Bila saya minta Puan Laila berkongsi pengalamannya mengambil Livcore, beliau terus jawab, “Saya tak ada testimoni Livcore.”
Saya minta juga beliau luangkan masa untuk tengok semula rekod kesihatannya. Puan Laila ambil beberapa hari untuk mengingat kembali keadaannya dahulu dan membandingkan bacaan lama dengan bacaan pemeriksaan susulan. Bila saya dengar perkongsiannya, saya kagum. Beliau sendiri baru menyedari sejauh mana perubahan yang berlaku.
Dengan izin Puan Laila, saya kongsikan di sini kisah yang saya bawakan dalam Support Group BGr8.
Keadaan kesihatan Puan Laila dahulu
Puan Laila kini dalam lingkungan pertengahan 60-an. Antara tahun 2021 hingga 2023, beliau menjalani rawatan berkala di hospital. Ketika itu, beliau mengambil tiga jenis ubat darah tinggi, pernah mencatat HbA1c 7.1% dan turut mempunyai osteoporosis.

Apa yang dilaporkan dalam pemeriksaan susulan?
Perubahan yang paling menarik perhatian saya ialah bacaan HbA1c daripada 7.1% kepada sekitar 4.6%. Puan Laila masih meneruskan pemeriksaan setiap enam bulan. Beliau juga berkongsi perkembangan yang dirasakannya positif berkaitan tekanan darah dan osteoporosis. Kesemua ubat darsh tinggi sudah di hentikan dengan persetujuan doktor pakar yang menjaga beliau. Beliau juga tidak mengambil ubat untuk diabetes mellitus type 2.

Apa yang Puan Laila amalkan?
Selain Livcore, Puan Laila turut mengambil Befil dan Spirulina, serta memakai pakaian Aulora. Beliau sendiri melihat perubahan ini dalam konteks keseluruhan amalannya.
“Setelah saya bandingkan tahap kesihatan saya ‘sebelum’ dan ‘selepas’ Livcore baru saya perasan bahawa ada perubahan pada tahap kesihatan saya.”
Beliau berseloroh mengucapkan terima kasih kerana saya telah “memaksa” beliau menyediakan testimoni. Saya senyum bila dengar bahagian itu. Kadang-kadang kita begitu biasa dengan rutin seharian sehingga perubahan yang berlaku sedikit demi sedikit hanya jelas apabila kita tengok semula rekod lama.
Pada usia 70 tahun, selepas lebih 40 tahun merawat pesakit, saya menghargai dua perkara dalam perkongsian Puan Laila. Beliau terus menjalani pemeriksaan berkala, dan beliau berterus terang tentang apa yang diamalkannya dalam tempoh itu. Pengalaman beliau menggambarkan perubahan yang dilaporkannya sepanjang tempoh tersebut. Sumbangan setiap produk secara berasingan tidak dapat dipastikan daripada pengalaman ini.
Saya suka cara Puan Laila mengakhiri perkongsiannya.
“Syukur sangat dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan.”
Terima kasih, Puan Laila, kerana sudi berkongsi.
Mengapa saya beri perhatian kepada fungsi hati?
Bila kita dengar perkataan detoks, kita jarang fikir tentang gula darah, protein atau zat besi. Sebenarnya, semua ini melibatkan hati. Selepas makan, insulin memberi isyarat kepada hati untuk menyimpan glukosa sebagai glikogen. Antara waktu makan, hati membantu membekalkan semula glukosa kepada tubuh. Hati juga memecahkan sebahagian insulin yang sampai dari pankreas.
Hati memproses ubat dan pelbagai bahan lain supaya tubuh dapat menyingkirkannya. Dalam metabolisme protein, hati menghasilkan albumin dan menukarkan ammonia kepada urea, yang kemudian dikeluarkan oleh buah pinggang. Hati juga terlibat dalam pengurusan mineral tertentu. Contohnya, hati menghasilkan transferrin untuk membawa zat besi dan ceruloplasmin, protein yang membawa kuprum dalam darah.
Di mana peranan Livcore?
Livcore digunakan secara tradisional sebagai tonik hati. Formulanya mengandungi ekstrak milk thistle, biji brokoli, daun articok, kunyit dan kayu oak. Inilah antara sebab saya tertarik dengan formulanya. Milk thistle membekalkan silymarin, yang telah dikaji dalam beberapa keadaan berkaitan hati. Ekstrak articok pula menunjukkan penurunan enzim ALT dan AST dalam beberapa kajian manusia. Sebatian daripada brokoli, seperti sulforafana, turut dikaji kerana peranannya dalam sistem pertahanan antioksidan sel.
Tetrahidrokurkumin, sebatian terbitan kurkumin, dan ekstrak kayu oak Perancis juga telah dikaji berkaitan tekanan oksidatif. Label Malaysia menyenaraikan ramuan tersebut sebagai ekstrak kunyit dan ekstrak kayu oak. Kajian ramuan ini membantu kita memahami potensi sokongannya kepada hati. Dalam kisah Puan Laila, perubahan HbA1c yang dikongsikan berlaku ketika beliau turut mengambil Befil dan spirulina, memakai Aulora dan meneruskan pemeriksaan berkala. Sumbangan Livcore secara tersendiri tidak dapat ditentukan daripada pengalaman beliau.
Tok Dr Su
Holistic Integrative Preventive
0105439157
