Nak rawat guna antibiotik ke?

Image

Saya pernah merawat seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun yang mendapat bisul api satu badan berulang-ulang dengan mengunakan ubat homeopathy . Bisulnya keluar juga selepas rawatan homeopathy dan ibunya nampak perbezaan dalam cara bisul keluar selepas makan ubat homeopathy. Bisul semakin kecil dan cepat pecah serta kering. Lepas seminggu bisul terus hilang dan tidak datang semula. Sebelum itu dia mendapat rawatan dari klinik swasta. Setiap bulan keluar bisul kadang-kadang dua kali sebulan. Setiap kali anak itu akan diberitakan antibiotik dan ibunya memberi sehingga habis. Sebaik saja habis bisul datang lagi . Kali terakhir sebelum jumpa saya, doktor telah memberikan anak itu tiga jenis antibiotik dalam tiga botol untuk makan serentak . Waktu itulah ibunya rasakan dia perlu cuba cara lain dan berjumpa dengan saya . Kesian doktor tu, dia tak tahu cara lain untuk merawat. Bisul timbul sebab kuman dan rawatan paling wajar dalam pengetahuan dia adalah antibiotik sebab antibiotik bunuh kuman. Namun soalan yang tidak terjawab , kenapa kuman itu datang semula ? 

Antibiotik ibarat askar upahan yang digajikan untuk bunuh musuh namun bila tamat tempoh perkhidmatan maka tamatlah kerjanya . Bila sempadan lemah, musuh serang semula . Maka, apa yang patut dirawat, sempadan atau pangil askar upahan ? Dalam kes anak ini, sempadan maksudnya sistem immune. Sistem immune yang lemah dan perlu dirawat . 

Ubat homeopathy tidak bunuh kuman , ubat homeopathy menolong badan kukuhkan sistem immune dan yang nyahkan kuman adalah sistem immune badan sendiri . 

Kalau kita cuba bunuh kuman dengan antibiotik, ibarat askar upahan dengan senapang bazooka dan semua ditembak mati, kuman pathogen dan juga kuman comensal ie kuman baik yang menolong sistem immune badan. Kuman-kuman lactobacillus yang dudukki usus kita amat penting dalam sistem immune badan tapi inipun bunuh oleh antibiotik. 

Memang ada tempat untuk guna antibiotik dan antibiotik ada kalanya amat diperlukan tapi bukan untuk setiap demam selsema dan bukan untuk setiap kes tonsil bengkak dan bukan untuk kes setiap jerawat dan bisul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s