Perjuangan di dunia Kemenangan di akhirat

Penulis jemputan menulis tentang penjagaan ibunya diakhir hayatnya

Oleh AIAM

Pengalaman menjaga arwah mak yang menghidap kanser multiple myeloma benar-benar menuntut komitmen, pengorbanan, kesabaran, dan toleransi yang tinggi dari kami sekeluarga. Pada peringkat awal, kami menghormati keputusan mak yang tak mahu dirawat dihospital dan mencuba kaedah alternatif orthomolecular medicine dengan seorang professor di ********.. Diet pemakanan, atur makan ubat, fisioterapi, infrastruktur kesemuanya kami sediakan dan disiplinkan sebaik mungkin. Tak cukup dengan itu, kami pastikan mak sentiasa berteman dan tidak berseorangan. Untuk itu kami sekeluarga akan bergilir mengambil cuti kerja termasuk menukar jadual waktu kerja.

Setelah keadaan kesihatan mak makin merosot, kami mengambil keputusan untuk menghantar mak ke hospital. Tahap kesedarannya merosot akibat kerosakan fungsi buah pinggang menyebabkan terlalu banyak toksik dalam badan. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi dan doktor menerangkan kepada semua ahli keluarga tentang kondisi mak yang sangat kritikal. Pada tahap ini semua rawatan yang diberikan oleh pihak hospital adalah berisiko dan kami diminta untuk memahami situasi ini.

Selama 2 bulan mak terlantar di ICU dalam keadaan koma serta disokong alat bantuan pernafasan kami tetap tak biarkan mak sendiri. Kami bergilir tidur di bilik menunggu yang disediakan bersebelahan wad ICU. Setelah itu kami menumpang menginap di balai pelawat yang disediakan pihak hospital. Kami ubah corak kehidupan untuk adaptasi dengan kehidupan baru tinggal didalam perkarangan hospital. Dalam keadaan mak yang tidak sedar itu, kami sentiasa bercakap-cakap dengan mak, memberi semangat dan perangsang supaya mak kuat dan cepat bangkit. Sedih. Dan setiap kali ke hospital saya akan diserang rasa risau, berdebar dan berat hati yang teramat sangat kerana kondisi mak yang sangat tidak stabil. Macam-macam boleh terjadi dan kami boleh kehilangannya bila-bila masa sahaja. Doa dan harapan tak pernah putus. Hanya pada Allah kami berserah.

Alhamdulillah, doa dan hasil usaha doktor berhasil apabila mak mulai sedar. Dia kemudiannya dipindahkan ke wad hematology. Pada peringkat ini lain pula cabarannya. Jika sebelum ini mak dalam keadaan tak sedar, sekarang dia sedar tapi tak berupaya. Ingatannya belum pulih. Fikirannya meracau. Sering kali dia tak kenal dengan anakknya sendiri. Dengan pangkal tekak dipasang alat tracheostomy, mak cuba bercakap walaupun tanpa suara. Komunikasi sangat sukar dirasakan. Pernah beberapa kali mak marah dan merajuk sebab tak ada yang faham permintaannya. Memujuknya pun bukan mudah. Keberadaannya membatasi apa yang diinginkannya. Terkadang dia rasa lapar dan haus. Teringin makan itu dan ini. Namun tak ada yang dapat kami berikan kerana dia masih diminta makan melalui Ryle’s tube. Andai saja dia tau yang kami pun tak pernah mau menyekat keinginannya.

Sementara mak di wad hematology, kami diminta untuk belajar cara-cara penjagaan dan mengurus mak. Dari memberi susu melalui Ryle’s tube, sedut kahak, fisioterapi, dan lain-lain. Setelah hamper 2 bulan keadaannya beransur membaik. Sedikit demi sedikit ingatannya mulai pulih, boleh mengangkat tangan, melakukan sedikit pergerakan dan sebagainya. Doktor kemudiannya menyarankan supaya mak dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi untuk latihan mobiliti. Disana mak dijadualkan mengikuti fisioterapi, speech therapy, occupational therapy. Dalam masa tak sampai 2 minggu mak telah mampu berjalan menggunakan walking frame. Mak sangat gigih dan nak cepat pulih. Tak sabar nak bermain dengan cucu-cucu katanya.

Langit tak selamanya cerah. Satu hari mak batuk berdarah. Cemas dengan keadaan itu, mak dihantar semula ke unit kecemasa hospital. Setelah beberapa jam diperiksa, doktor membuat keputusan menahan mak di wad hematology kembali. Ujian kahak dibuat untuk memastikan keadaan mak. Doktor khuatir mak dijangkiti tibi. Setelah beberapa hari keadaan mak makin merosot dan lemah. Keputusan ujian menunjukkan mak diserang virus pseudomonas. Sewaktu tekanan darah dan kandungan gula dalam darah mak mendadak rendah, doktor memberitahu mak diserang strok. Mak kembali tak sedar. Kata doktor keadaan mak sangat tenat. Ada kemungkinan berlaku kerosakan pada saraf otaknya. Tak banyak yang mampu untuk doktor usahakan. Geram dengan kenyataan dari pihak doktor yang seakan tak mahu berusaha lagi. Layanan dan kepekaan dari jururawat juga dirasakan mulai menurun.

Kami tak patah semangat. Kalau tak ada yang mahu tolong menjaga kami akan ikhtiar cara kami sendiri. Mak pernah lalui saat sukar lebih dari ini. 2 bulan di ICU, mak masih tetap bangkit. Mak kuat. Kami percaya mak kuat. Kami upah jururawat peribadi untuk sama-sama bantu menjaga mak. Badan mak yang bengkak-bengkak mulai surut diurut jururawat peribadi. Luka bedsore juga cuba untuk dikawal. Tapi Allah sudah lama terlalu rindu untuk menjemput mak. Mak akhirnya pergi pada hari terbaik untuk dia menghadap penciptanya.

Alhamdulillah, kami lalui semua ujian ini dengan berlapang dada. Bukan hanya pesakit kanser yang harus berjuang seorang diri melawan penyakitnya. Orang-orang sekeliling juga harus turut sama memberikan sokongan yang terbaik selagi mampu dari segi masa, kewangan, fizikal, emosi, spiritual dan sebagainya. Setiap apa yang telah ditentukan akan tetap akan berlaku. Namun kita dituntut untuk terus berusaha mencari penawar dan berikan yang terbaik dalam setiap masa disamping sentiasa berdoa penuh pengharapan supaya semua kesulitan diberikan jalan keluar yang terbaik. Dan Allah pasti akan berikan yang terbaik.

Candida

Ini dia candida albicans
Candida Albicans

CANDIDA
Semua orang ada Candida sebab Candida sebahagian dari penghuni usus manusia. Bila populasi Candida membiak lebih dari sepatutnya barulah ia timbulkan masaalah. Perkara ini berlaku bila microbiota usus tidak dari jenis bakteria yang sepatutnya atau tidak berkembang dengan sihat. Kita sering panggil penyakit fungus candida ini kurap. Ia sejenis yeast dan ia dari keluarga fungus.

Candida boleh bertapak dikulit apabila ada candida dalam usus. Candida memang penghuni biasa dalam usus tetapi populasinya terkawal oleh microbiota baik namun bila ada ketidak seimbangan dalam microbiota usus, candida akan membiak dengan pesat dan berjangkit ke mulut dan kulit.

Makanan candida adalah gula dan makanan berproses. Gula membiakkan candida. Apabila candida di kulit dirawat dengan krim steroid, ia menjadi nipis tetapi sempadannya merebak. Ini adalah sebab steroid menahan radang tetapi menggalakkan candida merebak. Sering juga saya dapati kes candida yang sedikit merebak jadi candida yang serius disebabkan steroid dan ini sering berlaku dikalangan bayi sebab disangkakan eczema.

Birth passage ibu ada microbiota yang menjadi microbiota usus anak semasa ia melaluinya dalam perjalanan keluar dari rahim ibu. Anak yang lahir secara ceaser tidak lalu birth passage dan juga mendapat antibiotik yang diberi kepada ibu secara rutin selepas caeser dari air susu ibu maka
1. Tidak dapat dos awal microbiota
2. Tidak dapat dos seterusnya dari susu ibu sebab dimatikan oleh antibiotik.
Bila microbiota usus tidak berkembang seperti yang sepatutnya, candida ada peluang membiak. Candida dikawal oleh bakteria baik dan kekurangan bakteria baik membiakkan candida. Candida juga penghuni usus. Ia tidak dimatikan oleh antibiotik.

oral thrush
Oral thrush

Kalau anak diberi antibiotik atau minuman bergula ia akan menyebabkan candida membiak dalam usus dan seterusnya kurap lampin dan oral trush akan berlaku. Candida di kulit akan nampak bulat dan bersisik di bahagian tepi dan licin di tengah. Bayi yang mengidap candida mungkin akan dapat tompok putih macam susu dalam mulut dan bila air liur meleleh, leher akan merah dan ada bintat merah serta jika dilihat dengan teliti, yang bulat bersisik akan ada. Candida di kawasan lampin bermula dari lubang dubur dengan bintat merah dan juga yang bulat bersisik.

candidanappy
Candida nappy rash, kurap lampin bukan ruam lampin

Wanita boleh mengidap candida di faraj dan tandanya adalah keputihan yang macam susu basi dan ini gatal. Paling kerap waktu mengandung, atau yang ada kencing manis dan juga bila makan ubat perancang. Candida boleh bermula selepas pengambilan antibiotic sebab anitbiotic membunuh microbiota yang kawal candida dan tidak membunuh candida.
Faktor penyebab candida:
– Pengambilan antibiotic yang membunuh bakteria baik tetapi tidak membunuh bakteria jahat dan candida
– Dilahirkan secara Ceaser
– Lahir normal tapi ibu ada Candida, contohnya keputihan dan gatal faraj
– Pengambilan ubat perancang
– Ada kencing manis
– Suka makan makanan berproses dan banyak ambil gula putih serta refined carbs sebab ini makanan Candida
– Tidak suka makanan berserat, serat adalah makanan bakteria baik. Fibre adalah prebiotic dan adalah makanan untuk gut microbiota.
– Ada pencemaran mercury dalam system. Ini boleh berpunca dari makanan laut atau dental filling atau berbentuk amalgam atau vaksin yang ada Thiomersol. Buat Hair Tissue Mineral Analysis untuk ketahui ada toksin logam berat atau tidak. Telah didapati ada kaitan antara Candida dan logam berat Mercury.

Untuk hapuskan Candida, kita kena tingkatkan microbiota baik dalam usus, berikan dia makan dan tambahkan populasi nya dengan makanan fermented yang ada bakteria baik. Kefir, tempe, kimchi, kombucha, yoghurt, tempoyak antara makanan probiotic. Probiotic adalah makanan yang ada bacteria baik. Ada juga dijual dalam bentuk capsule seperti Lacto 5 atau Lacto GG. Saya galakkan ambil makanan dan bukan capsule.

Antara langkah yang boleh di ambil:
• Hapuskan semua makanan berproses dan gula dari diet
• Ambil rawatan khusus untuk betulkan, rawatan homeopathy berkesan
• Ambil anti fungal foods dan herbs seperti Pau D Arco dan Nystatin serta Garlic dan Virgin coconut oil.
• Ambil probiotic Superfoods seperti Gum Arabic dan, Baobab fruit. Ambil supplement detox foods yang boleh mop up toksin logam berat seperti Chlorella.

Rumusan tentang vaksin

Saya ditanya soalan tentang vaksin berkali-kali dan berulang-ulang walaupun saya sudah menulis tentangnya .

1. Vaksin telah terbukti mencegah dari menularnya penyakit berjangkit yang berkenaan vaksin yang diberi tetapi ia tidak cegah penyakit yang selain dari vaksin berkenaan. Contohnya vaksin untuk polio cegah polio. Jika ada variasi virus polio ia tidak cegah.

2. Vaksin tidak memberi perlindungan terhadap penyakit yang disarkan 100%, jadi akan ada kes yang dapat penyakit dimana vaksin sudah diberi : contohnya rotavirus selepas vaksin rota virus dan pneumococcal pneumonia selepas vaksin pneumococcal . Walaubagaimanpun ini tidak kerap berlaku.

3. Vaksin tidak memberi kesan buruk dalam majoriti kes tetapi pada anak yang ada penyakit genetik dimana ibu-bapa atau saudara ibu-baba ada penyakit genetik seperti eczema, asthma, resdung, sakit mental dan lain-lain ia boleh memberi kesan buruk .

4. Vaksin mengandungi virus atau toksin dalam kadar yang sedikit atau telah dibunuh dan sepatutnya tidak mudarat tetapi masih ada yang akan terjejas: Keadaan terjejas selepas vaksin dinamakan AEFI atau adverse events following immunization dan direkord oleh KKM . Online records ada dari CDC USA, ( center for diseases control)

5. Vaccine hanya melindungi dan mencegah penyakit yang tertentu seperti diptheria tetanus polio campak,mumps, rubella hepatitis B dan HIB. Ini yang disenaraikan dengan KKM. Disamping itu ada juga untuk meningitis, influenza, rota virus dan pneumococcal pneumonia. Sebenarnya ada lagi banyak vaksin yang tidak diperkenalkan di Malaysia. Vaksin tidak tingkatkan tahap kesihatan immun. Ia mencegah hanya penyakit yang divaksinkan sahaja.

5. KKM mengamalkan polisi “for the good of the majority ” dan percaya kesan sampingan vaksin pada segelintir wajar untuk manfaat perlindungan yang lebih besar .

Panas badan, panas baran

Heat

PENDEKATAN HOLISTIK MERANGKUMI FISIOLOGI, PATHOLOGI DAN SPIRITUAL

Soalan dari pembaca

Saya ada beberapa masalah dan boleh saya minta pandangan Dr?

1) Badan saya sentiasa panas tapak tangan, kepala dan seluruh badan walaupun dalam keadaan saya sihat (tak demam dan sebagainya). Saya alami benda ni sejak saya kecil dan sampai sekarang.

Jawapan :
Panas pada tapak tangan kepala dan seluruh badan bererti ada pengaliran tenaga yang mungkin mengalami ‘block ‘. Individu ini kena lakukan ‘grounding ‘ ia itu dia kena banyak berjalan ditanah tanpa pakai kasut dan elok juga mandi sungai atau laut . Boleh juga dibetulkan dengan latihan nafas , untuk yang ini perlu jumpa pengamal yang faham caranya .

Therapi yang guna meridian seperti acupuncture dan moxibustion boleh juga meleraikan sekatan energi yang ada .

Dari segi fisiologi ada kemungkinan BMR individu ini tinggi dan ini menyebabkan panas . Perlu juga diperiksa darah untuk ujian fungsi thyroid untuk pastikan tidak ada penyakit hyperthyroid.

Dalam keadaan menopause ‘hot flash’ berlaku sebab perubahan hormonal namun ada juga yang berpendapat ia disebabkan pengaliran vital force dari bawah ke atas yang menambahkan creative energy individu berkenaan

Ia juga berlaku pada sesetengah invidivu semasa solat . Bila ia berlaku semasa solat, ia mungkin ‘healing energy’ yang pulihkan emosi dan mental individu itu . Sering berlaku apabila individu itu telah hadapi situasi yang kurang menyenangkan dan berlaku juga bila individu itu banyak layan orang . Dalam kes ini , ia sebenarnya baik dan akan stabilkan semula aliran tenaga, ( kuasa hayat ) dalam badan .

Individu yang ada ‘healing energy ‘ anugerah Allah swt juga alami keadaan tangan panas serta kepala panas dan penyelesaiannya adalah individu ini perlu gunakan anugerah Allah ini untuk rawat orang yang perlukan .

Soalan :
2) Saya seorang yang panas baran. Saya mudah naik angin hanya disebabkan oleh perkara yang kecil. Saya sedar perbuatan saya salah ketika saya melenting tu, tapi selalunya saya gagal mengawal perasaan marah saya ketika itu. Selalunya bila marah saya dah reda, saya akan menyesal yang teramat sangat.
Saya dah berusaha dan berdoa untuk tidak cepat marah bertahun-tahun lamanya, namun masih belum berjaya.

Jawapan
Bila dikaitkan semula dengan rasa panas tadi , eloklah periksa fungsi thyroid melalui ujian darah .
Jika tidak ada masaalah hyperthyroid maka lakukan grounding seperti di atas .
Ada banyak remedi homeopathy yang boleh tangani situasi ini dan boleh jumpa pengamal untuk rawatan

Jangan amalkan makanan panas seperti habbatusaodah ginseng dan halia .

Dari segi amalan , banyakkan selawat dan astaghfar .

Jantung hatiku !

heart
Mesej dari pembaca :
Doktor, saudara saya meninggal serangan sakit jantung . Sebelum ini tak tahu pun dia sakit tapi secara tiba-tiba saja dia dapat serangan dan terus meninggal . Nak ikutkan bukanlah tua sangat pun .
Memang betul bahawa kita tak nampak pembuluh darah yang mengantarkan darah kejantung . Coronary arteries berada dikeliling jantung dan jika ada yang tersumbat sepenuhnya , bahagian jantung yang berkenaan akan kekurangan darah dan pengidapnya akan rasa sakit yang mencengkam dan menekan dada. Sakit ini sama ada sikit atau banyak boleh berulang dan boleh juga menjalar ke sudu hati ( epigastric ) bahu kiri , tangan kiri atau leher.
Jika darah terputus dari kawasan jantung terlibat agak lama, bahagian jantung terlibat akan alami infarct atau mati dan akan diganti dengan tisu berserat , fibrous tissue yang tidak ada keanjalan .
Ada kalanya bila yang tersumbat itu meluas dan lama , kematian hampir serta merta akan berlaku .
Ajal dan maut adalah rahsia Allah swt dan tidak siapa tahu saat ia akan berlaku . Memang benar .
Namun demikian serangan jantung ada petanda awal dan ada penyebab , ada pencegahan dan ada rawatan .
Adakah kita nakkan situasi dimana kita atau orang yang terdekat dengan kita perlu makan ubat 5-12 jenis sambil kita melihat sehari demi sehari situasi semakan parah, nafas semakin mencungap dan hidup dikongkong oleh keadaan kesihatan ? Atau adakah kita lebih rela mengambil langkah langkah positif untuk tangani keadaan sebelum ia menjadi parah ?
Keputusan ditangan diri kita sendiri dengan membuat pilihan gaya hidup dan rawatan pencegahan yang akan beroleh kesihatan jantung yang baik .
Sebelum saya teruskan ulasan tentang sakit jantung, saya menegaskan disini, ajal dan maut Allah tentukan dan tak mustahil penulis ini pun boleh dapat sakit jantung juga. Masa saya berada di Klinik Taqwa di Masjid Tanah berpuluh tahun dahulu ada seorang pakar jantung meninggal sebab serangan jantung dan ada juga pakar cancer yang meninggal sakit cancer . Jadi ulasan saya ini adalah dengan penuh rasa rendah diri bahawa qadar Allah swt yang mengatasi segalanya.
Pembuluh darah keliling jantung disebut coronary arteries . Tak perlukan mendetailkan tentang ini , memadailah jika saya sebut bahawa jantung adalah unik sebab ia sebuah otot yang perlu bekerja 24 jam sehari sepanjang hayat manusia dan jantung memerlukan oksigen yang tinggi . Darah yang di pam dalam rongga jantung membekalkan oksigen kejantung melalui coronaries maka bila coronaries semakin sempit, bekalan oksigen semakin kurang .
Angina pectoris adalah sakit yang timbul dek kurangnya oksigen, bolehlah dikatakan kebas jantung. Namun kebas jantung ini kuat sakitnya. Akan rasa seperti jantung telah di ramas dan selalunya di iringi rasa takut dan peluh sejuk . Bila ia seketika sahaja, tidak ada kesan jangka panjang tetapi bila cukup lama dan sekatan oksigen terlalu banyak , berlakulah infarct .
Maka sakit jantung ciri-cirinya , sakit yang mencengkam, berlaku semasa emosi tinggi atau tengah bekerja fisikal , sebelah kiri, mungkin menjalar ke bahu, leher, tangan , sudu hati . Diringi rasa cemas, sesak nafas dan peluh sejuk . Akan lega bila di letak pil nitroglycerine bawah lidah .
Jantung dan coronaries
Ada atau tidak tanda awal kita sedang mengalami proses coronary arteries sedang semakin sempit ?
Bagaimana ia boleh menjadi semakin sempit ?
Sebenarnya sudah lama diketahui bahawa artery semakin sempit disebabkan mendapan bahan dalam darah, sama seperti karang dalam paip lama. Bagaimana boleh jadi mendapan ini ? Kajian terkini dapati bahawa ia disebabkan radang dalam dinding dalam artery. Soalan seterusnya , kenapa terjadi radang ? Radang adalah reaksi badan secara semula jadi kepada patogen yang menyerang . Maka bakteria virus kulat atau toksin akan menyebabkan radang . Juga, bila makanan tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk dinding arteri dan disebaliknya mengandungi banyak bahan toksin , ini yang akan menyebabkan radang .
Makanan berproses banyak mengandungi lemak rosak , bahan pengawet dan pewarna serta perasa tiruan .Juga minyak masak yang salah ie mengandungi transfat dan juga mengandungi toxin .( Kimia kimia dan kimia )
Plastik dan segala pencemaran dalam air dan makanan kita termasuk bekas makanan ( styrofoams and plastics)
Sejak dari bayi lagi kita mungkin terdedah jika mengambil susu formula atau makanan bayi yang diproses.
Usus yang tidak sihat akan juga membawa radang kepada badan termasuklah radang dinding dalam coronary . Kesihatan usus main peranan amat penting dalam kesihatan seluruh badan dan ini boleh terjejas sejak kecil lagi dengan banyak perkara termasuk kelahiran secara caesarean, susu formula, antibiotik , bakteria virus dan kulat .
Dulu para penyelidik dapati plaque mengandungi banyak cholesterol maka difikirkan cholesterol adalah penyebab penyakit coronary. Namun selepas berpuluh tahun memberi pesakit ubat rendahkan cholesterol, nyata ini bukan puncanya malahan mengambil ubat jenis statin merosakkan lagi kesihatan dengan menyakitkan otot badan dan mengkucar kacirkan enzyme hati .
Sebenarnya cholesterol dan bahan lain yang ada dalam plaque mendap kedinding artery disebabkan radang . Kepekatan darah dan kandungan fibrin yang terlalu tinggi juga menyumbang kepada proses medapan dan penghasilan plaque .
Ada beberapa cara saringan mengkaji coronary dan antaranya adalah angiogram ( ada risiko ) .
Cara lain yang lebih selamat tapi bukan mainstream adalah Esteck ( cuma ada di Malaysia di Spectrum of Life ) Esteck perlu digabung dengan ujian darah ( lab tests ) dan pemeriksan serta pengambilan kes .
Boleh juga kita lihat dari live blood film , ie Darkfield microscopy, cara ini mudah dan boleh memberi gambaran yang tepat jika dikendalikan oleh pengamal yang mahir dalam ilmu ini ( saya sedang pelajarinya )
Iridology juga akan dapat kesan jika ada masaalah coronary .
Kita juga boleh membuat andaian ( educated estimation ) dari sejarah keluarga pesakit serta gaya hidup serta gejala seperti tekanan darah, keanjalan nadi ( boleh rasa) ,
Kaitan tekanan darah tinggu dengan penyakit coronary pula:
Tekanan darah akan naik bila ada radang dalam artery. Radang ini sama dengan radang dalam coronary dan radang ini bersifat kronik , amat perlahan . Ini antara sebab tekanan darah tinggu perlu dirawat tapi rawatan semata untuk kawal tekanan darah tidak akan hentikan penyakit coronary artery .
Apa cara rawatan dan apa cara mencegah ?
Serangan jantung adalah suatu penyakit yang semakin mengingkat dan punca mati mengejut , ada kalanya di usia yang muda .
Saya telah huraikan mekanisma penyakit dan punca penyakit termasuklah penyebab penyakit dalam posting yang sebelum ini sila rujuk jika belum baca lagi .
Dalam posting ini kita lihat semula cara untuk mengesan keberankalian dan cara untuk hindarkan jika risiko untuk mendapatnya ada.
Sedia maklum jika penyakit sudah nyata wujud, amat mudah untuk dikesan . Ujian seperti stress test ECG, akan menunjukkan ‘ischaemia’ jika ada . Ischemia – kurang darah/oxygen kejantung) .
Pesakit sendiri mungkin alami sakit dada bila berkuat ( exertion ).
Untuk mengetahui kedar tersumbat dan ranting coronary mana tersumbat , perlu dijalani angiogram . Ujian ini mahal dan berisiko .
Untuk kaji risiko dan mengetahui sama ada badan kita sedang menuju (belum lagi nyata ) sakit jantung perlukan penilaian cara alternatif .. Seperti yang saya sebut sebelum ini, antara caranya adalah :
1. Esteck , 2. :Life Blood Dark field 3. Iridology 4. Penilaian gaya hidup dan assesment dari permeriksaan fisikal dan sejarah keluarga

Projek Detox Ramadhan dan Spa Muslimah Masjid Tanah

spamuslimah
Semasa bulan puasa untuk beberapa tahun yang lepas , dengan perbincangan antara saya dan anak saya, kami telah merancang menu detox untuk bulan Ramadhan khusus untuk meraih manfaat paling optima dari puasa yang dikenali sekarang ini sebagai intermittent fasting .

Sejak minggu kedua puasa, selama seminggu saya telah mengambil diet detox dimana saya tidak mengambil:

1 gula
2.kaffein
3.Tepung putih /nasi putih
4.Daging ayam/lembu
5. garam tablesalt ( ini memang sudah lama saya tidak ambil sebab guna garam bukit, tapi makanan luar tetap ada ! )
6. Benda bergoreng ( deep fat frying ) , yang tumis sikit ok
7.susu lembu

Disebaliknya saya makan :

1.Buah kering, fresh
2.Seeds and nuts
3. Brown rice, tepung whole meal, bihun perang, kentang
4. Kacang dhall, black eye beans, tofu , telur ayam kampung
5.sayuran
6. Liver detox ( sebelum makan )
7. Al Manna, Udo’s Oil, Madu , Chlorella , Enzymes
8. Herb tea , Chamomile , Roiboos , Green tea
9. Fruit blends
10. santan

Cara masak: grill, slow cook, rebus, saute

Pada mulanya memang saya mendapat sakit perut, lenguh badan dan loose stools. Ini tidak berlaku semasa saya belum ambil diet begini. Selepas semiggu, yang paling ketara adalah penurunan berat badan sehingga 3 kilo . Minggu pertama puasa semasa makan makanan biasa, sedikit pun tak turun!

Memang saya lakukan senaman selama 30-60 minit, 2-3 kali seminggu dan saya kekalkan ini dalam bulan puasa .

Manfaat yang paling baik dari menjaga pemakanan begini adalah menyahkan toksin yang ganggu tugas dan fungsi sel badan . Semoga dengan badan yang lebih sihat akan permudahkan tugasan sebagai hamba Allah swt .

Bagi yang ingin mengikuti, perhatian bahawa selepas minggu pertama, makanan daging dimakan semula, cuma kalau boleh, dari daging organic .

Memang kita akan nak pada benda manis dan saya hilangkan kehendak pada benda manis dengan mengambil buah tin (figs) serta korma .

Makan biar sampai hampir kenyang, jangan hadkan porsi tapi janganlah makan sampai tak boleh bangun !

Makan pula tiga kali, berbuka, supper dan sahur . Untuk supper saya hanya makan paling ringan, sek sahaja dari nuts atau minuman berkhasiat . Saya ada guna organic multigrain powder.

Semoga perkongsian ini akan mejadi sumber inspirasi untuk pembaca supaya tingkatkan mutu kesihatan, bukan dengan ubatan instan atau makanan tiruan tetapi dengan pemakanan yang sihat dan asli bersih dari kimia.

Spa Muslimah dibawah Light of Healing Treatment and Training center telah ditubuhkan beberapa tahun yang lepas dan dikendalikan oleh Puan Maryam . Syarikat ini milik bersama saya dan anak saya .

Di Spa Muslimah kami memang berusaha untuk memberi perkhidmatan yang menolong individu mendapat kesihatan jasmani dan rohani .

Antara projek Spa Muslimah adalah bahan penjagaan kulit normal dan sakit. Produk home made yang dihasilkan bebas dari bahan kimia yang toksik .

Project seterusnya LOHTTC adalah taska yang akan meningkatkan akhlak, emosi dan jasmani anak -anak dibawah jagaan kami .

Use it or lose it : Kekuatan otot dan tulang !

Use it or lose it ! Ungkapan ini yang mempunyai banyak erti saya gunakan kali ini untuk ceritakan tentang tulang dan otot kita .

Bila otot lemah, tulang pun lemah dan rapuh. Bila otot kuat, tulang pun kuat .

Badan kita ada mekanisma biofeedback dan maklumbalas dari sel dan organ badan akan beritahu sama ada nak kuatkan atau abaikan sesuatu organ berdasarkan kegunaannya .

Inilah sebabnya ibu-ibu yang susukan anak akan dapati susunya kering bila dia malas nak pump susu semasa kerja ! Lama kelamaan susunya kering sebab badan rasakan anak sudah tak mahu susu !
Lagi di pump, lagi anak menyusu maka lagi banyak susu,mengikut prinsip supply akan meningkat bila demand meningkat !

Untuk tulang pula, bayangkan seorang yang sering duduk atas katil, bangun sekali sekala saja dan bandingkan dengan petani yang membanting tulang mengerjakan ladangnya . Agaknya otot dan tulang siapa yang kuat ?

Tulang rapuh dinamakan osteoporosis dan ini bererti tulang tak cukup zat galian . Ramai hanya tahu calcium tetapi sebenarnya matrix tulang mengandungi Calcium , Phosphorus Mangesium, Zinc dan Copper .

Zat-zat ini boleh masuk dan keluar dari tulang mengikut keadaan darah dan sel badan .

Ramai tidak faham pengaruh makanan ke atas zat galian tulang.

Antara punca osteoporosis adalah memakan makanan yang hasilkan acidic ash . Darah kita bersifat alkaline dan tidak boleh acidic tetapi bila banyak makanan hasilkan acidic ash , badan kita terpaksa tarik zat galian dari tulang untuk kekalkan ph Alkaline darah kita . Ini menyebabkan tulang kekurangan mineral .

Apa dia makanan yang hasilkan acidic ash ? Boleh ke kita makan makanan tersebut .

Jawapannya : Ya boleh tetapi perlu pada imbangan antara makanan yang hasilkan acid ash dengan makanan yang hasilkan alkaline ash .
Antara makanan yang banyak dimakan dan hasilkan acid ash adalah berikut
gula, tepung putih, pemanis tiruan , daging , makanan berproses seperti biscuit

Antara makanan yang hasilkan alkaline ash adalah yang berikut
Sayuran dan kebanyakkan buah . Seeds and nuts kecuali beberapa .Lemon dan lime ( mild acids that metabolise into alkaline ash )

Sedikit tentang susu yang selalunya di iklankan boleh menguatkan tulang :

Susu yang dirawat dengan proses pasteurization dan UHT hasilkan acid ash . Calcium dalam susu yang telah dirawat sukar di serap oleh badan.

Ada kajian yang menunjukkan orang yang banyak minum susu tidak dilindungi dari osteoporosis malahan lagi mudah dapat osteoporosis .

“Consumption of dairy products, particularly at age 20 years, was associated with an increased risk of hip fracture in old age. (“Case-Control Study of Risk Factors for Hip Fractures in the Elderly”. American Journal of Epidemiology. Vol. 139, No. 5, 1994).

Kesimpulan

Untuk tulang yang kuat : perlu pada badan yang aktif , banyak buat pergerakkan atau bersenam cara weight training

Makanan yang seimbang dari jenis acid ash dan alkaline ash , banyak makan sayur dan makanan asli , hadkan daging dan seboleh-bolehnya kurangkan gula dan makanan berproses .

Supplements minerals dari jenis amino acid chelates yang mudah diserapkan oleh badan, lebihkan magnesium dari calcium sebab lazimnya, kajian menunjukkan kurang magnesium lebih ketara dari kurang calcium dikalangan ramai orang . Ini disebabkan kegunaan baja kimia keatas tanaman yang mengurangkan magnserium dalam sayur .

Awas keyboard warriors seperti saya ini, otot tangan lebih kuat dari otot kaki jadi banyakkan weight training kepada kaki !

Saya senaraikan makanan dan supplements yang boleh menolong kekuatan tulang dan otot :
Ambil maklum senarai tak lengkap, Ini juga menjawab ibu ayah yang ingatkan susu wajib beri bagi anak lebih 2 tahun !

Sup tulang : slow cook ikan, ayam , tulang lembu , ikan bilis dengan tomato. Kalau tak nak slow cook , guna pressure cooker atau dapur biasa api kecil . Stok ini boleh jadi asas untuk berbagai masakan .
Sayur hijau sama ada masak atau sebagai jus. Kalau nak juskan , guna slow juicer atau blender, juicer biasa akan rosakkan khasiat sayurnya
Cuka Apple Cider atau Korma atau Delima, jadikan amalan sama ada sebagai salad dressing atau diminum : Saya campur begini Al Manna , Madu Kelulut dan Cuka Delima dan air : Minuman sedap dan menyegarkan
Jus lemon, dan jus limau nipis, limau kasturi
Ikan bakar ( Cencaru ) -banyak minyak omega 3
Minyak zaitun dan kelapa dara guna dalam masakkan
Dhall, Soya ( fermented or germinated ) , Bayam
Susu dari ladang : bukan susu supermarket, kena direct dari penternak :

Supplements:


Essential Fatty Acids Omega 6 , Virgin coconut oil, EV Olive oil, mesti cold pressed
Omega 3, Minyak ikan EPA ( Krill Oil bagus ) dan Flax seed oil
Udo’s oil blend ada Omega 3.6.9
Omega 9 badan boleh buat sendiri dari lemak .
Al Manna dan Tayebat : sumber asid amino dan zat galian yang mudah serap kedalam badan
Amino acid chelated Minerals : brand Kordel dan juga banyak lagi, cari perkataan amino acid chelates
Minyak ikan cod , brand yang kurang pencemaran : 7 seas

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

kliniktaqwa@gmail.com

facebook.com/muslimahspa2011

facebook.com/naturalprebiotic

 

Apa dia kalori kosong doktor ?

Image

Empty calories ! Cuba fikir , ada atau tidak makanan semula jadi yang tidak ada langsung hasiat vitamin zat galian, protein , lemak wajib dan serat, selain dari karbohidrat  semata?

Maka setiap makanan itu memberi apa yang badan perlukan .
Bila disebaliknya kita berikan makanan yang hanya ada karbohidrat dalam bentuk gula, maka ia akan mengambil ruang dalam perut dan mengisi keperluan karbohidrat tanpa memberi khasiat yang lain .

Akibatnya yang mengambilnya akan perlu makan lagi sebab selagi ada kekurangan, kita akan terus makan . Ini mekanisma semula jadi badan.

Memang kita akan nak benda manis sebagai naluri semula jadi, dan benda manis semula jadi memuaskan selera untuk makan manis.

Disebaliknya bila kita ambil makanan yang manis sebab gula, kita akan masih rasa mengidam nakkkan manis sebab makanan itu kurang khasiat lain !

Akibatnya kita aka gemuk sebab terlebih kalori.
Kalori kosong tidak mengenyangkan tapi mengemukkan .

Ketagihan pada gula kadang kala petanda badan kurang protein.
Cuba nilai makanan harian anda, cukup dan seimbang atau tidak kesemua kategori makanan yang diperlukan ?

 

Ada apa dengan gula ?

Sugar!
Ini mungkin soalan yang ditanya oleh pembaca yang membaca posting saya tentang memberikan anak gula .
Ada yang tanya, umur berapa boleh berikan soft drinks kepada anak .
Tekanan dunia perniagaan atas industri makanan telah kaburkan mata kita sehingga kita tidak dapat bezakan makanan dan kimia.
Kimia sudah jadi makanan !
Gula adalah bahan asli yang ada dalam banyak makanan semula jadi .
Buah banyak gula dan gula adaah dari tebu maka apa salahnya kita ambil gula ?
Gula adalah sucrose . Sucrose adalah gabungan dua simple sugar ia itu glucose dan fructose .
Kadang kala pesakit jadi keliru sebab ada kalanya doktor akan beritahu pesakit yang rasa lemah dan lesu serta berpeluh sejuk bahawa ia kurang gula dalam darah dan rawatannya adalah gula !

Betul, apabila kadar gula dalam darah terlalu rendah, memang rawatannya adalah gula . Ini hanya untuk kes cemas sahaja . Contohnya orang yang telah diberi terlebih ubat oral hypoglycaemics atau orang yang tak makan dan minum sehingga gula dalam darah terlalu rendah .

Begini sebenarnya :

Badan kita memang perlukan gula dan gula yang ada dalam darah ia lah glucose. Glucose dihasilkan dari makanan karbohidrat.

Cara pencernaan makanan kita akan hasilkan gula dalam darah.
Kita tidak perlu gula dalam bentuk sucrose ie gula pasir atau makanan yang ada gula . Kita perlu gula ini diambil dari makanan asli.

Bila kita dapat gula dalam bentuk sucrose dalam kuantiti yang banyak , gula ini akan segera memasukki darah kita dengan kuantiti yang banyak juga . Ini menyebabkan ‘sugar rush’ dalam darah . Bila ini berlaku , kita akan rasa segar dan aktif serta ia mencetuskan pengeluaran insulin sebab mengikut seimbangan gula dalam darah , ia tidak boleh terlebih .

Maka insulin akan keluar dan dengan cepat turunkan gula yang berlebih itu . Dengan ini sebab tadi gula terlalu banyak memasukki sistem darah kita, kadar gula akan turun pula mendadak juga .

Apa jadi kepada gula yang sudah diturunkan oleh insulin tadi ..ia jadi LEMAK!!!

Kira badan terperanjat dan cepat cepat turunkan kadar gula lah tu bila kita ambil makanan bergula ( banyak)

Maka, individu itu akan rasa letih balik dan pergi minum air manis lagi atau ketagih manisan .

Lama kelamaan ini menimbulkan stress dalam badan kita dan mulalah masaalah timbul dalam hormon cortisol kita membawa pada masaalah sistem immune .

Insulin yang dikeluarkan oleh ‘ islets of Langerhans’ di ‘pancreas ‘kita pun akan mula letih dan kadar insulin mungkin akan berkurangan, jadilah Diabetes Mellitus .

Ketagih gula petanda bahawa sistem kita ada masaalah .
Jawapannya bukan untuk ambil minuman manis !

Karbohidrat yang baik adalah karbohidrat asli yang banyak serat, ada vitamin dan zat galian .

Badan kita akan ambil masa hazamkan dan akan ambil masa menghantar gula kedalam darah !

Sebenarnya banyak lagi cerita gula ini ..sambung lagi lain kali