Saya nak ceritakan sedikit tentang apa yang sering di amalkan di kalangan pesakit tentang makanan, statement-statement yang mereka buat berkenaan dengan makanan:
1. “Saya makan hanya sekali sahari, macam mana boleh gemuk nie?
Jawapannya :
bila tanya balik, dia makan nasi dan lauk sekali dalam sehari, makan waktu malam, lepas itu terus tidur, dan sepanjang hari makan jajan, makan kuih, makan kacang, makan biskut dan minum air manis..
Oooi kawan, satu air tin mengandungi 7 sudu teh gula bersemaan dengan 210 kalori
sama dengan sepinggan nasi!
2. Baru tadi seorang ibu membawa anak montel nya , sakit kepala…ibunya kata macam mana
gemuk ni, makannya tidak!
Selanjutnya:
Anak ini ada minum air tin? makan jajan, biskut, kuih??
Ibunya menjawab: Oh tu laa yang dia makan!
Saya : Buang air besar?
Ibunya : Tak lawas!!!
Dalam hati : Alamak macam mana nak betulkan sakit kepalanya ..sebab musabab, kurang zat,
lebih toksin dari makanan tiruan! Gemuk kenapa, makan makanan yang berkalori tinggi tetapi
kalorri kosong. Kta sebut makanan yang kurang vitamin dan zat galian serta serta sebagai
kalori kosong sebab yang kita dapat melalui makanan ini semata-mata kalori(.eer aper dia
kalori, ia adalah ukuran tenaga yang terkandung dalam makanan..tetapi kalau tidak dibakar
menjadi tenaga, ia menjadi lemak!! Karbohidrat=4 kalori setiap gram, protin =4 setiap gram,
lemak=8kalori setiap gram.)
Ada lagi sebab kita tidak galakan memakan satu dalam sehari. Badan akan pergi ke
*fasting mode*. Ini bererti badan akan tidak mahu belankakan *energy* sebab ia sangkakan
kita dalam keadaan kemarau dan tidak cukup makanan, jadi badan conserve energy dan
akan menukarkan kalori dari makanan menjadi lemak. Akibatnya, kita akan rasa letih tak
bermaya dan tetap gemuk! Juga kalau kita makan hanya sekali sehari , kita akan kebulur dan
makan banyak, maka penghadzaman tidak baik dan, juga, banyak dari yang kita makan
bertukar menjadi lemak dan tidak bertukar jadi tenaga. Lepas makan terus flat dan tidur, lagi
parah sebab tidur lepas makan juga menyebabkan badan kita menukarkan kalori menjadi
lemak!!!
Sebab apa saya syurkan jangan makan lebih lewat dari 7.30 malam? Supaya badan kita ada
banyak masa untuk process semua makanan yang telah dimakan waktu siang dan badan
dapat uruskan pembuangan bahan buangan dengan baik! Kalau kita asyik makan saja,
badan tidak cukup masa untuk pembuangan waste product dan akan terkumpul berbagai
toksin dalam badan.