Halangan berada dalam diri kita

Nak sembuh tapi ada halangan ?

Saya ada post tentang orang yang nak sembuh tetapi bila jumpa jalan penyembuhan dan sudah mula sembuh, dia berhenti dari melalukan yang boleh sembuhkan dan balik kepada keadaan
sebelumnya.
Ada yang tidak dapat faham apa yang saya utarakan.

Begini lah
Che Timah sudah sakit selama sepuluh tahun. Bila dia menulis di social media penulisan dia tentang dirinya dan penyakitnya. Dia banyak followers yang beri semangat dan ikut perjalanan penyakitnya. Antara perkara yang gembirakan dia adalah banyak likes di facebook, Kehidupan dia pun banyak tertumpu pada penyakitnya, rutin hariannya contohnya. Dia sakit sendi terutama sendi lututnya maka setiap pagi rutinnya, suaminya kena tolong dia bangun tidur, pimpin dia ke bilik air. Bila suami outstation, anaknya pula akan datang tolongnya. Ada pula rutin ambil suplimen dan makan ubat , dan jangan lupa pula penulisan di facebooknya.

Pada satu Ketika dalam pada dia mencari jalan penyembuhan dia jumpa sebuah alat katakanlah ada pengamal dual channel frequency specific microcurrent ( ada banyak lagi saja tak nak sebut hehe ) dan selepas satu sesi , pada pagi esoknya lututnya tak sakit semasa bangun dan dia boleh bangun sendiri ! Selama seminggu dia tak sakit selepas itu mula sakit balik, Masa dia tak sakit rutin paginya tergendala, dia pun tak tahu apa nak tulis di social media dan suami nya tertumpu perkara lain sebab dia tak perlu pertolongan untuk bangun.
Dia telah booking beberapa sesi dan sudah bayar pun untuk sesi seterusnya. Beliau gagal hadir. Kehidupannya kembali seperti biasa dengan rutin sakitnya.

Sebenarnya beliau sudah selesa dengan penyakitkan dan beliau sudah rasa bahagia dengan perhatian dari folowernya dan ahli keluarganya.

Identiti dirinya telah berkait dengan label penyakitnya dan jika dia sembuh dia perlukan identity baru, tumpuan baru dan cara baru untuk isi ruang kosong yang di tinggalkan sebab rutin penyakitnya sudah tiada. Sudah tentu beliau tidak faham kelakuan dia begitu yang sebenarnya sejenis self sabotage.
Banyak lagi contoh yang saya boleh berikan dan saya rasa sedikit sebanyak saya sendiri pun ada sejenis self sabotage yang saya sedang usahakan untuk betulkan.

Antara cara untuk deal dengan perkara begini adalah perancangan untuk berubah.

Tanya diri anda

  1. Apa yang penyakit saya menghalang saya buat ? Apa aktiviti yang saya ingin lakukan yang terhalang dengan penyakit ini
  2. Untuk yang followers ramai : Bersedia untuk hilang followers lama dan dapat followers baru dalam perubahan topik di media sosial
  3. Cari cara positif untuk bermuamalah dengan ahli keluarga yang sebelum ini layan kerana sakit .

Sebagai perawat yang membantu orang sembuh dari penyakit kronik, saya sediakan cara untuk tangani krisis identity dan perubahan emosi dengan coaching, Emotional Freedom technique , Biofield tuning dan banyak lagi.

Perubahan personality sering berlaku bila pesakit mula sembuh, contohnya seorang yang lembut dan mengalah menjadi garang dan assertif sebelum dia belajar untuk menjadi lembut tapi tegas . Ini pun fasa dalam perubahan kepada yang positif.

Contoh lagi:

Dari keadaan tak ada perasan menjadi depression yang mendalam di ikuti menjadi terlalu hyper dan happy sebelum dia menjadi orang biasa, sederhana sedih dan sederhana happy dan tenang. Tak ada high peaks and low valleys. Dia punya emtional range berkisar around normal.

Leave a comment