Resepi Bone Broth

Bone Broth

Clear broth untuk khasiat yang boleh sembuhkan usus

Resepi Bone Broth

1 kg Tulang : kambing atau lembu atau kaki ayam. Pilih tulang lembu kampung, Untuk kaki ayam pilih yang bebas antibiotik

2 sudu besar Apple Cider Vinegar

Celery stick satu batang

carrot, 2 biji potong dadu.

bawang besar sebiji potong 4

Garam bukit 1 sudu teh

VCO 1 sudu besar .

6 liter air .

Rebus sejam dalam pressure cook atau  tiga jam api rendah  atau 8 jam dalam slow cooker, tapis ambil air sahaja. Paling baik adalah slow cooker .

Awas guna hanya pot crockpot atau stainless steel. Jangan guna periuk aluminum.

Selepas sejuk bekukan dalam bekas ice cube untuk di masukkan dalam masakan .

Khasiat Bone Broth

1.  Mengandungi bahan mineral dan sangat mudah diserap oleh badan. Antara bahan mineral dalam bone broth termasuklah:

· Kalsium

· Magnesium

·Phosphorus

·Zat galian ‘trace minerals’

2. Lemak di dalam bone broth membantu menangani masalah usus. Masalah usus membawa kepada masalah lain seperti atopy termasuk allergi lain serta asthma.Masalah pembelajaran dan fungsi otak juga boleh dikaitkan dengan masalah usus.

3. Sumber gelatin dan collagen yang baik

·       Memperkuatkan sendi

·       Memperkuatkan kuku dan rambut

·       Membantu menangani masalah leaky gut

·       Memperkuatkan ‘connective tissues’ ( urat )

4. Sumber amino asid

·Glycine – Sangat penting untuk memastikan anda mendapat kulit, tulang, ligament dan tendon yang kuat dan sihat.

·Proline – membantu menyahtoksin hati

5.Bone broth mengandungi sesetengah vitamin B;

·Niacin dan riboflavin yang memainkan peranan dalam metabolisma dan bantu badan hazamkan karbohidrat protein dan lemak untuk hasilkan tenaga

6. Bone broth kaya glucosamine dan chondroitin dua nutrisi yang bantu kesihatan sendi

RESEPI guna bone broth

NASI BONE BROTH

10 cube bone broth frozen

Air bertapis untuk tambah untuk cukupkan 3 cawan

Beras Basmati 2 cawan di basuh dan toskan

Minyak kelapa 2 sudu besar minyak bijan satu sudu teh.

Bawang besar dan bawang putih 5 ulas hiris halus

halia sebesar ibu jari hiris halus

Garam bukit secukup rasa

Carrot sagat ( optional ) lebihkan air jika guna

Jika nakkan rasa berempah guna rempah sup sesudu besar

Dalam periuk nasi:

Tumis bawang dan halia dengan minyak hingga kuning. Rempah sup jika guna.

Boleh juga tumis diluar dulu baru masukkan dalam periuk nasi

Masukan beras bone broth dan air

Bila separuh masak masukkan carrot sagat dan kacau perlahan

Biar sampai masak .

Hidang dengan sup bone broth atau sup sayur bone broth, salad dan ayam goreng

SUP SAYUR BONE BROTH

10 CUBE bone broth

Carrot sebiji

5 tangkai bunga kobis dan brokoli

Tomato potong 4 buang biji

Bawang putih bawang merah hiris

Halia muda 2 inci, hiris

Serbuk lada hitam

Garam bukit secukup rasa

Minyak kelapa atau kelapa sawit 2 sudu besar untuk menumis

Tumis bawangan dan halia, masukkan bone bone, masukkan sayur dan garam bukit dan lada hitam , didihkan hingga empuk, tambah air.

Boleh juga di tambah mee kering ( air dried organic  ) terus kedalam sup sambung didihkan dengan api kecil hingga lembut .

Untuk buat mee yang lebih sedap boleh tambah kicap pekat dan minyak bijan.

Boleh juga di tambah telur kedalam sup dengan memecahkan dan memukul telur dan masukkan kedalam sup yang sedang mendidih . Tuangkan telur itu perlahan lahan kedalam sup yang sedang mendidih.

Sayur lain yang boleh di gunakan untuk mee adalah bokcoi dan sawi .

Isi ayam pun boleh di gunakan, ini perlu di masukkan dahulu sebelum sayur .

SUP CARROT BONE BROTH
Potong 5 biji carrot,
Tomato 3 biji dipotong dadu buang biji( biji tinggi histamine)
Garam, sebuk lada hitam ikut rasa
Bone broth satu bekas
Bawang besar 2 biji hiris , bawang putih 5 ulas hiris
Cheese slice 4 keping atau cheddar cheese suku buku
Butter 2 sudu besar
Cara
Tumis bawang dengan minak masukan semua bahan dan rebus hingga lembut.
Guna blender tangan untuk jadikan sup krim.
Tambah cheese slice atau cheddar cheese yang di sagat
Masukkan butter
Letak semula atas api kecil hingga cheese sudah larut
Carrot boleh di gantikan dengan pumpkin untuk buat sup pumpkin bone broth

NASI GORENG MEE GORENG DAN MEEHOON GORENG BONE BROTH

Guna resepi yang biasa di gunakan
Guna bone broth cube dalam 3-5. Selepas tumis perencah semasa masukkan lauk/sayur, masukkan bone broth beku dan tunggu hingga kering sebelum masukkan nasi, mee atau meehoon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s