Faham sudut pandangan saya
Sebagai seorang doktor yang melihat pesakit secara holistik dan jangka panjang, saya mula perasan satu pola yang sangat konsisten dalam sejarah ramai pesakit saya.
Kanak-kanak yang datang kemudian dengan:
- eczema
- alahan
- resdung
- masalah usus
- dysregulation emosi
- ciri-ciri ADHD / sensory issues
- masalah tidur
- anxiety awal kehidupan
sering mempunyai sejarah neonatal seperti:
➡️ antibiotik awal kehidupan
➡️ kemasukan SCN atau NICU
➡️ pemisahan awal daripada ibu
➡️ kegagalan penyusuan susu ibu
Sudah tentu tidak semua bayi SCN akan mengalami masalah ini.
Dan saya juga ingin sangat jelas:
🚨 neonatal sepsis sebenar adalah serius dan boleh membawa maut jika rawatan lambat diberikan.
Dalam banyak keadaan, antibiotik dan NICU memang menyelamatkan nyawa.
Tetapi persoalan yang saya rasa semakin penting dibincangkan ialah:
👉 Adakah semua bayi yang dirawat sebagai “suspected sepsis” benar-benar septic?
👉 Dan apakah kesan jangka panjang apabila rawatan “just in case” menjadi terlalu rutin?
⸻
Apa yang berlaku di hospital?
Selepas bersalin, ramai bayi akan dipantau jika ada:
- WBC tinggi
- CRP naik sedikit
- jaundice ringan
- ibu ada prolonged labour / GBS / demam
- atau bayi nampak sedikit “borderline”
Masalahnya ialah:
🧬 secara fisiologi, WBC dan CRP memang boleh meningkat selepas kelahiran.
Kelahiran sendiri adalah proses inflamasi dan stress fisiologi besar kepada tubuh bayi.
Tetapi dalam sistem hospital moden, terutama neonatal care:
➡️ doktor lebih rela “over-treat” daripada terlepas sepsis sebenar.
Maka antibiotik sering dimulakan secara prophylactic atau empiric:
“just in case.”
Biasanya bayi akan:
- dimasukkan ke SCN/NICU
- dipisahkan daripada ibu
- dipantau
- diberi antibiotik sementara tunggu culture
Kadang culture negatif dan bayi sebenarnya stabil dari awal.
Namun kesannya mungkin sudah mula berlaku.
⸻
Kesan terhadap microbiome bayi
Bayi dilahirkan hampir seperti “blank ecosystem”.
Microbiome awal dibina melalui:
✔ kelahiran normal
✔ sentuhan kulit ibu
✔ susu ibu
✔ persekitaran awal kehidupan
Hari-hari pertama kehidupan sangat kritikal.
Antibiotik awal boleh:
❌ mengurangkan bakteria baik
❌ mengubah kolonisasi usus
❌ mengganggu keseimbangan immune programming
Kajian moden semakin menunjukkan kaitan antara gangguan microbiome awal dengan:
- eczema
- alahan
- asthma
- autoimmune tendencies
- obesity
- masalah metabolik
- gangguan regulasi imun
Dan yang menarik…
kesan ini berlaku perlahan-lahan.
Ia tidak muncul pada discharge summary.
Maka ramai tidak nampak kaitannya.
⸻
Risiko nosocomial infection
Ironinya…
Kadang bayi dimasukkan ke SCN untuk “rule out infection”.
Tetapi berada lama di hospital sendiri meningkatkan risiko:
- pendedahan kepada resistant organisms
- hospital flora
- invasive procedures
- cross contamination
Semakin lama tinggal:
➡️ semakin tinggi exposure.
⸻
Kesan pemisahan ibu dan bayi
Ini bahagian yang saya rasa sangat kurang difahami.
Tubuh bayi mengenali ibunya melalui:
✔ bau
✔ suara
✔ degupan jantung
✔ sentuhan kulit
✔ ritma emosi ibu
Skin-to-skin bukan sekadar “romantik parenting”.
Ia adalah neurobiological regulation system.
Pemisahan awal boleh meningkatkan:
❌ stress hormones
❌ dysregulation sistem saraf
❌ gangguan bonding awal
❌ kesukaran breastfeeding
Kadang-kadang ibu menangis lebih banyak daripada bayi.
Dan pengalaman trauma kecil ini kadang-kadang tidak pernah benar-benar diproses.
⸻
Kegagalan breastfeeding selepas SCN/NICU
Ini antara perkara paling menyedihkan yang saya lihat.
Ramai ibu sebenarnya sangat mahu menyusukan anak.
Tetapi realitinya:
- bayi diberi botol terlalu awal
- latch terganggu
- ibu stress dan kurang tidur
- EBM tidak cukup
- staf terlalu sibuk untuk bantu secara mendalam
- ibu hilang keyakinan
Bila bayi sudah nipple confused:
➡️ direct feeding makin sukar.
Bila direct feeding kurang:
➡️ supply susu mula jatuh.
Kemudian:
➡️ top up formula
➡️ susu makin kurang
➡️ akhirnya fully formula-fed
Dan ramai ibu menyalahkan diri sendiri bertahun-tahun.
Sedangkan mereka sebenarnya perlukan:
✔ sokongan
✔ ilmu
✔ bantuan practical
✔ reassurance
✔ strategi maintain supply
⸻
Susu ibu bukan sekadar makanan
Susu ibu adalah:
🧬 immune system education
🧬 microbiome transfer
🧬 nervous system regulation
🧬 emotional attachment system
🧬 anti-inflammatory signaling
Tubuh ibu dan bayi sebenarnya “berkomunikasi” melalui breastfeeding.
Bila proses ini terganggu awal:
➡️ kesannya mungkin panjang dan halus.
⸻
Perspektif saya sebagai doktor holistik
Saya tidak anti-hospital.
Saya tidak anti-antibiotik.
Dan saya sangat menghormati pakar paediatrik serta neonatologist yang bekerja keras menyelamatkan nyawa bayi.
Tetapi saya rasa kita perlu mula bercakap tentang:
⚖ keseimbangan.
Kerana dalam sistem yang terlalu takut “under-treat”:
kadang-kadang kita mula “over-medicalize” fisiologi normal.
Saya percaya masa depan neonatal care perlu bergerak ke arah:
✔ risk stratification lebih baik
✔ minimum effective antibiotic duration
✔ kurang separation bila selamat
✔ galakkan skin-to-skin
✔ breastfeeding support yang agresif
✔ education tentang nipple confusion
✔ microbiome restoration selepas antibiotik
Kerana kesihatan manusia tidak bermula ketika dewasa.
Ia bermula sejak saat pertama kehidupan.
Dan kadang-kadang…
kesan intervensi awal hanya kelihatan bertahun-tahun kemudian.
Tok Dr Su
Holistic • Integrative • Preventive
010-5439157

