Kunyit

Kunyit (Turmeric) dan Curcuma: Perbezaan Tetrahydrocurcumin dan CurcuGreen, Dos Terbaik, Penyerapan, Dos Selamat serta Kontraindikasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah maklumat terkini dan tepat berasaskan kajian saintifik mengenai kunyit (Curcuma longa) serta dua bentuk kurkumin yang popular:

1. Perbezaan Tetrahydrocurcumin (THC) dan CurcuGreen

  • Tetrahydrocurcumin (THC)
    Merupakan metabolit kurkumin yang telah ditukar dalam badan. Berwarna putih (bukan kuning), lebih stabil, mempunyai kuasa antioksidan yang lebih tinggi dan penyerapan lebih baik berbanding kurkumin biasa. THC sering digunakan dalam produk penjagaan kulit kerana sifatnya yang tidak mewarna serta khasiat mencerahkan kulit dan mengurangkan keradangan.
  • CurcuGreen® (juga dikenali sebagai BCM-95)
    Ekstrak kunyit standard yang mengandungi 86% kurkuminoid + 7–9% minyak pati kunyit asli (ar-turmerone). Formulasi ini meningkatkan bioavailabiliti sehingga 7 kali ganda berbanding kurkumin biasa tanpa sebarang bahan tambahan seperti piperin. Sesuai untuk kesihatan sendi, otak dan anti-radang secara menyeluruh.

Ringkasnya: THC lebih unggul untuk kulit dan antioksidan, manakala CurcuGreen lebih sesuai untuk manfaat keseluruhan kunyit.

2. Dos Terbaik dan Dos Selamat

  • Dos berkesan yang disokong kajian: 500–2,000 mg sehari ekstrak kunyit standard (mengandungi 95% kurkuminoid) atau setara.
  • Untuk osteoarthritis dan keradangan kronik: 500–1,500 mg sehari, dibahagikan kepada 2–3 dos.
  • Had selamat jangka panjang: ≤1,000 mg sehari bagi kebanyakan orang dewasa.
  • WHO menetapkan Acceptable Daily Intake (ADI): 0–3 mg/kg berat badan sehari.

3. Cara Meningkatkan Penyerapan (Bioavailabiliti)

  • Ambil bersama lemak sihat (minyak zaitun, avokado, santan).
  • Tambah sedikit lada hitam (piperin) → meningkatkan penyerapan sehingga 2,000%.
  • Pilih formulasi terbukti seperti CurcuGreen, Meriva, Longvida atau liposomal.

4. Kontraindikasi dan Amaran

  • Wanita hamil/menyusu: elakkan dos suplemen tinggi (guna sebagai rempah masakan sahaja).
  • Pesakit batu karang hempedu atau saluran hempedu tersumbat.
  • Mereka yang mengambil ubat penipisan darah (warfarin, clopidogrel, aspirin) → risiko pendarahan meningkat.
  • Ubat antidiabetes → risiko hipoglisemia.
  • Ubat-ubatan yang dimetabolismekan oleh CYP3A4/CYP2C9 (contoh: amlodipine, statin, tacrolimus).
  • Sejarah masalah hati → beberapa kes kerosakan hati dilaporkan dengan formulasi bioavailabiliti tinggi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
#Kunyit #Curcumin #KesihatanSemulajadi #TurmericMalaysia

Kunyit Serbuk + Lada Hitam + Minyak Kelapa

Sangat berkesan dan hampir setara dengan suplemen CurcuGreen/Meriva untuk kegunaan harian.

Mengapa kombinasi ini bagus?

Bahan Fungsi penyerapan Peningkatan (anggaran) Serbuk kunyit Mengandungi ~2–6% kurkumin Asas Lada hitam Piperin → menghalang enzim hati & usus yang musnahkan kurkumin +1,000% hingga +2,000% Minyak kelapa Kurkumin larut lemak (fat-soluble) +300% hingga +700% (jika tiada lemak langsung) Dimasak / dipanaskan Memecahkan dinding sel kunyit & meningkatkan kelarutan +100–200% tambahan

Kesimpulan saintifik:
Apabila ketiga-tiga digabungkan dan dimasak sebentar (contoh: tumis kunyit + lada hitam dalam minyak kelapa), bioavailabiliti boleh meningkat 10–20 kali ganda berbanding serbuk kunyit dimakan mentah atau dengan air kosong.

Kajian (2011 & 2017) menunjukkan kombinasi kurkumin + piperin + lemak menghasilkan tahap kurkumin dalam darah hampir sama dengan suplemen BCM-95 atau Longvida pada dos yang setara.

Cadangan dos harian yang praktikal (guna rempah biasa)

Bahan Kuantiti sehari Cara mudah Serbuk kunyit 1–2 sudu teh (≈ 3–6 gram) Serbuk lada hitam 1/10 – 1/5 sudu teh (atau 5–20 biji hancur) Cukup 1 cubit sahaja Minyak kelapa / santan 1–2 sudu makan Tumis atau masukkan dalam kari, dalca, dll.

Contoh resipi paling berkesan & sedap:

  • Teh kunyit emas (Golden milk): 1 sudu teh kunyit + 1 cubit lada hitam + 1 cawan susu santan/lemak penuh, panaskan 5–10 minit.
  • Kari / masakan harian: Tumis 1–2 sudu teh kunyit + sedikit lada hitam dalam minyak kelapa sebelum masuk bahan lain.

Kesimpulan

Ya — kunyit serbuk + lada hitam + dimasak dengan minyak kelapa adalah salah satu cara paling murah dan paling berkesan untuk dapatkan manfaat kurkumin setanding suplemen mahal.
Ramai orang Malaysia sudah buat begini secara tradisi tanpa tahu betapa

Halangan berada dalam diri kita

Nak sembuh tapi ada halangan ?

Saya ada post tentang orang yang nak sembuh tetapi bila jumpa jalan penyembuhan dan sudah mula sembuh, dia berhenti dari melalukan yang boleh sembuhkan dan balik kepada keadaan
sebelumnya.
Ada yang tidak dapat faham apa yang saya utarakan.

Begini lah
Che Timah sudah sakit selama sepuluh tahun. Bila dia menulis di social media penulisan dia tentang dirinya dan penyakitnya. Dia banyak followers yang beri semangat dan ikut perjalanan penyakitnya. Antara perkara yang gembirakan dia adalah banyak likes di facebook, Kehidupan dia pun banyak tertumpu pada penyakitnya, rutin hariannya contohnya. Dia sakit sendi terutama sendi lututnya maka setiap pagi rutinnya, suaminya kena tolong dia bangun tidur, pimpin dia ke bilik air. Bila suami outstation, anaknya pula akan datang tolongnya. Ada pula rutin ambil suplimen dan makan ubat , dan jangan lupa pula penulisan di facebooknya.

Pada satu Ketika dalam pada dia mencari jalan penyembuhan dia jumpa sebuah alat katakanlah ada pengamal dual channel frequency specific microcurrent ( ada banyak lagi saja tak nak sebut hehe ) dan selepas satu sesi , pada pagi esoknya lututnya tak sakit semasa bangun dan dia boleh bangun sendiri ! Selama seminggu dia tak sakit selepas itu mula sakit balik, Masa dia tak sakit rutin paginya tergendala, dia pun tak tahu apa nak tulis di social media dan suami nya tertumpu perkara lain sebab dia tak perlu pertolongan untuk bangun.
Dia telah booking beberapa sesi dan sudah bayar pun untuk sesi seterusnya. Beliau gagal hadir. Kehidupannya kembali seperti biasa dengan rutin sakitnya.

Sebenarnya beliau sudah selesa dengan penyakitkan dan beliau sudah rasa bahagia dengan perhatian dari folowernya dan ahli keluarganya.

Identiti dirinya telah berkait dengan label penyakitnya dan jika dia sembuh dia perlukan identity baru, tumpuan baru dan cara baru untuk isi ruang kosong yang di tinggalkan sebab rutin penyakitnya sudah tiada. Sudah tentu beliau tidak faham kelakuan dia begitu yang sebenarnya sejenis self sabotage.
Banyak lagi contoh yang saya boleh berikan dan saya rasa sedikit sebanyak saya sendiri pun ada sejenis self sabotage yang saya sedang usahakan untuk betulkan.

Antara cara untuk deal dengan perkara begini adalah perancangan untuk berubah.

Tanya diri anda

  1. Apa yang penyakit saya menghalang saya buat ? Apa aktiviti yang saya ingin lakukan yang terhalang dengan penyakit ini
  2. Untuk yang followers ramai : Bersedia untuk hilang followers lama dan dapat followers baru dalam perubahan topik di media sosial
  3. Cari cara positif untuk bermuamalah dengan ahli keluarga yang sebelum ini layan kerana sakit .

Sebagai perawat yang membantu orang sembuh dari penyakit kronik, saya sediakan cara untuk tangani krisis identity dan perubahan emosi dengan coaching, Emotional Freedom technique , Biofield tuning dan banyak lagi.

Perubahan personality sering berlaku bila pesakit mula sembuh, contohnya seorang yang lembut dan mengalah menjadi garang dan assertif sebelum dia belajar untuk menjadi lembut tapi tegas . Ini pun fasa dalam perubahan kepada yang positif.

Contoh lagi:

Dari keadaan tak ada perasan menjadi depression yang mendalam di ikuti menjadi terlalu hyper dan happy sebelum dia menjadi orang biasa, sederhana sedih dan sederhana happy dan tenang. Tak ada high peaks and low valleys. Dia punya emtional range berkisar around normal.

Susu kambing bahagian 3.

SUSU KAMBING bahagian tiga

Saya jemput pengeluar susu kambing untuk berikan penjelasan tentang susu mereka diruang komen posting ini.

Bukan niat untuk jatuhkan atau naikkan jualan mana-mana pihak . Saya tidak ada jual sebarang susu kambing pun.

Niat saya adalah untuk berikan panduan untuk pengguna faham apa yang dibelinya

Fokus saya adalah makanan yang sihat, selamat tanpa mudarat .
Memang kalau ikut saya, anda akan faham saya lebih suka makanan asli paling sedikit bahan tambahan dan paling sedikit prosessing pada makanan .

Saya galakkan supplement real foods dan bukan supplement dari sintetik atau kimia .

Kenapa begini ? Sebab dunia kita semakin banyak kimia dalam persekitaran dan dalam makanan.

Macam mana sekali kita jaga pun badan kita kena tangani kimia dari racun rumpai, racun serangga, pengawet perasa dan pewarna dan lain-lain yang ditambahkan ke makanan kita .

Bila kapasiti badan kita untuk nyahkan dari badan kita bahan buangan yang semakin banyak, bebanan ini akan jejaskan sistem detoks badan dan penyakit akan terhasil.

PM tentang susu kambing bukan formula diberi pada bayi se awal empat bulan.

Ahli Jomsihat pm saya:

assalamualaikum Dr..maaf menggangu..trm ksh approve sy adalah new member..setelah saya join grup ni baru saya tahu tidak boleh bagi susu kambing kpd bayi seumur 1thn ke bawah…utk pengetahuan Doc saya ada bagi susu kambing **** (berkrimer dan bukan susu formula) utk anak saya seawal umur 4 bln..skrg bayi saya sudah cukup umur setahun..saya sangat bimbang dan risau apakah kesan buruk kepada bayi saya terhadap pengambilan susu tersebut.. bayi saya boleh dikatakan setiap bulan akan demam. tapi saya sehingga skrg masih lagi beri susu badan..TQVM DOC

Respons saya:

Mujur Puan beri susu badan dan susu ini cuma tambahan. Sekiranya puan berikan hanya susu ini semata, nutrisi anak akan terjejas dan perkembangan bayi pun akan terjejas.

Jelas susu kambing yang bukan formula tidak boleh diberikan terutama pada bayi baru lahir hingga enam bulan dan lebih baik elak bawah dari setahun. Memang sepatutnya ditulis di bungkusan TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BAYI BAWAH ENAM BULAN.

Nota tentang susu formula

Dalam perbincangan tentang susu kambing, ada yang tanyakan susu kambing untuk anak 4 bulan.
Anak 4 bulan hanya boleh minum susu ibu atau susu formula.

Jika ada agen susu kambing yang bukan formula syurkan susu kambingnya untuk anak bawah enam bulan ini satu kesalahan!

Apa dia susu formula.

Susu formula adalah apa yang di katakan sebagai functional food ia itu sebuah rumusan khas untuk sesuatu tujuan . Tujuan susu formula adalah untuk memberikan nutrisi yang lengkap terutama untuk bayi dari baru lahir hingga umur setahun. Lebih dari setahun saya tidak anggap sebagai formula, ia lebih kepada industri susu nak pastikan susu mereka akan terus diminum oleh yang melebihi setahun.

Ada dua jenis formula 1. Formula susu lembu yang di modifikasi ( modified cow’s milk ) dimana susunya cuma dibetulkan kadar nutrisi supaya tidak bahaya pada bayi dan ditambah dengan vitamin dan zat galian yang penting . 2. Humanised milk di mana susu lembu atau kambing di rumuskan untuk mirip sedekat mungkin susu ibu . Maka banyak kajian dijalankan untuk masukkan kedalam susu humanised semua bahan yang ada pada susu ibu. Ini termasuklah pre dan probiotik ( tidak semua susu formula ada pre dan probiotik )

Ada masaalah tak susu formula ?

Masaalah mungkin timbul dari bahan yang digunakan untuk rumuskan susu formula
1.Gula dari sumber jagung GMO

  1. Minyak sayur di hydrogenasi dan mengandungi lemak rosak ( transfat) untuk bab ini, penemuan terkini telah menyedari bahaya transfat dan usaha sedang dijalankan oleh banyak syarikat susu untuk pastikan susu mereka tidak ada transfat . Malangnya ada juga minyak yang digunakan terdiri dari minyak sayur seperti minyak soya dan minyak jangung serta minyak canola dimana minyak-minyak ini jalani proses kimia untuk jadikan minyak . Pernahkan makan jagung berminyak? Tentu tidak kecuali dimasukkan minyak. Ini adalah sebab untuk keluarkan minyak dari jagung ia perlukan proses kimia .
  2. Banyak lagi bahan yang masuk dalam susu formula, anti caking agent, ada mengandungi aluminium, pengemulsi maltodextrin
    dan vitamin serta zat galian sintetik . Belum ada usaha dari industri susu formula untuk betulkan keadaan ini atau, terlalu mahal untuk mereka guna bahan yang lebih bermutu ?

Ini perbandingan susu kambing pure dengan susu kambing campuran jenama popular .

Saya sendiri terkejut dengan tiga nutrisi penting

Protein susu kambing pure 26 gram per 100 gram serbuk
Protein susu kambing campur 2.8 gram per 100 gram serbuk

Karbohidrat susu kambing pure 35 gram per 100 gram
Karbohidrat susu kambing campur 70 gram per 100 gram

Lemak susu kambing pure 32 gram per 100 gram
Lemak susu kambing campur 22 gram per 100 gram

Senarai vitamin dan zat galian lebih lengkap pada susu kambing pure .

Dari sini pun sudah cukup untuk kita faham betapa jauh kurang nutrisi pada susu kambing campur . Karbohidrat yang lebih dalam susu kambing campuran datang dari gula yang di tambah sama ada dia sebut atau tidak . Madu pun gula dan kita tidak tahu mutu madu yang digunakan. Susu kambing pure ada gula hanya dalam bentuk laktosa susu kambing .

Jika diberikan kepada anak kurang dari setahun di mana anak masih banyak bergantung pada susu akan memudaratkan .

NB Walaupun ada pengedar yang syurkan susu kambing sama ada campuran atau pure pada anak atas enam bulan, sebaiknya JANGAN beri susu kambing sebelum umur setahun. Selepas setahun hanya beri susu kambing pure .

Susu Kambing 2

SUSU KAMBING BAHAGIAN KEDUA.

Ada beberapa jenis susu kambing dalam pasaran.

  1. Freeze dried organic pure goats milk dan susu kambing segar. Yang segar pastikan sudah di didihkan 15 saat.
  2. Freeze dried organic ditambah probiotik dan lemak wajib
    3.Susu kambing dengan maltodextrin dan pengemulsi seperti soya lecithin.
  3. Susu kambing dengan krimer
  4. Susu kambing dengan minyak sayur? Sama dengan krimer? Sebab minyak sayur yang ditepukan sama dengan krimer.
  5. Susu kambing dengan gula dengan berbagai nama dan ada yang sembunyi sebagai ekstrak buah dan madu. Madu dari mana? Apa mutunya?
  6. Susu kambing berperisa coklat atau lain-lain sama ada perisa asli atau tiruan
  7. Susu kambing ditambah prebiotik
    9.Kombinasi bahan 4-9
  8. Susu formula kambing untuk anak bawah umur setahun.

Untuk nak tahu susu mana ada apa bahan, boleh pergi ke posting sebelum ini,

Ulasan tentang sesetengah bahan yang disebut di atas saya akan lakukan pada posting lain.

Kesemua susu di atas kecuali no 10 TIDAK boleh diberikan pada anak bawah setahun.

Susu yang lebih manis dari susu asli tak kira disebabkan gula atau ekstrak buah atau madu lebih elok jangan diberikan kepada anak lebih setahun yang masih banyak menyusu. Jika diberikan, ini akan kekalkan tabiat suka manis dan kalori lebih dari gula walaupun gula buah akan kurangkan selera makan pada makanan pepejal. Ia boleh diberikan kepada anak yang sudah tidak kuat menyusu sekali sehari jika nak juga beri.

Susu kambing yang ditambah krimer pula: Banyak mana krimer? Krimer dari lemak sayur atau palm olein? Jika dari lemak sayur selain palm olein, akan ada transfat maka tidak sesuai untuk konsumsi.
Di US ada tindakan sekarang untuk ban produk yang ada transfat sebab kajian telah menunjukkan ia bahaya pada kesihatan.

Susu yang diletak perasa tiruan, contohnya vanilin. Vanilin atau perasa vanilla adalah perasa sintetik yang dibuat antara lain dari guaiacol ia itu bahan petrochemical. Ia boleh menyebabkan alahan dan dalam kuantiti banyak boleh ganggu hati sebab ia adalah kimia. Banyak jenis kuih, biskut, kek, ice cream, minuman serbuk guna vanilin. Susu kambing pun ada diletak vanilin. Vanilla asli adalah jauh lebih mahal dari perasa sintetik ini.

Jangan tanya nama susu mana ada bahan apa. Saya membuat tanggapan pembaca sudah matang dan sebagai penguna tahu memilih produk yang baik untuk diri dan keluarga. Belajar baca label dan belajar untuk berhubung dengan penjual/pengeluar untuk mengetahui lebih tentang produk. Bila pembeli tidak peka tentang produk, pengeluar bebas membuat bermacam dakwaan tentang produk mereka.

Berkenaan dengan susu kambing formula ie untuk anak bawah setahun. Susu kambing penuh krim dengan bancuhan yang tepat ada terlalu banyak zat galian untuk anak bawah setahun. Jika dicairkan pula akan tidak cukup lemak dan karbohidrat. Maka, formula adalah rumusan khas untuk anak supaya kandungan nutrisi sedekat mungkin kepada keperluan anak . Malangnya sekian lama, bahan yang ditambah pada formula adalah gula yang rendah mutunya, minyak sayur dari beberapa sumber kebanyakkan dari minyak ini perlukan proses kimia untuk ekstrak minyak dan minyak soya, minyak jagung serta minyak Canola adalah GMO. Susu ibu jugalah yang terbaik.

Susu Kambing 2

SUSU KAMBING BAHAGIAN KEDUA.

Ada beberapa jenis susu kambing dalam pasaran.

  1. Freeze dried organic pure goats milk dan susu kambing segar. Yang segar pastikan sudah di didihkan 15 saat.
  2. Freeze dried organic ditambah probiotik dan lemak wajib
    3.Susu kambing dengan maltodextrin dan pengemulsi seperti soya lecithin.
  3. Susu kambing dengan krimer
  4. Susu kambing dengan minyak sayur? Sama dengan krimer? Sebab minyak sayur yang ditepukan sama dengan krimer.
  5. Susu kambing dengan gula dengan berbagai nama dan ada yang sembunyi sebagai ekstrak buah dan madu. Madu dari mana? Apa mutunya?
  6. Susu kambing berperisa coklat atau lain-lain sama ada perisa asli atau tiruan
  7. Susu kambing ditambah prebiotik
    9.Kombinasi bahan 4-9
  8. Susu formula kambing untuk anak bawah umur setahun.

Untuk nak tahu susu mana ada apa bahan, boleh pergi ke posting sebelum ini,

Ulasan tentang sesetengah bahan yang disebut di atas saya akan lakukan pada posting lain.

Kesemua susu di atas kecuali no 10 TIDAK boleh diberikan pada anak bawah setahun.

Susu yang lebih manis dari susu asli tak kira disebabkan gula atau ekstrak buah atau madu lebih elok jangan diberikan kepada anak lebih setahun yang masih banyak menyusu. Jika diberikan, ini akan kekalkan tabiat suka manis dan kalori lebih dari gula walaupun gula buah akan kurangkan selera makan pada makanan pepejal. Ia boleh diberikan kepada anak yang sudah tidak kuat menyusu sekali sehari jika nak juga beri.

Susu kambing yang ditambah krimer pula: Banyak mana krimer? Krimer dari lemak sayur atau palm olein? Jika dari lemak sayur selain palm olein, akan ada transfat maka tidak sesuai untuk konsumsi.
Di US ada tindakan sekarang untuk ban produk yang ada transfat sebab kajian telah menunjukkan ia bahaya pada kesihatan.

Susu yang diletak perasa tiruan, contohnya vanilin. Vanilin atau perasa vanilla adalah perasa sintetik yang dibuat antara lain dari guaiacol ia itu bahan petrochemical. Ia boleh menyebabkan alahan dan dalam kuantiti banyak boleh ganggu hati sebab ia adalah kimia. Banyak jenis kuih, biskut, kek, ice cream, minuman serbuk guna vanilin. Susu kambing pun ada diletak vanilin. Vanilla asli adalah jauh lebih mahal dari perasa sintetik ini.

Jangan tanya nama susu mana ada bahan apa. Saya membuat tanggapan pembaca sudah matang dan sebagai penguna tahu memilih produk yang baik untuk diri dan keluarga. Belajar baca label dan belajar untuk berhubung dengan penjual/pengeluar untuk mengetahui lebih tentang produk. Bila pembeli tidak peka tentang produk, pengeluar bebas membuat bermacam dakwaan tentang produk mereka.

Berkenaan dengan susu kambing formula ie untuk anak bawah setahun. Susu kambing penuh krim dengan bancuhan yang tepat ada terlalu banyak zat galian untuk anak bawah setahun. Jika dicairkan pula akan tidak cukup lemak dan karbohidrat. Maka, formula adalah rumusan khas untuk anak supaya kandungan nutrisi sedekat mungkin kepada keperluan anak . Malangnya sekian lama, bahan yang ditambah pada formula adalah gula yang rendah mutunya, minyak sayur dari beberapa sumber kebanyakkan dari minyak ini perlukan proses kimia untuk ekstrak minyak dan minyak soya, minyak jagung serta minyak Canola adalah GMO. Susu ibu jugalah yang terbaik.

Susu Kambing

SUSU KAMBING Bahagian satu

Sudah banyak kali saya menulis tentang susu tetapi dari perbincangan dan soalan yang saya masih terima di grup JomSihat, nyata masih ramai yang belum lulus lagi ilmu susu kambing ini.

Ramai juga yang memilih susu kambing sebab ia makanan sunnah kan ?

Ada pula doktor yang katakan susu kambing jangan sekali-kali beri kepada anak sebab kurang berkhasiat dan akan dapat anemia . Betul ke ?

Ada yang berikan susu kambing sebab anak alah pada susu lembu . Boleh ke begitu ?

Jom kita kaji dan faham betul-betul tentang susu kambing ya .

Ada lima sebab untuk pilih susu kambing

  1. Lebih mirip susu manusia
  2. Sudah semula jadi homeogenis
  3. Laktosa kurang dari susu lembu maka jarang ada laktose intolerance
    4.. Lebih senang hadam
  4. . Kurang Alpha Casein dan lebih Beta Casein maka kurang bahan yang menyebabkan alergik. Susu kambing adalah susu A2.

Ada kajian yang menunjukkan lima perkara ini

  1. Susu kambing tingkatkan kadar zat besi dalam tikus yang anemic
  2. Susu kambing lebih tinggi medium chain TG dan ini menyebabkan zat besi lagi mudah diserap
  3. Susu kambing lebih tinggi vitamin A dan Vitamin C dan kedua ini membantu penyerapan zat begi
  4. Susu kambing tambahkan penyerapan Calcium serta Phosphorus dan ini mengurangkan kemungkinan Calcium ganggu penyerapan zat besi .

Kajian menunjukkan pengambilan susu kambing boleh hindarkan osteoporosis

Bahagian kedua : Susu kambing dalam pasaran di Malaysia .
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2015406448502001&id=289180777791252

rujukkan

http://www.journalofdairyscience.org/article/S0022-0302(11)00262-1/fulltext

Ada apa dengan susu 1

ADA APA DENGAN SUSU ? Bahagian satu

Soalan ini saya ditanya berkali-kali. Bukankah susu minuman yang terbaik? Rasul saw pun banyak minum susu kan? So kenapa saya ni asyik suruh pesakit saya hentikan susu atau kurangkan susu? Kenapa pula saya suruh baca label sebelum beli susu? Apa beza susu segar, susu UHT dan susu tepung?

Beza susu lrmbi dan susu manusia

Apa pula yang dinamakan susu formula dan apa pula minuman ‘liquid food” yang di olah supaya lengkap khasiatnya dan boleh mengandungi susu ?

Bila nak dijawab semua soalan ini akan ada banyak bahagianlah posting ini jadi kita mulakan dengan SUSU LEMBU sahajalah sebagai permulaan.

Susu lembu zaman Nabi SAW dengan susu lembu zaman kita berbeza. Sebenarnya zaman Nabi SAW di Mekah/Madinah ada susu unta dan susu kambing. Ada juga lembu di zaman itu, tetapi ditempat lain.

Umumnya susu kambing lagi mudah hazam dari susu lembu tetapi susu lembu zaman sekarang lagi susah hazam dari susu lembu zaman nabi .

Kenapa ya ?

Casein adalah bahagian protein dalam susu. Ada dua jenis – Whey dan Casein. Whey yang mudah dihazam dan casein yang lebih susah dihazam.

Bahagian Casein ada banyak jenis, dan bahagian Beta Casein yang datang dari lembu A1 selalu dikenalpasti sebagai penyebab kepada masalah penghazaman. Ini adalah kerana lembu yang keluarkan Beta Casein jenis A1 memerlukan lebih banyak enzim untuk hazam dan bagi individu yang ada masaalah enzim, akan timbullah masaalah pengazaman.

Ada lembu yang keluarkan susu A1 sahaja, ada yang keluarkan susu A2 sahaja dan ada lembu yang keluarkan kedua-dua A1 dan A2. Umumnya boleh dikatakan lembu hitam putih (Holstein) adalah lembu A1 dan lembu kampung dan lembu Guernsey adalah A2. Manakala lembu Jersey dan Ayrshire mengeluarkan kedua-dua jenis beta Casein dengan sama banyak.

Lembu kita dari kampung yang warna coklat itu adalah breed lama dan breed baru A1 sebenarnya breed mutasi. Zaman Rasul saw, lembu adalah lembuh yang ada Beta Casein A 2.

Susu ibu ada perbezaan dalam jenis asid amino dalam chain walaupun nampak macam sama dengan susu A1. Perbezaan asid amino ini menyebabkan susu ibu mudah hazam.

Beta Casein lebih banyak dalam produk tenusu seperti keju dan jauh lagi banyak dalam keju rendah lemak . Jika kita atau anak-anak sakit perut bila makan keju, mungkin ini bererti kita atau anak tidak cukup enzim untuk hazamkan Beta Casein yang terkandung dalam keju itu dan mungkin Beta Casein itu jenis A1.

Kebanyakkan lembu dari ladang yang keluarkan susu adalah jenis Holstein dan susu mengandungi Beta Casein A1 .

Susu kambing umumnya ada Beta Casein A2. Lembu Kampung warna coklat tu ada Beta Casein A2 .

Walaupun susu yang ada Beta Casein A1 lebih susah hazam dari susu yang ada Beta Casein A2, ini tidak timbulkan masaalah jika pengambilan susu tidak banyak dan individu tidak ada masaalah kekurangan enzim atau penyakit usus yang menyebabkan daya hazamnya kurang.

bacaan tambahan

​Celoteh Ramadhan Bahagian 10 Waktu berbuka 

Dah 3 hari berbuka!

drsuriyakhatun's avatarDr. Suriyakhatun

Sedikit panduan makanan untuk berbuka

1. Elak makanan tiruan dan berposes seperti yang saya sudah sebut sebelum ini, saya ulang lagi, pengawet, perasa tiruan, pewarna . Termasuk dalam kategori ini semua makanan tiruan seperti sosej , burger, mee segera dan air cordial serta makanan dalam tin . Elak juga benda dalam plastik dan styrofoam sebab kandungan kimia dan BPA dalam plastik .

2. Elak makanan berempah dan terlalu pedas , perut kosong sepanjang hari , akan sakit bila makan terlalu berempah

3. Awas kimia dalam makanan dan cuba sebaiknya memilih yang kurang tercemar : contoh: ikan yang kurang kimia adalah ikan dipermukaan laut , ayam kampung, lembu kampung , sayur organic atau tanam sendiri , ulam ulaman

4. Elak makan lebih , adalah baik berbuka dengan benda manis, korma adalah ideal . Tak ada korma, ambil buah kering yag lain. Baik juga rehat dulu dan solat sebelum makan berat …

View original post 60 more words

Celoteh Ramadhan 7 – Sahur!

Makan apa untuk sahur? Jangan makan mee segera ya?

drsuriyakhatun's avatarDr. Suriyakhatun

sahur
Apa nak makan untuk sahur ? Kita sudah tahu bahawa puasa kita adalah intemittent fasting dan ada manfaat fisikal ia itu detox badan dari toksin yang terperangkap dalam lemak dan detox juga dari bahan buangan ( waste materla) yang terperangkap dalam sel .
Kita juga tahu toksin tersebut adalah dari makanan kita , kita dalam bentuk pengawet perasa tiruan dan pewarna. Toksin juga dari kimia dalam racun serangga dan baja kimia dalam makanan kita serta pencemaran air yang akan mencemarkan makanan laut yang dimakan .
Ini bererti untuk sahur kita perlu makan makanan yang bebas dari kimia jika kita mahukan manfaat detox puasa . Jika kita makan makanan berkimia seperti mee segera dan minuman yang ada pewarna dan perasa tiruan , bererti kita akan masukkan kimia lagi kedalam badan .
Makanan untuk sahur juga perlu ada lemak yang baik supaya boleh memberi tenaga sehingga petang . Ia juga perlu ada…

View original post 168 more words

​Celoteh Ramadhan 6 Memaksimakan manfaat puasa

Mulai petang ini saya akan buat senaman ringan sebelum berbuka insyaallah.
Walk the talk!

drsuriyakhatun's avatarDr. Suriyakhatun

Antara perkara yang menyokong kita semasa puasa adalah kita puasa serentak dengan seluruh umat Islam keliling kita atau sekurang-kurangnya bagi orang yang tinggal dinegara bukan Islam kita tahu ada umat Islam sedang puasa sama.

Antara perkara yang menghalang kita untuk mendapat manfaat puasa sepenuhnya juga adalah budaya sekeliling puasa dimana pada bulan puasalah semakin ramai menumpukan perhatian kepada makanan dan ahli keluarga kita meminta masakkan istimewa untuk berbuka sedangkan kita sedang fikirkan untuk tahun ini kita nakkan puasa yang memaksimakan manfaat dari segi fisikal , mental, emosi dan spiritual.

Posting ini saya fokuskan aspek detox dan memaksimakan fat loss ( serta toxin removal ) dengan mengekalkan kekuatan otot.

Semasa berpuasa, mandi awal pagi dan pastikan kita mandi dengan membuat scrubbing sekali serta urut otot otot kita untuk mengoptimakan pengaliran darah dan buang daki ( kulit mati ) kita. Ini adalah supaya kulit kita, sebuah organ detox badan kita akan berada…

View original post 267 more words