Susu Kambing?

ADA APA DENGAN SUSU bahagian kelima.

Hari ini saya nak sebut tentang susu kambing.

Yang belum baca empat bahagian yang saya tulis elok baca bahagian satu semula dimana saya sebut tentang Beta Casein A 1 dan A 2 .

Susu kambing mengandungi Beta Casein A 2 dan ini bererti ia lebih mudah hazam dari susu lembu Beta Casein A 1.

Namun dipasaran ada banyak jenis susu kambing

  1. Susu kambing segar frozen raw ( belum dimasak )
  2. Susu kambing segar pasteurised ( di panaskan tetapi sekejap)
  3. Susu kambing tepung organik dan tidak campur apa-apa dan lalui proses freeze drying.
  4. Susu kambing tepung yang dicampurkan dengan krimer dan banyak lagi bahan seperti madu, korma, delima, gam arab dan seribu satu lagi tambahan .
  5. Susu kambing formula yang merupakan functional food dan mengandungi minyak sayur, corn syrup solids dan maltodextrin etc.

Susu kambing yang bukan formula hanya boleh diberikan kepada anak atas dari umur setahun.

Pilihan terbaik adalah susu kambing segar, jika raw kena didihkan selama 15 saat untuk keselamatan walaupun bila masak ada sedikit kurang khasiatnya.

Pilihan kedua adalah susu tepung organik yang freeze dried. Harganya jauh lebih mahal dari susu kambing campuran dan bau dia lebih hamis serta lebih susah larut tetapi ini pilihan saya selain yang segar. Jika saya nakkan senang larut senang sahaja, saya boleh campurkan dengan gam arab sedikit, yeast powder sedikit dan goncang sebelum tambah air .

Susu yang ada krimer ibarat kita tambah margarine pada susu. Krimer dari lemak sayur dan adalah ibarat margarine dan ada kemungkinan mengandungi trans fatty acids yang mudarat pada kesihatan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak .
Awas kebanyakkan susu kambing dipasaran mengandungi krimer.

Kenapa saya tidak pilih susu kambing yang bsnyak campuran itu? Saya tidak tahu mutu bahan yang dicampur. Jika dicampur madu, madu apa yang dicampur? Dicampur korma? Saya lebih suka ambil korma dsn campur sendiri. Lagipun kebanyakan yang dicampur itu mengandungi krimer.

Susu sejat, susu pekat manis susu formula

Susu sejat.

ADA APA DENGAN SUSU bahagian empat

Susu sejat atau evaporated milk tidak ada tambahan gula namun kebanyakkan yang ada sudah dibuang lemak susu dan digantikan dengan lemak sayur, di Malaysia lemak yang digunakan adalah lemak kelapa sawit. Khasiat susu sejat kurang dari susu segar tetapi masih wujud kesemua khasiat yang ada. Susu sejat ‘ full cream ‘ dimana lemak susu tidak dibuang adalah lebih baik.

Susu pekat manis masih ada khasiat susu dengan tahap minima tetapi kandungan gula amat tinggi. Susu ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Lebih pada penyedap rasa dari mendatangkan zat susu. Susu ini juga kebanyakkannya sudah dibuang lemak susu dan digantikan dengan lemak sayur.

Ramai yang bertanya susu formula secara individu ia itu susu formula mana yang terbaik . Bab ini saya tidak dapat huraikan dan meminta pembaca baca label dan cuba nilai sendiri. Umumnya semua susu formula mengandungi bahan yang diambil dari banyak sumber dengan tujuan melengkapkan susu supaya khasiatnya optima untuk bayi . Bahan yang boleh memudaratkan bila dikaji dengan research terkini adalah : lemak sayur yang boleh mengandungi transfat atau lenmak sayur dari sumber minyak GMO, gula yang disebut corn syrup solids atau maltodextrin dan lain-lain. Gula yang ada dalam susu formula ini tidak ada dalam susu ibu dan susu segar. Gula dalam susu ibu dan susu segar adalah laktosa. Laktosa susu ibu lebih mudah hazam dari laktosa susu lembu dan gula yang ada dalam susu formula mudah hazam dan boleh juga timbulkan masaalah bagi anak yang ada masaalah candida atau masaalah tidak seimbang mikrobiota ususnya .

Susu formula umumnya bukan susu ‘hidup’ seperti susu ibu. Susu ibu sudah ada kandungan prebiotik dan probiotik nya sendiri dan sekarang ini sudah ada susu formula yang dimasukkan prebiotik seperti inulin dan probiotik seperti lactobaccilus acdiophilus namun masih jauh beza mutu susu ibu .
Kita sudah lihat bahawa khasiat susu lembu banyak bergantung kepada cara lembu dibela dan juga apa yang lembu itu makan serta kadar pencemaran udara dan air. Dalam dunia yang semakain tinggi kadar pencemaran dan dengan proses ternakkan yang pentingkan keuntungan, undang-undang dan etika ternakkan perlu ketat dan membantu untuk pengeluaran susu yang paling tinggi khasiatnya serta paling kurang kadar pencemaran.

Susu yang ada probiotik

Selain dari ini , semakin ramai anak-anak alah pada protein susu lembu dan bagi anak-anak ini , susu lembu tidak boleh diambil dalam bentuk asal atau dalam formula biasa . Ada proses yang menghaluskan lagi protein susu lembu dan formula khas ini dilebelkan hypoallergenic atau HA .

Ada yang bertanya kenapa susu segar hanya boleh diambil atas pada umur setahun dan jawapannya adalah susu segar tanpa diubah terlalu berbeza dengan susu ibu dan bayi bawah setahun tidak dapat khasiat yang diperlukan dari susu segar dan susu segar mengandungi terlalu banyak mineral untuk bayi bawah setahun dan ini bebankan ginjalnya . Begitu juga susu kambing yang bukan formula atau dirumuskan khas untuk bayi, ia tidak sesuai diminum bawah dari umur setahun tanpa di olah .

Ada apa dengan susu bahagian 3

Belum selesai cerita susu lembu lagi

Ada banyak jenis susu lembu dijual dipasaran.

Yang paling kurang di olah atau di proses adalah susu segar yang telah di pasterize. Susu ini pendek shelf life dan wajib disimpan dibahagian chiller sebab ia akan jadi masam bila tidak disejukkan.

Ini sahajalah yang dinamakan susu segar .

Susu dalam bentuk cair tetapi ada shelf life lama adalah susu UHT dan susu ini sudah dipanaskan pada susu yang tinggu dan khasiatnya telah berkurangan serta susu ini lebih susah hazam.

Susu segar tanpa ditambah apa-apa sepatutnya jadi pilihan .

Susu yang telah dimasukkan perasa dan gula memanglah lebih sedap tetapi gula bukanlah bahan yang kita patut ambil tanpa sedar sebab ada kadar gula untuk kesihatan dan gula sepatutnya dihadkan. Susu sebenarnya sudah ada gula laktosa dia ia ada manis yang semula jadi dan tidak perlu ditambahkan sukros pula.

Susu tepung adalah susu lembu yang telah dikeringkan melalui proses spray drying . Proses ini mengekalkan kebanyakkan nutrisi dari susu itu .

Susu tepung kebanyakkannya ditambah bahan-bahan ini gula dalam apa-apa bentuk contohnya corn syrup solids, bahan pengemulsi untuk senang bancuh, vitamin atau zat galian tambahan selalunya dari sumber sintetik , perasa tambahan untuk susu yang ada ‘flavour’ lemak tambahan dari sumber lain seperti lemak sayur dan banyak lagi bahan lain. Yang penting baca apa yang ditulis di tin yang nak dibeli .

Susu tepung formula untuk bayi adalah susu khas yang dinamakan functional food. Functional food banyak dikaji oleh syarikat susu dan research sentiasa dijalankan untuk meningkatkan mutu susu formula dari semasa ke semasa. Namun begitu kepekaan serta kajian terhadap kesan sampingan dari lemak sayur, vitamin sintetik serta gula dari sumber lain seperti corn syrup solids masih kurang pada masa ini

Bagi saya, jika ada tambahan gula saya elak . Saya juga elak bahan pengemulsi tetapi bahan emulsi lecithin dari soya yang paling selamat . VItamin tambahan pula saya tidak berapa gemar sebab lebih baik jika diambil vitamin dan zat galian dari sumber asli dari sumber sintetik .

Lagi banyak bahan tambahan lagi tinggi kemungkinan pada alahan.

Setakat ini yang susu yang saya jumpa yang paling kurang bahan tambahan adalah Fernleaf Full Cream dimana hanya ada satu bahan tambahan ia itu soya lecithin.

Bagi orang yang minum susu terus sakit perut atau buang air cair atau asyik terkentut, mungkin individu itu ada alahan pada laktosa dalam susu dan susu yang diminum menjalani proses fermentasi dalam perut menyebabkan sakit perut dan angin. Solusinya adalah : tak perlu minum susu.

bersambung insya allah .

Ada Apa Dengan Susu bahagian 2

Yang saya sebut semalam adalah berkenaan susu lembu segar.
Bila sebut segar atau fresh milk, yang kita selalu dapat adalah yang dibeli di pasar raya yang sudah di pasteurize. Ini adalah proses untuk matikan kuman dan proses ini penting sebab susu lembu boleh mengandungi kuman yang boleh bawa penyakit pada orang yang meminumnya.

Bezakan susu segar dari susu UHT. Susu UHT bukan susu segar, ia lalui proses panas yang lebih tinggi dan boleh disimpan tanpa peti sejuk sebelum dibuka. Proses pemanasan ini secara amnya menurunkan kualiti dan khasiat susunya.

Selain dari perbezaan beta casein dalam susu A1 dan A2, ada bahan lain dalam susu yang dikeluarkan secara komersial.

Susu yang terbaik adalah susu dari lembu yang memakan rumput asli. Lembu dari New Zealand adalah yang terbaik dalam perkara ini, manakala susu yang kurang khasiat atau lebih banyak pencemaran adalah dari lembu yang makan banyak jagung dan soya yang mungkin juga dari produk GMO serta mengandungi bahan herbicide dan pesticide. Ini kebiasaannya berlaku di USA.

Susu mengandungi banyak hormon yang memang semula jadi ada dalam susu, tetapi susu juga boleh mengandungi hormon yang diberikan untuk membanyakkan susu, akan tetapi, hormon ini, Bovine Somatotropin, tidak dapat diserap ke dalam badan manusia. Hormon yang boleh menjejaskan manusia yang minum susu adalah hormon jenis estrogenic dan juga IGF-1 (Insulin like growth factor). Susu dari lembu yang makan selain rumputlah yang ada phytoestrogen seperti soya mengandungi lebih banyak hormon estrogenic .

Ini antara sebab saya selalu suruh lihat dari mana susu dihasilkan dan apa proses yang susu itu lalui.

Apapun awas, jangan sampai anak terlalu bergantung pada susu sebab terlalu banyak susu bererti pengambilan terlalu banyak hormon yang akan ganggu proses badan dan mungkin juga bertindak sebagai carcinogenic.

Ada banyak lagi hormon yang mungkin terdapat dalam susu lembu dan sesiapa yang ingin tahu lebih boleh rujuk artikel rujukkan yang saya bagi linknya dibawah.
.
Selain dari hormon, susu juga boleh mengandungi racun herbicide dan pesticide yang terkandung dalam makanan dia dan inilah sebab tambahan kita perlu pilih lembu yang makan rumput .

Lembu yang sakit dirawat dengan antibiotik tetapi perkara ini tidak perlu dibimbang sebab negara dimana undang-undang keselamatan makanan ketat seperti di Australian dan New Zealan dan juga EU, susu yang dihasilkan telah diuji supaya tidak mengandungi antibiotik didalamnya .

Sebagai konklusi : Awas jangan terlebih minum susu, awas jangan salah pilih susu.

Esok kita bincang pula khasiat susu dan juga susu formula dan susu serbuk

further reading.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4524299/

Ada apa dengan susu 1

ADA APA DENGAN SUSU ? Bahagian satu

Soalan ini saya ditanya berkali-kali. Bukankah susu minuman yang terbaik? Rasul saw pun banyak minum susu kan? So kenapa saya ni asyik suruh pesakit saya hentikan susu atau kurangkan susu? Kenapa pula saya suruh baca label sebelum beli susu? Apa beza susu segar, susu UHT dan susu tepung?

Beza susu lrmbi dan susu manusia

Apa pula yang dinamakan susu formula dan apa pula minuman ‘liquid food” yang di olah supaya lengkap khasiatnya dan boleh mengandungi susu ?

Bila nak dijawab semua soalan ini akan ada banyak bahagianlah posting ini jadi kita mulakan dengan SUSU LEMBU sahajalah sebagai permulaan.

Susu lembu zaman Nabi SAW dengan susu lembu zaman kita berbeza. Sebenarnya zaman Nabi SAW di Mekah/Madinah ada susu unta dan susu kambing. Ada juga lembu di zaman itu, tetapi ditempat lain.

Umumnya susu kambing lagi mudah hazam dari susu lembu tetapi susu lembu zaman sekarang lagi susah hazam dari susu lembu zaman nabi .

Kenapa ya ?

Casein adalah bahagian protein dalam susu. Ada dua jenis – Whey dan Casein. Whey yang mudah dihazam dan casein yang lebih susah dihazam.

Bahagian Casein ada banyak jenis, dan bahagian Beta Casein yang datang dari lembu A1 selalu dikenalpasti sebagai penyebab kepada masalah penghazaman. Ini adalah kerana lembu yang keluarkan Beta Casein jenis A1 memerlukan lebih banyak enzim untuk hazam dan bagi individu yang ada masaalah enzim, akan timbullah masaalah pengazaman.

Ada lembu yang keluarkan susu A1 sahaja, ada yang keluarkan susu A2 sahaja dan ada lembu yang keluarkan kedua-dua A1 dan A2. Umumnya boleh dikatakan lembu hitam putih (Holstein) adalah lembu A1 dan lembu kampung dan lembu Guernsey adalah A2. Manakala lembu Jersey dan Ayrshire mengeluarkan kedua-dua jenis beta Casein dengan sama banyak.

Lembu kita dari kampung yang warna coklat itu adalah breed lama dan breed baru A1 sebenarnya breed mutasi. Zaman Rasul saw, lembu adalah lembuh yang ada Beta Casein A 2.

Susu ibu ada perbezaan dalam jenis asid amino dalam chain walaupun nampak macam sama dengan susu A1. Perbezaan asid amino ini menyebabkan susu ibu mudah hazam.

Beta Casein lebih banyak dalam produk tenusu seperti keju dan jauh lagi banyak dalam keju rendah lemak . Jika kita atau anak-anak sakit perut bila makan keju, mungkin ini bererti kita atau anak tidak cukup enzim untuk hazamkan Beta Casein yang terkandung dalam keju itu dan mungkin Beta Casein itu jenis A1.

Kebanyakkan lembu dari ladang yang keluarkan susu adalah jenis Holstein dan susu mengandungi Beta Casein A1 .

Susu kambing umumnya ada Beta Casein A2. Lembu Kampung warna coklat tu ada Beta Casein A2 .

Walaupun susu yang ada Beta Casein A1 lebih susah hazam dari susu yang ada Beta Casein A2, ini tidak timbulkan masaalah jika pengambilan susu tidak banyak dan individu tidak ada masaalah kekurangan enzim atau penyakit usus yang menyebabkan daya hazamnya kurang.

bacaan tambahan

Resepi Bone Broth

Bone Broth

Clear broth untuk khasiat yang boleh sembuhkan usus

Resepi Bone Broth

1 kg Tulang : kambing atau lembu atau kaki ayam. Pilih tulang lembu kampung, Untuk kaki ayam pilih yang bebas antibiotik

2 sudu besar Apple Cider Vinegar

Celery stick satu batang

carrot, 2 biji potong dadu.

bawang besar sebiji potong 4

Garam bukit 1 sudu teh

VCO 1 sudu besar .

6 liter air .

Rebus sejam dalam pressure cook atau  tiga jam api rendah  atau 8 jam dalam slow cooker, tapis ambil air sahaja. Paling baik adalah slow cooker .

Awas guna hanya pot crockpot atau stainless steel. Jangan guna periuk aluminum.

Selepas sejuk bekukan dalam bekas ice cube untuk di masukkan dalam masakan .

Khasiat Bone Broth

1.  Mengandungi bahan mineral dan sangat mudah diserap oleh badan. Antara bahan mineral dalam bone broth termasuklah:

· Kalsium

· Magnesium

·Phosphorus

·Zat galian ‘trace minerals’

2. Lemak di dalam bone broth membantu menangani masalah usus. Masalah usus membawa kepada masalah lain seperti atopy termasuk allergi lain serta asthma.Masalah pembelajaran dan fungsi otak juga boleh dikaitkan dengan masalah usus.

3. Sumber gelatin dan collagen yang baik

·       Memperkuatkan sendi

·       Memperkuatkan kuku dan rambut

·       Membantu menangani masalah leaky gut

·       Memperkuatkan ‘connective tissues’ ( urat )

4. Sumber amino asid

·Glycine – Sangat penting untuk memastikan anda mendapat kulit, tulang, ligament dan tendon yang kuat dan sihat.

·Proline – membantu menyahtoksin hati

5.Bone broth mengandungi sesetengah vitamin B;

·Niacin dan riboflavin yang memainkan peranan dalam metabolisma dan bantu badan hazamkan karbohidrat protein dan lemak untuk hasilkan tenaga

6. Bone broth kaya glucosamine dan chondroitin dua nutrisi yang bantu kesihatan sendi

RESEPI guna bone broth

NASI BONE BROTH

10 cube bone broth frozen

Air bertapis untuk tambah untuk cukupkan 3 cawan

Beras Basmati 2 cawan di basuh dan toskan

Minyak kelapa 2 sudu besar minyak bijan satu sudu teh.

Bawang besar dan bawang putih 5 ulas hiris halus

halia sebesar ibu jari hiris halus

Garam bukit secukup rasa

Carrot sagat ( optional ) lebihkan air jika guna

Jika nakkan rasa berempah guna rempah sup sesudu besar

Dalam periuk nasi:

Tumis bawang dan halia dengan minyak hingga kuning. Rempah sup jika guna.

Boleh juga tumis diluar dulu baru masukkan dalam periuk nasi

Masukan beras bone broth dan air

Bila separuh masak masukkan carrot sagat dan kacau perlahan

Biar sampai masak .

Hidang dengan sup bone broth atau sup sayur bone broth, salad dan ayam goreng

SUP SAYUR BONE BROTH

10 CUBE bone broth

Carrot sebiji

5 tangkai bunga kobis dan brokoli

Tomato potong 4 buang biji

Bawang putih bawang merah hiris

Halia muda 2 inci, hiris

Serbuk lada hitam

Garam bukit secukup rasa

Minyak kelapa atau kelapa sawit 2 sudu besar untuk menumis

Tumis bawangan dan halia, masukkan bone bone, masukkan sayur dan garam bukit dan lada hitam , didihkan hingga empuk, tambah air.

Boleh juga di tambah mee kering ( air dried organic  ) terus kedalam sup sambung didihkan dengan api kecil hingga lembut .

Untuk buat mee yang lebih sedap boleh tambah kicap pekat dan minyak bijan.

Boleh juga di tambah telur kedalam sup dengan memecahkan dan memukul telur dan masukkan kedalam sup yang sedang mendidih . Tuangkan telur itu perlahan lahan kedalam sup yang sedang mendidih.

Sayur lain yang boleh di gunakan untuk mee adalah bokcoi dan sawi .

Isi ayam pun boleh di gunakan, ini perlu di masukkan dahulu sebelum sayur .

SUP CARROT BONE BROTH
Potong 5 biji carrot,
Tomato 3 biji dipotong dadu buang biji( biji tinggi histamine)
Garam, sebuk lada hitam ikut rasa
Bone broth satu bekas
Bawang besar 2 biji hiris , bawang putih 5 ulas hiris
Cheese slice 4 keping atau cheddar cheese suku buku
Butter 2 sudu besar
Cara
Tumis bawang dengan minak masukan semua bahan dan rebus hingga lembut.
Guna blender tangan untuk jadikan sup krim.
Tambah cheese slice atau cheddar cheese yang di sagat
Masukkan butter
Letak semula atas api kecil hingga cheese sudah larut
Carrot boleh di gantikan dengan pumpkin untuk buat sup pumpkin bone broth

NASI GORENG MEE GORENG DAN MEEHOON GORENG BONE BROTH

Guna resepi yang biasa di gunakan
Guna bone broth cube dalam 3-5. Selepas tumis perencah semasa masukkan lauk/sayur, masukkan bone broth beku dan tunggu hingga kering sebelum masukkan nasi, mee atau meehoon.

Terapi Garpu Penalaan

Terapi Bunyi dengan Garpu Penalaan .

Sejak awal 2000 terapi dengan Garpu Penalaan telah menjadi  sebuah terapi yang di gemari di kalangan orang yang minat dengan terapi kegunaan gelombang.

Bukan saja ia di dapati berkesan, terutama dalam mengimbang semula emosi bahkan ada banyak kajian bahawa  nada dari garpu penalaan boleh rangsangkan otak dan juga tisu badan ke arah penyembuhan. Link pada research saya akan beri pada akhir artikel.

Melalui scan medan Bio,( Biofield reader) kami di Homeopathy Integrasi dapat kesan perubahan pada medan bio pelangan yang jalani terapi dengan garpu penalaan. Kini terdapat beberapa cara yang di gunakan di Homeopathy Integrasi termasuk Biofield Tuning dan Vibrational Chronotherapy serta spot treatment mengunakan weighted tuning fork .

Kini saya berpendapat ilmu dan terapi ini perlu di perkembangkan di Malaysia untuk menfaatkan lebih ramai orang.

Maka dengan ini saya tawarkan kelas webinar serta Latihan praktikal untuk sesiapa yang berminat.

Rancangan masa depan adalah mewujudkan persatuan terapi Garpu Penalaan dibawah Light of Healing Treatment and training centre bagi yang ingin menjadi terapist.

Teknik nya amat mudah dipelajari dan dengan Latihan semasa praktikal kenayakkan orang dapat menguasainya dan mengunakan Teknik ini kepada ahli keluarga sendiri .

Peserta boleh ambil mana-mana kelas berasingan tetapi di syurkan ambil kelas pendahuluan sebelum yang lain .

Untuk yang nak guna sendiri cukup ambil kelas 1 dan 3 dan hadhir praktikal 3 jam

Garpu Penalaan berhaga  dalam RM 30 -50 untuk weighted tuning fork dan antara 100-300 untuk satu set unweighted tuning fork . Peserta akan di beri pilihan untuk beli set permulaan.

References

https://www.researchgate.net/publication/317503571_The_tuning_fork_and_the_Soundtherapy

https://mrmjournal.biomedcentral.com/articles/10.1186/2049-6958-9-41

https://www.researchgate.net/publication/309465157_Effect_of_tuning_fork_generated_frequencies_on_cognition_in_snails_Achatina_fulica

https://www.biofieldtuning.com/

Siri Webinar adalah seperti berikut

  1. Pengenalan pada garpu penalaan dan cara melakukan Tuning Medan Bio  Yuran RM 50
  2. Vibrational Chronotherapy Yuran RM 50
  3. Mendalami ilmu Garpu Penalaan dan merawat diri Yuran Rm 50
  4. Praktikal 1 3 jam yuran RM 80
  5. Praktikal seterusnya dengan merawat 5 kes di pantau oleh terapist, ujian dan lapuran kes RM 500 ( khas untuk yang ingin menjadi terapist sahaja )  
  6. hubungi saya di wasap.my/601120809810 untuk daftar dan maklumat lanjut
Scan Medan Bio mengunakan Biofiled reader menunjukan perubahan yang berlaku selepas sesi Tuning Medan Bio

Disclaimer : terapi ini tidak membuat sebarang dakwaan sebagai modaliti perubatan dan tidak di akui oleh para doktor sebagai rawatan .

Gejala Radang?

Soalan pembaca:

Kalau orang yang mudah jadi gatal-gatal dan sakit otot, lenguh-lenguh, ape yang patut di amalkan ye doktor?

Respon saya:

Kesemua gejala ini adalah gejala radang dalam badan serta gejala histamine intolerance.

Langkah pertama adalah jumpa doktor buat ujian profile untuk pastikan liver, kidney, profail darah, profail lemak serta c reactive protein, esr, dan homocysteine dalam keadaan normal.
Jika ada yang tidak normal dapatkan rawatan.
Jika tidak ada rawatan konvensional dapatkan rawatan functional medicine untuk betulkan atau jumpa pengamal perubatan komplementari yang bertauliah.

Dari segi makan kaji dan elak apa yang badan alah. Kaji makanan tinghi hitamin, kaji makanan yang menyebabkan radang seperti makanan termemar toksin, makanan berproses yang banyak pengawet pewarna perasa tiruan. Saya, sudah banyak buat penulisan bab ini. Boleh buat search atau beli buku Sihat Bukan Sekdar Ubat.

Suplimen anti radang termasuk

1 prebiotik

  1. Vitamin anti oksidan A, C dan E
    3., Zat galian antioxidan Selenium dan Zinc.
    4.Imbangan omega 6:3. Boleh buat ujian Zinzino Balance test untuk ketahui ratio. Paling baik ration 6:3 adalah 2:1 . Suplimen yang elok adalah Zinzino Balance oil atau minyak Sacha Inchi
  2. Minyak kelapa sebab kandungan Monolaurin yang anti virus anti fungal dan anti bakteria paling baik adalah Virgin Coconut Emulsion
    5.Herba seperti Curcumin, Ginger memang anti radang

Perbincangan lanjut sila join channel dan untuk order online boleh wasap.my/60162627574

Jom Celik Suplimen

#sihatbukansekadarubat

Hubungi kami
0162327574
0105439157