ADA APA DENGAN SUSU bahagian ke enam.
Susu penuh krim vs susu rendah krim.

Industri susu sudah lama keluarkan susu rendah krim.
Asumsi ( assumption) yang dibuat oleh pakar nutrisi zaman yang sudah berlalu adalah bahawa lemak menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan juga obes.
Kajian mutakhir membuktikan bahawa jika lemak dikurangkan dari kadar biasa, individu yang memakan lemak kurang itu akan makan lebih benda manis dan karbohidrat. Karbohidrat berlebihan lah yang akan meningkatkan gula dalam darah, menjana profail lipid yang tidak sihat dan menyebabkan obes.
Kajian juga menunjukkan bahawa individu yang mengambil susu penuh krim lebih sihat dari individu yang mengambil susu rendah lemak. Untuk ketahui lebih bolehlah baca artikel -artikel yang saya letakkan sebagai rujukan dibawah penulisan ini .
Jika satu masa dahulu lemak susu di anggap lemak yang tidak baik dan minyak kelapa juga dianggap tidak baik disebabkan kandungan lemak tepu kajian mutakhir telah ubah tanggapan itu tetapi masih ramai yang tidak tahu.
Bila saya kata its good for you, mesti beringat, jika habiskan satu lepa butter sehari atau telan bermangkuk minyak kelapa sehari , memanglah cari nahas namanya.

Dato’ Dr Suriyakhatun Osman
whatsapp 0105439157
Disclaimer: Saya bukan pakar nutritisi
http://time.com/4279538/low-fat-milk-vs-whole-milk/