Celoteh Ramadan 1

Tidak lama lagi kita akan berpuasa dan memang ramai antara kita suka bulan puasa dan ramai akan ingat puasa sebab pasar Ramadhan .
Bulan puasalah makanan yang susah nak jumpa pada masa lain akan muncul !

Saya dan keluarga pula sudah cuba sejak beberapa tahun ini untuk tidak beli makanan luar sebab kesedaran tentang proses puasa yang membawa banyak kebaikkan dari segi kesihatan jika dilakukan dengan betul dan bakal membawa mudarat jika tidak dilakukan dengan cara yang sihat. 

Sebelum apa-apa saya nak ingatkan  bahawa puasa itu ibadah dan ada syarat-syarat berpuasa. Ada ibu yang menyusukan anak, ada ibu yang mengandung dan ada orang yang ada penyakit dan semua kategori ini perlu timbang baik buruk puasa untuknya . Jangan sampai mudaratkan kesihatan ya?
Puasa dinamakan ‘Intermittent fasting” sebab orang Islam tidak berpuasa 24 jam, cuma dari matahari terbit hinga ka matahari jatuh,   Manfaat kesihatan puasa sudah banyak dikaji dan telah diakui puasa mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah serta kadar gula dalam darah dan juga tekanan darah tinggi . 
Manfaat ini semua bersyarat : Syaratnya adalah puasa dengan cara yang baik .
Apakah dia puasa yang baik ?
Ia terletak pada pilihan makanan :

1.  Pilihlah makanan yang baik : bersih dari kimia dan bersih dari toksin organik atau tidak organik. Ini termasuk ayam, ikan dan daging serta sayur . Pilih yang terbaik yang mampu. 

2. Pilih makanan yang tidak diproses dan tidak ada kimia  – ya sama dengan yang no 1 tetapi saya lebih spesifik : Makanan segera, makanan dalam tin, makanan daging berproses semuanya bukan kategori baik untuk berbuka puasa. 

3. Makanlah seimbang dan awas makan berlebihan 

4. Jangan ambil gula putih, tukarkan dengan manis dari buah, dari gula asli dan madu .

5. Kurangkan  makanan bertepung 

6. Kalau nak minum susu, pilih susu terbaik : Susu segar yang paling kurang kimia, bagi yang  sudah tahu ada alahan pada susu : bila minum rasa kembung atau najis jadi cair, jangan minum 

7.  Jika mudah sembelit jangan minum teh o. 

8. Makan makanan yang serap air seperti selasih, getah anggur, kembang semangkuk dimana makanan ini akan mudahkan buang air besar dengan syarat air bertapis yang bersih banyak diminum diwaktu  berbuka, 
Kenapa perlu begini ?

Semasa kita tidak makan dan minum sepanjang siang, badan akan bakar gula yang sedia ada dalam darah, seterusnya mengunakan glycogen tersimpan dan selepas itu mengunakan lemak badan . Sel-sel badan pula akan lepaskan bahan buangan yang telah terkumpul dalam sel sebab semasa kita asyik makan, sel tidak sempat nak buang habis bahan buangan ini .  Bila lemak kita dipecahkan pula ada pula toksin yang terperangkap dalam lemak akan keluar semula, masuk dalam pengaliran darah ( blood circulation ) sementara ia dikeluarkan semula oleh sisterm pembuang toksin kita, Hati, empedu keluar kenajis, ginjal keluar ke air kencing, paru-paru keluar ke nafas, dan dari kulit keluar ke peluh .
Kesan dari detox ini adalah :

Nafas berbau , 

Najis busuk 

Peluh busuk 

Kencing busuk .
Lagi banyak toksin lagi kuat gejala detox yang termasuk sakit kepala, berak cair, lenguh badan dan letih yang akan berlaku pada peringat awal puasa.  Untuk kurangkan kesan ini lah saya syurkan supaya jangan tambahkan beban organ detox dengan memakan untuk berbuka dan sahur makanan yang ada toksin atau membebankan organ penghazaman dan perkumuhan.
#suriyapuasa

One thought on “Celoteh Ramadan 1

Leave a comment