Mulai petang ini saya akan buat senaman ringan sebelum berbuka insyaallah. Walk the talk!
Watch “Resepi Brown Stew” on YouTube
Baru lepas buat brown stew. Nanti saya bahagikan beberapa bahagian dan freeze. Boleh buat bersahur atau untuk anak-anak
Celoteh Ramadhan Bahagian 5 fisiolgi puasa.
Elok kita faham fisiologi puasa semoga dapat manfat terbaik dari puasa.
Celoteh Ramadhan bahagian 5
Fisiologi puasa
Puasa dipanggil ‘intermittent fasting’ kerana kita menahan dari makan dan minum selama beberapa jam dan selebihnya kita akan makan dan minum . Kajian telah dapati bahawa ‘intermittent fasting ‘ mempunyai kesan baik terhadap kesihatan.
Antara kesan baiknya adalah :
1. Membetulkan ‘insulin resistence ‘ dimana badan kurang peka pada hormone insulin dan ini menyebabkan badan tidak boleh bakar karbohidrat untuk menukarkannya menjadi tenaga maka senang gemuk dan letih, lama kelamaan mengidap kencing manis .
2. Meningkatkan kadar ‘growth hormone’ ia itu hormone awet muda .
3. Meningkatkan fungsi otak dengan meingkatkan protein BDNF yang mana ia mencetuskan sel ‘brain stem’ otak menjadi neuron baru . Ia juga mencetuskan supaya kimia ‘neurotransmitters’ menjadi seimbang. Ini melindungi dari penyakit Alzhheiner’s dan Parkinsons dan melindungi dari cepat nyanyuk dan pikun.
4. Didapati bila binatang makmal dipaksa jalani puasa ‘intermittent fasting’ mereka hidup lebih lama dan bagi yang…
View original post 697 more words
Celoteh Ramadhan Bahagian 3 -Wanita Mengandung
Celoteh Puasa Bahagian 3
Untuk wanita mengandung
Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama . Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung nakkan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula .
Apa pula kesan untuk anak yang dikandung ? Sebenarnya jika ibu yang mengandung : Klik link..
Celoteh Puasa Bahagian 3
Untuk wanita mengandung
Wanita mengandung tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa mengandung sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama . Sebab yang lain adalah kerana wanita mengandung nakkan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula .
Apa pula kesan untuk anak yang dikandung ? Sebenarnya jika ibu yang mengandung :
1. kurang darah/ kurang zat galian
2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya
3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur
4. makan tak betul ( tidak ada nutrisi dan tidak seimbang ) semasa berbuka dan sahur
5. Ada penyakit yang menjejaskan penghazaman
6. ada penyakit kronik yang lain
7. hampir cukup bulan ( bahaya prem labour kalau hypoglycaemic )
8. Sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa
9. tekanan darah terlalu rendah
10. Gestational diabetes ( Kencing manis waktu…
View original post 567 more words
Celoteh Ramadan 1
Ulang kaji celoteh Ramadhan
Tidak lama lagi kita akan berpuasa dan memang ramai antara kita suka bulan puasa dan ramai akan ingat puasa sebab pasar Ramadhan .
Bulan puasalah makanan yang susah nak jumpa pada masa lain akan muncul !
Saya dan keluarga pula sudah cuba sejak beberapa tahun ini untuk tidak beli makanan luar sebab kesedaran tentang proses puasa yang membawa banyak kebaikkan dari segi kesihatan jika dilakukan dengan betul dan bakal membawa mudarat jika tidak dilakukan dengan cara yang sihat.
Sebelum apa-apa saya nak ingatkan bahawa puasa itu ibadah dan ada syarat-syarat berpuasa. Ada ibu yang menyusukan anak, ada ibu yang mengandung dan ada orang yang ada penyakit dan semua kategori ini perlu timbang baik buruk puasa untuknya . Jangan sampai mudaratkan kesihatan ya?
Puasa dinamakan ‘Intermittent fasting” sebab orang Islam tidak berpuasa 24 jam, cuma dari matahari terbit hinga ka matahari jatuh, Manfaat kesihatan puasa sudah banyak dikaji dan telah diakui…
View original post 391 more words
Menutup Gene Penyakit
MENUTUP GENE PENYAKIT kLIK PADA LINK
AN INTERVIEW WITH DR. SURIYAKHATUN ( 2014)
In June of 2013, Dr Suriyakhatun Osman travelled from Malaysia to Ubud to attend The Bali Project. There, she shared some of her cases on the rabies miasm in the ‘Show and Tell’ session. Now, she has agreed to present at the 2015 Bali Project. In March 2014, AHA members and Bali Project organisers Nyema Hermiston (NH) and … Teruskan membaca AN INTERVIEW WITH DR. SURIYAKHATUN ( 2014)
Memahami krisis penyembuhan
Celoteh Ramadhan bahagian 11 – Menjelang fasa kedua puasa.
Mungkin peti sejuk sudah penuh dengan makanan yang tak habis. Anak kecil yang tidak puasa diberikan sisa makanan semasa bersahur. Mungkin juga lauk semasa berbuka ditutup dengan tudung saji dan dimakan semasa bersahur . Ada beberapa pesanan saya tentang perkara-perkara tersebut.: 1. Anak kecil perlukan makanan seimbang. Jika anak diberi biskut dan makanan kering atau … Teruskan membaca Celoteh Ramadhan bahagian 11 – Menjelang fasa kedua puasa.
Celoteh Ramadhan Bahagian 10 Waktu berbuka
Sedikit panduan makanan untuk berbuka 1. Elak makanan tiruan dan berposes seperti yang saya sudah sebut sebelum ini, saya ulang lagi, pengawet, perasa tiruan, pewarna . Termasuk dalam kategori ini semua makanan tiruan seperti sosej , burger, mee segera dan air cordial serta makanan dalam tin . Elak juga benda dalam plastik dan styrofoam sebab … Teruskan membaca Celoteh Ramadhan Bahagian 10 Waktu berbuka
