Ada apa dengan susu 1

ADA APA DENGAN SUSU ? Bahagian satu

Soalan ini saya ditanya berkali-kali. Bukankah susu minuman yang terbaik? Rasul saw pun banyak minum susu kan? So kenapa saya ni asyik suruh pesakit saya hentikan susu atau kurangkan susu? Kenapa pula saya suruh baca label sebelum beli susu? Apa beza susu segar, susu UHT dan susu tepung?

Beza susu lrmbi dan susu manusia

Apa pula yang dinamakan susu formula dan apa pula minuman ‘liquid food” yang di olah supaya lengkap khasiatnya dan boleh mengandungi susu ?

Bila nak dijawab semua soalan ini akan ada banyak bahagianlah posting ini jadi kita mulakan dengan SUSU LEMBU sahajalah sebagai permulaan.

Susu lembu zaman Nabi SAW dengan susu lembu zaman kita berbeza. Sebenarnya zaman Nabi SAW di Mekah/Madinah ada susu unta dan susu kambing. Ada juga lembu di zaman itu, tetapi ditempat lain.

Umumnya susu kambing lagi mudah hazam dari susu lembu tetapi susu lembu zaman sekarang lagi susah hazam dari susu lembu zaman nabi .

Kenapa ya ?

Casein adalah bahagian protein dalam susu. Ada dua jenis – Whey dan Casein. Whey yang mudah dihazam dan casein yang lebih susah dihazam.

Bahagian Casein ada banyak jenis, dan bahagian Beta Casein yang datang dari lembu A1 selalu dikenalpasti sebagai penyebab kepada masalah penghazaman. Ini adalah kerana lembu yang keluarkan Beta Casein jenis A1 memerlukan lebih banyak enzim untuk hazam dan bagi individu yang ada masaalah enzim, akan timbullah masaalah pengazaman.

Ada lembu yang keluarkan susu A1 sahaja, ada yang keluarkan susu A2 sahaja dan ada lembu yang keluarkan kedua-dua A1 dan A2. Umumnya boleh dikatakan lembu hitam putih (Holstein) adalah lembu A1 dan lembu kampung dan lembu Guernsey adalah A2. Manakala lembu Jersey dan Ayrshire mengeluarkan kedua-dua jenis beta Casein dengan sama banyak.

Lembu kita dari kampung yang warna coklat itu adalah breed lama dan breed baru A1 sebenarnya breed mutasi. Zaman Rasul saw, lembu adalah lembuh yang ada Beta Casein A 2.

Susu ibu ada perbezaan dalam jenis asid amino dalam chain walaupun nampak macam sama dengan susu A1. Perbezaan asid amino ini menyebabkan susu ibu mudah hazam.

Beta Casein lebih banyak dalam produk tenusu seperti keju dan jauh lagi banyak dalam keju rendah lemak . Jika kita atau anak-anak sakit perut bila makan keju, mungkin ini bererti kita atau anak tidak cukup enzim untuk hazamkan Beta Casein yang terkandung dalam keju itu dan mungkin Beta Casein itu jenis A1.

Kebanyakkan lembu dari ladang yang keluarkan susu adalah jenis Holstein dan susu mengandungi Beta Casein A1 .

Susu kambing umumnya ada Beta Casein A2. Lembu Kampung warna coklat tu ada Beta Casein A2 .

Walaupun susu yang ada Beta Casein A1 lebih susah hazam dari susu yang ada Beta Casein A2, ini tidak timbulkan masaalah jika pengambilan susu tidak banyak dan individu tidak ada masaalah kekurangan enzim atau penyakit usus yang menyebabkan daya hazamnya kurang.

bacaan tambahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s