​Celoteh Ramadan 9 – Gejala awal puasa 

Saya ingatkan bahawa kulit adalah organ detox dan kulit perlu di gosok buang daki . Selain dari itu awas sabun mandi yang ada kimia ! Saya guna sabun buku glycerine yang ada bahan asli . Yang liquid soap banyak jugalah kimianya dan kulit orang puasa lebih senang serap kimia. Ini termasuk shampoo dan ubat gigi.

Saya tak guna ubat gigi yang ada flouride sebab ini sebenarnya racun pada badan kita . BIla saya tak sempat nak beli yang tanpa flouride, saya guna garam bukit saja sebagai ubat gigi .

Kita juga jarang fikirkan kimia yang sedia ada dalam air paip . Bagi yang mampu eloklah pasang filter luar rumah untuk tingakkan mutu air dalam rumah .

Semasa puasa ada beberapa gejala yang berlaku sebab badan membuang toksin antaranya :

1. Mulut berbau busuk

2. Kencing berbau busuk

3. Berak cair /lendir

4. Sakit kepala

5. Lenguh badan

6. Lidah berselaput putih

Ini berlaku awal puasa dan lagi banyak lemak seseorang lagi banyaklah gejala sakit -sakit detox ini. Semakin lama, semakin kurang gejala detox ini dan kita akan tahu bila kebanyakkan toksin sudah keluar bila lidah sudah tidak berselaput putih dan kita sudah kurang letih dan lenguh serta hilang sakit kepala .

Bagi orang yang tidak dapat puasa kerana ada pedih perut bila perut kosong , selalunya dia kena makan ubat tahan asid seperti cimitidine , famotidine dan lain lain ubat histamine H2-receptor antagonist . Ini langkah emergency sebab yang lebih baik adalah rawat secara rawatan ‘ bio-logical’ ie rawatan untuk pulihkan sebab . Antaranya homeopathy, acupuncture & herbs, bioresonance therapy dan lain-lain sepertinya. Memang memakan masa sekurangnya 3 bulan untuk betulkan jadi untuk puasa 2014 ini agak lambat sikit untuk jalani .

Bagi pengidap kencing manis dan darah tinggi dose ubat perlu di ubah dan masa pengambilan perlu di ubah. Bincang dengan doktor peribadi anda . Selalunya saya akan syurkan untuk kurangkan dos ubat hypoglycaemic pada waktu sahur sebab siang hari boleh jadi ‘hypo’ disebabkan tindakkan ubat . Tandanya adalah rasa lemah, gelap mata peluh sejuk dan rawatannya adalah air gula . Ini satu -satunya indikasi air gula dan tidak bererti gula perlu di ambil dalam makanan harian !

Bagi pesakit lelah, inhaler masih boleh digunakan semasa lelah ( ada beberapa pendapat dan ada yang kata batal namun saya lebih cenderung pada ia tidak batalkan puasa.)

Begitu juga suntikkan bila perlu.

Bagi orang puasa, memang akan alami tekanan darah yang rendah dari biasa , dan inilah sebabnya ubat darah tinggi perlu dikurangkan . Ini juga bererti jika orang puasa berdiri lama boleh gelap mata .

Elak berjalan dimatahari terik dan elak bersenam di awal pagi puasa, cuma bersenam pada waktu petang sebelum berbuka.

​Celoteh Ramadhan 6 Memaksimakan manfaat puasa

Antara perkara yang menyokong kita semasa puasa adalah kita puasa serentak dengan seluruh umat Islam keliling kita atau sekurang-kurangnya bagi orang yang tinggal dinegara bukan Islam kita tahu ada umat Islam sedang puasa sama.

Antara perkara yang menghalang kita untuk mendapat manfaat puasa sepenuhnya juga adalah budaya sekeliling puasa dimana pada bulan puasalah semakin ramai menumpukan perhatian kepada makanan dan ahli keluarga kita meminta masakkan istimewa untuk berbuka sedangkan kita sedang fikirkan untuk tahun ini kita nakkan puasa yang memaksimakan manfaat dari segi fisikal , mental, emosi dan spiritual.

Posting ini saya fokuskan aspek detox dan memaksimakan fat loss ( serta toxin removal ) dengan mengekalkan kekuatan otot.

Semasa berpuasa, mandi awal pagi dan pastikan kita mandi dengan membuat scrubbing sekali serta urut otot otot kita untuk mengoptimakan pengaliran darah dan buang daki ( kulit mati ) kita. Ini adalah supaya kulit kita, sebuah organ detox badan kita akan berada dalam keadaan paling optima untuk menerima bahan detox . Bila ada daki tebal, maka kulit kita tak dapat keluarkan bahan buangan melalui sel kulit yang mati .

Jangan banyak tidur kecuali sekejap sebelum zohor dan tumpukan perhatian kepada kerja dan juga ibadah wajib dan sunnah. Elak dari bersembang kosong tapi elok juga bersembang mengeratkan sialurrahim dan elok juga memberi ilmu yang manfaat atau sampaikan berita yang mengandungi teladan.

Puasa dari berita sensasi dari facebook serta gambar gambat terlarang dan juga umpatan. Jangan buat dan jangan dengar !

Di sebelah petang, selain dari menyediakan juadah berbuka dengan teliti, buatlah senaman ringan, terutama yang berbentuk weight training .

Boleh beli dumbell kecil dan buat lunges sambil berjalan ke depan , ke belakang dan ke sisi. Waktu senaman hanya 20 minit tapi nak buat lebih pun boleh. Elok jangan bersenam pada waktu pagi sebab kita tidak boleh minum dan mungkin berlaku dehydration tapi pada waktu petang, kita akan berbuka sejurus kemudian dan mengeluarkan peluh akan juga mengeluarkan toksin melalui peluh . Bila kita riadhah begini disamping puasa kita, muscle mass atau kepadatan otot akan kekal atau terbina lagi, air intracelullar tidak akan kurang dan lemak akan kurang.

Ini berdasarkan maklumbalas yang dibuat oleh Spa Muslimah atas beberapa pelanggannya yang melakukan senaman semasa puasa dengan mengamalkan makanan yang mengoptimakan kesan detox puasa.

Disebaliknya , bagi yang tidak bersenam, water loss adalah ketara disamping fat loss dan kekurangan muscle mass. Ini bererti tubuh badan menjadi lemah dan selepas Raya , terus naik balik seperti sebelum puasa!

Apa pula kalau sudah memang kurus ? Masih elok bersenam supaya tidak kehilangan muscle mass !

Hubungi saya di 0105439157 untuk temujanji.

Untuk bertanya dan diskusi selanjutnya sila join Jomsihat Dr.Suriyakhatun facebook group.

Menangani Stress dari sudut pandangan kerohanian:

Saya melihat gelagat pesakit yang berada didepan saya. Dia bercakap tanpa berhenti . Matanya terkelip kelip, tangannya mengigil dan suaranya cemas. Saya membenarkannya bercakap sehingga dia terdiam.Setelah pesakit saya Zubir terdiam barulah saya dengan perlahan dan dengan jelas memberi keterangan.

“Zubir, saya tahu awak ingin sembuh , awak tak mahu sakit dan awak tak mahu prestasi kerja yang makin menurun , awak juga tidak mahu berjaga malam sebab mata tak mahu lelap.Saya minta anda berjumpa saya pada waktu petang untuk kita dapat merancangkan sesuatu rawatan untuk menyembuhkan penyakit anda. Penyakit anda saya tidak dapat merawatnya dengan beberapa biji pil . Saya perlu penglibatan anda dan juga kerjasama anda untuk merawat penyakti anda ini.”

Zubir adalah salah seorang dari pesakit saya yang mengidap penyakit disebabkan wataknya yang terlalu sensitif kepada alam sekililing . Zubir juga mudah cemas dan juga mudah gelabah. Dengan perasaan harga diri yang rendah , Zubir tidak bekerja sebaik yang dia boleh . Malahan Zubir yang pernah suatu ketika seorang murid yang cemerlang merasakan dia gagal untuk mencapai sebaik yang dia boleh capai dari segi akademik semata-mata sebab wataknya yang mudah gelabah dan cepat risau dan tidak mempunyai daya tahan untuk menghadapi tekananan hidup yang kita kira adalah asam garam kehidupan semua manusia.

Zubur sekarang tidak seperti Zubir yang saya temui buat pertama kali lebih setahun dahulu. Dia sekarang sudah naik pangkat, mendapat kepercayaan majikan , seorang pekerja yang tekun dan berkeyakinan diri memilikki jiwa yang tenang lagi ceria.

Apakah yang telah membawa perubahan yang begitu ketara?

Dalam sessi-sessi rawatan dengan Zubir , saya membenarkannya luahkan segala yang merisaukannya dan setelah puas Zubur luahkan , saya bincang dengannya satu persatu sikap sikap yang mendatangkan masaalah baginya dan mencadangkan perubahan sikap dengan cara latihan , doa dan zikr.

Antara sikap Zubir yang mendatangkan stress adalah berikut:

1.Risaukan perkara yang belum berlaku. Jika dia mulakan kerja, dia takut kerja tak boleh siap mengikut jadual. Kalau dia buat satu kerja, dia fikirkan tentang kerja lain yang belum di mulakan.

2. Sering memikirkan perkara-perkara yang berlaku pada masa silam, sering sakit hati terhadap individu-individu yang pada fikirannya telah melakukan yang tak baik terhadapnya.Setiap kali dia teringat, dia akan rasa sedih , dan sakit hati .

3.Zubir sering tidak memberi tumpuan kepada tugas yang dilakukan sebab dihantui perasaan tidak mampu membuat kerja secara menyeluruh .

4. Bila berhadapan dengan manusia lain , seribu satu perasaan menghantui jiwanya dari perasaan tidak yakin, kepada takut, kepada risau dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana pada pandangannnya setiap manusia ada niat jahat terhadapnya dan dia harus berwaspada.
Setelah mengetahui keadaan jiwa Zubir maka inilah penawar yang telah diberikan kepada Zubir sebagai preskripsi nya .

1. Doa nabi Muhammad SAW yang berbunyi; Allahuma inni a’uzubika minal hammi wal hazan meminta Allah SWT melindungi kita dari risau tentang perkara yang akan datang dan juga menyesalkan perkara yang sudah berlalu. Kita perlu menghadirkan hati kepada tugas yang sedang dijalankan supaya tumpuan kita terhadapa apa yang sedang kita lakukan. Sebelum kita mulakan tugasan kita juga perlu merancang supaya kita tahu bila masa kita akan lakukan kerja seterusnya. Mudah-mudahan perancangan yang realistik dan rapi akan menghindarkan kita dari risaukan perkara yang belum kita lakukan. Amalkan doa ini setiap hari pada waktu pagi dan petang dan setiap kali kita dapati hati kita sedang memikirkan perkara yang akan datang atau pemikiran kita sedang melayang kepada perkara yang lepas yang kita kesali.

2. Kita perlu faham bahawa Allah swt akan meringankan dan mempermudahkan segala yang kita lakukan jika kita berserah kepada Allah SWT.Perasaan rendah harga diri timbul bila kita rasakan diri kita ini seorang manusia kerdil yang bertanggung jawab sendiri atas apa yang nak dilakukan. Disebaliknya jika kita faham bahawa segala sesuatu adalah di tangan Allah SWT maka pergantungan kepada Allah SWT meringankan kesemua tugas dan tanggung jawab kita. Nabi Musa Alaihisalam semasa beliau hendak berdepan dengan Firaun telah berdoa ” Rabishruhli Sadri, Wayasirli Amri” Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusankanku. Mungkin kita tidak mempunyai tugas yang begitu sukar tetapi apa kata doa ini juga menjadi doa kita dan kita yakin pertolongan Allah akan menolong kita selesaikan tugas yang hendak kita lakukan maka tidak ada tugas yang terlalu berat, serta tidak perlu pada kurang keyakinan sebab yang meringankan , mencemerlangkan adalah pertolongan dari Allah SWT. Allhamduillah adalah ucapan kita setiap kali kita mampu menjalankan tugas dengan baik dan jika tidak maka lihatlah dimana yang kita kurang berserah kepada Allah SWT dan yakinilah bahawa tekad kita untuk terus membaikki prestasi akan berhasil kelak menjadikan kita manusia yang lebih cemerlang.

3.Memanglah manusia sekeliling kita kadangkala kasar, kadangkala ada sifat dengki dan khianat namun demikian , jika kita baik sangka dengan manusia , dan setiap kali kita pandang sesiapa , kita tumpukan perhatian kita kepada kebaikkan yang ada padannya, insya allah inilah yang akan terserlah dan bukan sifat negatif yang ada pada nya. Untuk menimbulkan baik sangka antara manusia , sentiasalah doakan rakan pehabat kita, majikan kita, pelanggan kita dan lebih lagi ahli keluarga kita. Hati-hati bila setiap kali kita kenangkan seorang yang kita ingat adalah sifat jelek yang ada padanya. Ini akan menimbulkan rasa jelek dan tidak enak pada diri kita dan akan menimbulkan sikat aggresif kita bila kita bermuamalah dengan nya. Disebaliknya jika kita bayangkan individu itu dengan keadaan yang paling baik yang mungkin dan sering mengucapkan sejahtera keatasnya dan sering doakan supaya dia menjadi manusia yang positif, kita akan berlembut terhadapnya dan apa-apa ketidaktenteraman yang kita rasa bila berhadapan dan bermuamalah dengannya akan hilang.

Begitlah beberapa preskripsi yang telah diberikan kepada Zubir yang mampu mengubahkan Zubir dari seorang perisau yang kurang keyakinan diri serta berprestasi rendah dalam kerjayanya kepada seorang yang cemerlang dan tenang .

Sebagai rumusan perubahan sikap adalah :

* Dari seorang yang fikirkan dirinya berkuasa atas diri sendiri kepada manusia yang sentiasa bergantung kepada Allah.
* Dari seorang manusia yang sering memikirkan perkara negatif yang mungkin berlaku atau perkara negatif yang sudah berlalu kepada seorang manusia yang hadir hatinya kepada tugasan atau perkara yang ada didepan mata.
* Dari seorang yang sering berburuk sangka terhadapa manusia kepada seorang yang berbaik sangka terhadap manusia

Disclaimer: Nama dan butir pesakit tidak merujuk kepada mana-mana pesakit saya.
Watak pesakit ini adalah gabungan pesakit yang saya pernah jumpa dan kesembuhan yang disebut disini pernah dihasilkan dengan cara yang saya sebut tetapi ia tidak merujuk kepada mana-mana pesakit sekarang . Tujuan penulisan adalah untuk memberi fahaman tentang penyakit emosi yang disebut disini.

Rumusan tentang vaksin

Saya ditanya soalan tentang vaksin berkali-kali dan berulang-ulang walaupun saya sudah menulis tentangnya .

1. Vaksin telah terbukti mencegah dari menularnya penyakit berjangkit yang berkenaan vaksin yang diberi tetapi ia tidak cegah penyakit yang selain dari vaksin berkenaan. Contohnya vaksin untuk polio cegah polio. Jika ada variasi virus polio ia tidak cegah.

2. Vaksin tidak memberi perlindungan terhadap penyakit yang disarkan 100%, jadi akan ada kes yang dapat penyakit dimana vaksin sudah diberi : contohnya rotavirus selepas vaksin rota virus dan pneumococcal pneumonia selepas vaksin pneumococcal . Walaubagaimanpun ini tidak kerap berlaku.

3. Vaksin tidak memberi kesan buruk dalam majoriti kes tetapi pada anak yang ada penyakit genetik dimana ibu-bapa atau saudara ibu-baba ada penyakit genetik seperti eczema, asthma, resdung, sakit mental dan lain-lain ia boleh memberi kesan buruk .

4. Vaksin mengandungi virus atau toksin dalam kadar yang sedikit atau telah dibunuh dan sepatutnya tidak mudarat tetapi masih ada yang akan terjejas: Keadaan terjejas selepas vaksin dinamakan AEFI atau adverse events following immunization dan direkord oleh KKM . Online records ada dari CDC USA, ( center for diseases control)

5. Vaccine hanya melindungi dan mencegah penyakit yang tertentu seperti diptheria tetanus polio campak,mumps, rubella hepatitis B dan HIB. Ini yang disenaraikan dengan KKM. Disamping itu ada juga untuk meningitis, influenza, rota virus dan pneumococcal pneumonia. Sebenarnya ada lagi banyak vaksin yang tidak diperkenalkan di Malaysia. Vaksin tidak tingkatkan tahap kesihatan immun. Ia mencegah hanya penyakit yang divaksinkan sahaja.

5. KKM mengamalkan polisi “for the good of the majority ” dan percaya kesan sampingan vaksin pada segelintir wajar untuk manfaat perlindungan yang lebih besar .

Projek Detox Ramadhan dan Spa Muslimah Masjid Tanah

spamuslimah
Semasa bulan puasa untuk beberapa tahun yang lepas , dengan perbincangan antara saya dan anak saya, kami telah merancang menu detox untuk bulan Ramadhan khusus untuk meraih manfaat paling optima dari puasa yang dikenali sekarang ini sebagai intermittent fasting .

Sejak minggu kedua puasa, selama seminggu saya telah mengambil diet detox dimana saya tidak mengambil:

1 gula
2.kaffein
3.Tepung putih /nasi putih
4.Daging ayam/lembu
5. garam tablesalt ( ini memang sudah lama saya tidak ambil sebab guna garam bukit, tapi makanan luar tetap ada ! )
6. Benda bergoreng ( deep fat frying ) , yang tumis sikit ok
7.susu lembu

Disebaliknya saya makan :

1.Buah kering, fresh
2.Seeds and nuts
3. Brown rice, tepung whole meal, bihun perang, kentang
4. Kacang dhall, black eye beans, tofu , telur ayam kampung
5.sayuran
6. Liver detox ( sebelum makan )
7. Al Manna, Udo’s Oil, Madu , Chlorella , Enzymes
8. Herb tea , Chamomile , Roiboos , Green tea
9. Fruit blends
10. santan

Cara masak: grill, slow cook, rebus, saute

Pada mulanya memang saya mendapat sakit perut, lenguh badan dan loose stools. Ini tidak berlaku semasa saya belum ambil diet begini. Selepas semiggu, yang paling ketara adalah penurunan berat badan sehingga 3 kilo . Minggu pertama puasa semasa makan makanan biasa, sedikit pun tak turun!

Memang saya lakukan senaman selama 30-60 minit, 2-3 kali seminggu dan saya kekalkan ini dalam bulan puasa .

Manfaat yang paling baik dari menjaga pemakanan begini adalah menyahkan toksin yang ganggu tugas dan fungsi sel badan . Semoga dengan badan yang lebih sihat akan permudahkan tugasan sebagai hamba Allah swt .

Bagi yang ingin mengikuti, perhatian bahawa selepas minggu pertama, makanan daging dimakan semula, cuma kalau boleh, dari daging organic .

Memang kita akan nak pada benda manis dan saya hilangkan kehendak pada benda manis dengan mengambil buah tin (figs) serta korma .

Makan biar sampai hampir kenyang, jangan hadkan porsi tapi janganlah makan sampai tak boleh bangun !

Makan pula tiga kali, berbuka, supper dan sahur . Untuk supper saya hanya makan paling ringan, sek sahaja dari nuts atau minuman berkhasiat . Saya ada guna organic multigrain powder.

Semoga perkongsian ini akan mejadi sumber inspirasi untuk pembaca supaya tingkatkan mutu kesihatan, bukan dengan ubatan instan atau makanan tiruan tetapi dengan pemakanan yang sihat dan asli bersih dari kimia.

Spa Muslimah dibawah Light of Healing Treatment and Training center telah ditubuhkan beberapa tahun yang lepas dan dikendalikan oleh Puan Maryam . Syarikat ini milik bersama saya dan anak saya .

Di Spa Muslimah kami memang berusaha untuk memberi perkhidmatan yang menolong individu mendapat kesihatan jasmani dan rohani .

Antara projek Spa Muslimah adalah bahan penjagaan kulit normal dan sakit. Produk home made yang dihasilkan bebas dari bahan kimia yang toksik .

Project seterusnya LOHTTC adalah taska yang akan meningkatkan akhlak, emosi dan jasmani anak -anak dibawah jagaan kami .

Use it or lose it : Kekuatan otot dan tulang !

Use it or lose it ! Ungkapan ini yang mempunyai banyak erti saya gunakan kali ini untuk ceritakan tentang tulang dan otot kita .

Bila otot lemah, tulang pun lemah dan rapuh. Bila otot kuat, tulang pun kuat .

Badan kita ada mekanisma biofeedback dan maklumbalas dari sel dan organ badan akan beritahu sama ada nak kuatkan atau abaikan sesuatu organ berdasarkan kegunaannya .

Inilah sebabnya ibu-ibu yang susukan anak akan dapati susunya kering bila dia malas nak pump susu semasa kerja ! Lama kelamaan susunya kering sebab badan rasakan anak sudah tak mahu susu !
Lagi di pump, lagi anak menyusu maka lagi banyak susu,mengikut prinsip supply akan meningkat bila demand meningkat !

Untuk tulang pula, bayangkan seorang yang sering duduk atas katil, bangun sekali sekala saja dan bandingkan dengan petani yang membanting tulang mengerjakan ladangnya . Agaknya otot dan tulang siapa yang kuat ?

Tulang rapuh dinamakan osteoporosis dan ini bererti tulang tak cukup zat galian . Ramai hanya tahu calcium tetapi sebenarnya matrix tulang mengandungi Calcium , Phosphorus Mangesium, Zinc dan Copper .

Zat-zat ini boleh masuk dan keluar dari tulang mengikut keadaan darah dan sel badan .

Ramai tidak faham pengaruh makanan ke atas zat galian tulang.

Antara punca osteoporosis adalah memakan makanan yang hasilkan acidic ash . Darah kita bersifat alkaline dan tidak boleh acidic tetapi bila banyak makanan hasilkan acidic ash , badan kita terpaksa tarik zat galian dari tulang untuk kekalkan ph Alkaline darah kita . Ini menyebabkan tulang kekurangan mineral .

Apa dia makanan yang hasilkan acidic ash ? Boleh ke kita makan makanan tersebut .

Jawapannya : Ya boleh tetapi perlu pada imbangan antara makanan yang hasilkan acid ash dengan makanan yang hasilkan alkaline ash .
Antara makanan yang banyak dimakan dan hasilkan acid ash adalah berikut
gula, tepung putih, pemanis tiruan , daging , makanan berproses seperti biscuit

Antara makanan yang hasilkan alkaline ash adalah yang berikut
Sayuran dan kebanyakkan buah . Seeds and nuts kecuali beberapa .Lemon dan lime ( mild acids that metabolise into alkaline ash )

Sedikit tentang susu yang selalunya di iklankan boleh menguatkan tulang :

Susu yang dirawat dengan proses pasteurization dan UHT hasilkan acid ash . Calcium dalam susu yang telah dirawat sukar di serap oleh badan.

Ada kajian yang menunjukkan orang yang banyak minum susu tidak dilindungi dari osteoporosis malahan lagi mudah dapat osteoporosis .

“Consumption of dairy products, particularly at age 20 years, was associated with an increased risk of hip fracture in old age. (“Case-Control Study of Risk Factors for Hip Fractures in the Elderly”. American Journal of Epidemiology. Vol. 139, No. 5, 1994).

Kesimpulan

Untuk tulang yang kuat : perlu pada badan yang aktif , banyak buat pergerakkan atau bersenam cara weight training

Makanan yang seimbang dari jenis acid ash dan alkaline ash , banyak makan sayur dan makanan asli , hadkan daging dan seboleh-bolehnya kurangkan gula dan makanan berproses .

Supplements minerals dari jenis amino acid chelates yang mudah diserapkan oleh badan, lebihkan magnesium dari calcium sebab lazimnya, kajian menunjukkan kurang magnesium lebih ketara dari kurang calcium dikalangan ramai orang . Ini disebabkan kegunaan baja kimia keatas tanaman yang mengurangkan magnserium dalam sayur .

Awas keyboard warriors seperti saya ini, otot tangan lebih kuat dari otot kaki jadi banyakkan weight training kepada kaki !

Saya senaraikan makanan dan supplements yang boleh menolong kekuatan tulang dan otot :
Ambil maklum senarai tak lengkap, Ini juga menjawab ibu ayah yang ingatkan susu wajib beri bagi anak lebih 2 tahun !

Sup tulang : slow cook ikan, ayam , tulang lembu , ikan bilis dengan tomato. Kalau tak nak slow cook , guna pressure cooker atau dapur biasa api kecil . Stok ini boleh jadi asas untuk berbagai masakan .
Sayur hijau sama ada masak atau sebagai jus. Kalau nak juskan , guna slow juicer atau blender, juicer biasa akan rosakkan khasiat sayurnya
Cuka Apple Cider atau Korma atau Delima, jadikan amalan sama ada sebagai salad dressing atau diminum : Saya campur begini Al Manna , Madu Kelulut dan Cuka Delima dan air : Minuman sedap dan menyegarkan
Jus lemon, dan jus limau nipis, limau kasturi
Ikan bakar ( Cencaru ) -banyak minyak omega 3
Minyak zaitun dan kelapa dara guna dalam masakkan
Dhall, Soya ( fermented or germinated ) , Bayam
Susu dari ladang : bukan susu supermarket, kena direct dari penternak :

Supplements:


Essential Fatty Acids Omega 6 , Virgin coconut oil, EV Olive oil, mesti cold pressed
Omega 3, Minyak ikan EPA ( Krill Oil bagus ) dan Flax seed oil
Udo’s oil blend ada Omega 3.6.9
Omega 9 badan boleh buat sendiri dari lemak .
Al Manna dan Tayebat : sumber asid amino dan zat galian yang mudah serap kedalam badan
Amino acid chelated Minerals : brand Kordel dan juga banyak lagi, cari perkataan amino acid chelates
Minyak ikan cod , brand yang kurang pencemaran : 7 seas

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

kliniktaqwa@gmail.com

facebook.com/muslimahspa2011

facebook.com/naturalprebiotic

 

Apa dia kalori kosong doktor ?

Image

Empty calories ! Cuba fikir , ada atau tidak makanan semula jadi yang tidak ada langsung hasiat vitamin zat galian, protein , lemak wajib dan serat, selain dari karbohidrat  semata?

Maka setiap makanan itu memberi apa yang badan perlukan .
Bila disebaliknya kita berikan makanan yang hanya ada karbohidrat dalam bentuk gula, maka ia akan mengambil ruang dalam perut dan mengisi keperluan karbohidrat tanpa memberi khasiat yang lain .

Akibatnya yang mengambilnya akan perlu makan lagi sebab selagi ada kekurangan, kita akan terus makan . Ini mekanisma semula jadi badan.

Memang kita akan nak benda manis sebagai naluri semula jadi, dan benda manis semula jadi memuaskan selera untuk makan manis.

Disebaliknya bila kita ambil makanan yang manis sebab gula, kita akan masih rasa mengidam nakkkan manis sebab makanan itu kurang khasiat lain !

Akibatnya kita aka gemuk sebab terlebih kalori.
Kalori kosong tidak mengenyangkan tapi mengemukkan .

Ketagihan pada gula kadang kala petanda badan kurang protein.
Cuba nilai makanan harian anda, cukup dan seimbang atau tidak kesemua kategori makanan yang diperlukan ?

 

Penyembuhan Jiwa

Dalam menerokai dunia penyembuhan saya telah selami banyak aspek kesihatan dan temui bahawa yang paling utama dalam mencapai kesihatan adalah kesejahteraan jiwa kita .

Bila kita dengar tentang orang yang mengalami bencana seperti perang atau keganasan dan bencana alam , saya sering teringat tentang sebahagian manusia yang terperangkap dalam dunia sengsara yang tidak ada kena mengena dengan faktor luaran.

Ia itu adalah kesedihan, kemurungan, kerisauan dan penderitaan yang timbul dari jiwa kacau diri sendiri .

Sedar atau tidak, kita yang mendidik dan membesarkan anak mempunyai saham dalam membentuk perasaan dan kesejahteraan anak anak kita dan satu hari kelak mereka akan menjadi dewasa yang aman damai penuh kasih sayang dan berupaya memimpin masyarakan kearah keadilan dan kesejahteraan ataupun mereka akan jadi manusia yang penuh dendam kesumat , kutukan dan kritis serta takut untuk bercakap benar dan bersikap sini dan negatif serta mudah melemparkan kata-kata kesat dan menguhukum .

Cuba niliai diri ini sekarang . Apakan suasan pembesaran diri ini ?
Adalah kita membesark dengan ibubapa atau penjaga yang menyebabkan trauma pada diri kita atau adakah kita dibesarkan penuh kasih sayang? Apa impaknya atas diri kita ? Adakah kita mampu disembuh dari trauma masa lampau kita

Sembuhkanlah jiwa diri kita dan berusahalah untuk meyembuhkan diri dan orang sekeliling yang meminta penyembuhan demi untuk masa depan kita dan generasi akan datang menuju kemanusaan yang sejahtera . Demi kebahagiaan dunia dan lebih penting lagi akhirat .

Jika kita tahu dari mana datang manusia yang jelek serta penuh sifat buruk kita akan kasihan mereka dan doakan mereka supaya dapat penyembuhan .

Ya Allah yang tuhanku ampunkanlah mereka dan ampunkanlah aku bila mereka atau aku bersikat bukan manusiawi yang bersih lagi bercahaya dengan Nur mu!