Ada apa dengan susu bahagian 3

Belum selesai cerita susu lembu lagi

Ada banyak jenis susu lembu dijual dipasaran.

Yang paling kurang di olah atau di proses adalah susu segar yang telah di pasterize. Susu ini pendek shelf life dan wajib disimpan dibahagian chiller sebab ia akan jadi masam bila tidak disejukkan.

Ini sahajalah yang dinamakan susu segar .

Susu dalam bentuk cair tetapi ada shelf life lama adalah susu UHT dan susu ini sudah dipanaskan pada susu yang tinggu dan khasiatnya telah berkurangan serta susu ini lebih susah hazam.

Susu segar tanpa ditambah apa-apa sepatutnya jadi pilihan .

Susu yang telah dimasukkan perasa dan gula memanglah lebih sedap tetapi gula bukanlah bahan yang kita patut ambil tanpa sedar sebab ada kadar gula untuk kesihatan dan gula sepatutnya dihadkan. Susu sebenarnya sudah ada gula laktosa dia ia ada manis yang semula jadi dan tidak perlu ditambahkan sukros pula.

Susu tepung adalah susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying . Proses ini mengekalkan kebanyakkan nutrisi dari susu itu .

Susu tepung kebanyakkannya ditambah bahan-bahan ini gula dalam apa-apa bentuk contohnya corn syrup solids, bahan pengemulsi untuk senang bancuh, vitamin atau zat galian tambahan selalunya dari sumber sintetik , perasa tambahan untuk susu yang ada ‘flavour’ lemak tambahan dari sumber lain seperti lemak sayur dan banyak lagi bahan lain. Yang penting baca apa yang ditulis di tin yang nak dibeli .

Susu tepung formula untuk bayi adalah susu khas yang dinamakan functional food. Functional food banyak dikaji oleh syarikat susu dan research sentiasa dijalankan untuk meningkatkan mutu susu formula dari semasa ke semasa. Namun begitu kepekaan serta kajian terhadap kesan sampingan dari lemak sayur, vitamin sintetik serta gula dari sumber lain seperti corn syrup solids masih kurang pada masa ini

Bagi saya, jika ada tambahan gula saya elak . Saya juga elak bahan pengemulsi tetapi bahan emulsi lecithin dari soya yang paling selamat . VItamin tambahan pula saya tidak berapa gemar sebab lebih baik jika diambil vitamin dan zat galian dari sumber asli dari sumber sintetik .

Lagi banyak bahan tambahan lagi tinggi kemungkinan pada alahan.

Setakat ini yang susu yang saya jumpa yang paling kurang bahan tambahan adalah Fernleaf Full Cream dimana hanya ada satu bahan tambahan ia itu soya lecithin.

Bagi orang yang minum susu terus sakit perut atau buang air cair atau asyik terkentut, mungkin individu itu ada alahan pada laktosa dalam susu dan susu yang diminum menjalani proses fermentasi dalam perut menyebabkan sakit perut dan angin. Solusinya adalah : tak perlu minum susu.

bersambung insya allah .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s