Susu sejat, susu pekat manis susu formula

Susu sejat.

ADA APA DENGAN SUSU bahagian empat

Susu sejat atau evaporated milk tidak ada tambahan gula namun kebanyakkan yang ada sudah dibuang lemak susu dan digantikan dengan lemak sayur, di Malaysia lemak yang digunakan adalah lemak kelapa sawit. Khasiat susu sejat kurang dari susu segar tetapi masih wujud kesemua khasiat yang ada. Susu sejat ‘ full cream ‘ dimana lemak susu tidak dibuang adalah lebih baik.

Susu pekat manis masih ada khasiat susu dengan tahap minima tetapi kandungan gula amat tinggi. Susu ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Lebih pada penyedap rasa dari mendatangkan zat susu. Susu ini juga kebanyakkannya sudah dibuang lemak susu dan digantikan dengan lemak sayur.

Ramai yang bertanya susu formula secara individu ia itu susu formula mana yang terbaik . Bab ini saya tidak dapat huraikan dan meminta pembaca baca label dan cuba nilai sendiri. Umumnya semua susu formula mengandungi bahan yang diambil dari banyak sumber dengan tujuan melengkapkan susu supaya khasiatnya optima untuk bayi . Bahan yang boleh memudaratkan bila dikaji dengan research terkini adalah : lemak sayur yang boleh mengandungi transfat atau lenmak sayur dari sumber minyak GMO, gula yang disebut corn syrup solids atau maltodextrin dan lain-lain. Gula yang ada dalam susu formula ini tidak ada dalam susu ibu dan susu segar. Gula dalam susu ibu dan susu segar adalah laktosa. Laktosa susu ibu lebih mudah hazam dari laktosa susu lembu dan gula yang ada dalam susu formula mudah hazam dan boleh juga timbulkan masaalah bagi anak yang ada masaalah candida atau masaalah tidak seimbang mikrobiota ususnya .

Susu formula umumnya bukan susu ‘hidup’ seperti susu ibu. Susu ibu sudah ada kandungan prebiotik dan probiotik nya sendiri dan sekarang ini sudah ada susu formula yang dimasukkan prebiotik seperti inulin dan probiotik seperti lactobaccilus acdiophilus namun masih jauh beza mutu susu ibu .
Kita sudah lihat bahawa khasiat susu lembu banyak bergantung kepada cara lembu dibela dan juga apa yang lembu itu makan serta kadar pencemaran udara dan air. Dalam dunia yang semakain tinggi kadar pencemaran dan dengan proses ternakkan yang pentingkan keuntungan, undang-undang dan etika ternakkan perlu ketat dan membantu untuk pengeluaran susu yang paling tinggi khasiatnya serta paling kurang kadar pencemaran.

Susu yang ada probiotik

Selain dari ini , semakin ramai anak-anak alah pada protein susu lembu dan bagi anak-anak ini , susu lembu tidak boleh diambil dalam bentuk asal atau dalam formula biasa . Ada proses yang menghaluskan lagi protein susu lembu dan formula khas ini dilebelkan hypoallergenic atau HA .

Ada yang bertanya kenapa susu segar hanya boleh diambil atas pada umur setahun dan jawapannya adalah susu segar tanpa diubah terlalu berbeza dengan susu ibu dan bayi bawah setahun tidak dapat khasiat yang diperlukan dari susu segar dan susu segar mengandungi terlalu banyak mineral untuk bayi bawah setahun dan ini bebankan ginjalnya . Begitu juga susu kambing yang bukan formula atau dirumuskan khas untuk bayi, ia tidak sesuai diminum bawah dari umur setahun tanpa di olah .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s