menuju kemanusaan yang sejahtera . Demi kebahagiaan dunia dan lebih penting lagi akhirat .

Jika kita tahu dari mana datang manusia yang jelek serta penuh sifat buruk kita akan kasihan mereka dan doakan mereka supaya dapat penyembuhan .

Ya Allah yang tuhanku ampunkanlah mereka dan ampunkanlah aku bila mereka atau aku bersikat bukan manusiawi yang bersih lagi bercahaya dengan Nur mu!