​Celoteh Ramadhan Bahagian 10 Waktu berbuka 

Sedikit panduan makanan untuk berbuka

1. Elak makanan tiruan dan berposes seperti yang saya sudah sebut sebelum ini, saya ulang lagi, pengawet, perasa tiruan, pewarna . Termasuk dalam kategori ini semua makanan tiruan seperti sosej , burger, mee segera dan air cordial serta makanan dalam tin . Elak juga benda dalam plastik dan styrofoam sebab kandungan kimia dan BPA dalam plastik .

2. Elak makanan berempah dan terlalu pedas , perut kosong sepanjang hari , akan sakit bila makan terlalu berempah

3. Awas kimia dalam makanan dan cuba sebaiknya memilih yang kurang tercemar : contoh: ikan yang kurang kimia adalah ikan dipermukaan laut , ayam kampung, lembu kampung , sayur organic atau tanam sendiri , ulam ulaman

4. Elak makan lebih , adalah baik berbuka dengan benda manis, korma adalah ideal . Tak ada korma, ambil buah kering yag lain. Baik juga rehat dulu dan solat sebelum makan berat . Kalau makan berat sangat, akan rasa letih dan mengantuk selepas itu dan ini menjejaskan aktiviti ibadah .

5.Untuk orang yang ada alahan atau alergi pada makanan, bila dia makan bahan yang dia alah semasa berbuka puasa , kesan alahan adalah lebih ketara sebab pada masa ini , perut dan system badan akan menjadi lebih sensitif pada bahan bahan ini .

​Celoteh Ramadan 9 – Gejala awal puasa 

Saya ingatkan bahawa kulit adalah organ detox dan kulit perlu di gosok buang daki . Selain dari itu awas sabun mandi yang ada kimia ! Saya guna sabun buku glycerine yang ada bahan asli . Yang liquid soap banyak jugalah kimianya dan kulit orang puasa lebih senang serap kimia. Ini termasuk shampoo dan ubat gigi.

Saya tak guna ubat gigi yang ada flouride sebab ini sebenarnya racun pada badan kita . BIla saya tak sempat nak beli yang tanpa flouride, saya guna garam bukit saja sebagai ubat gigi .

Kita juga jarang fikirkan kimia yang sedia ada dalam air paip . Bagi yang mampu eloklah pasang filter luar rumah untuk tingakkan mutu air dalam rumah .

Semasa puasa ada beberapa gejala yang berlaku sebab badan membuang toksin antaranya :

1. Mulut berbau busuk

2. Kencing berbau busuk

3. Berak cair /lendir

4. Sakit kepala

5. Lenguh badan

6. Lidah berselaput putih

Ini berlaku awal puasa dan lagi banyak lemak seseorang lagi banyaklah gejala sakit -sakit detox ini. Semakin lama, semakin kurang gejala detox ini dan kita akan tahu bila kebanyakkan toksin sudah keluar bila lidah sudah tidak berselaput putih dan kita sudah kurang letih dan lenguh serta hilang sakit kepala .

Bagi orang yang tidak dapat puasa kerana ada pedih perut bila perut kosong , selalunya dia kena makan ubat tahan asid seperti cimitidine , famotidine dan lain lain ubat histamine H2-receptor antagonist . Ini langkah emergency sebab yang lebih baik adalah rawat secara rawatan ‘ bio-logical’ ie rawatan untuk pulihkan sebab . Antaranya homeopathy, acupuncture & herbs, bioresonance therapy dan lain-lain sepertinya. Memang memakan masa sekurangnya 3 bulan untuk betulkan jadi untuk puasa 2014 ini agak lambat sikit untuk jalani .

Bagi pengidap kencing manis dan darah tinggi dose ubat perlu di ubah dan masa pengambilan perlu di ubah. Bincang dengan doktor peribadi anda . Selalunya saya akan syurkan untuk kurangkan dos ubat hypoglycaemic pada waktu sahur sebab siang hari boleh jadi ‘hypo’ disebabkan tindakkan ubat . Tandanya adalah rasa lemah, gelap mata peluh sejuk dan rawatannya adalah air gula . Ini satu -satunya indikasi air gula dan tidak bererti gula perlu di ambil dalam makanan harian !

Bagi pesakit lelah, inhaler masih boleh digunakan semasa lelah ( ada beberapa pendapat dan ada yang kata batal namun saya lebih cenderung pada ia tidak batalkan puasa.)

Begitu juga suntikkan bila perlu.

Bagi orang puasa, memang akan alami tekanan darah yang rendah dari biasa , dan inilah sebabnya ubat darah tinggi perlu dikurangkan . Ini juga bererti jika orang puasa berdiri lama boleh gelap mata .

Elak berjalan dimatahari terik dan elak bersenam di awal pagi puasa, cuma bersenam pada waktu petang sebelum berbuka.

Celoteh Ramadhan 7 – Sahur!

sahur
Apa nak makan untuk sahur ? Kita sudah tahu bahawa puasa kita adalah intemittent fasting dan ada manfaat fisikal ia itu detox badan dari toksin yang terperangkap dalam lemak dan detox juga dari bahan buangan ( waste materla) yang terperangkap dalam sel .
Kita juga tahu toksin tersebut adalah dari makanan kita , kita dalam bentuk pengawet perasa tiruan dan pewarna. Toksin juga dari kimia dalam racun serangga dan baja kimia dalam makanan kita serta pencemaran air yang akan mencemarkan makanan laut yang dimakan .
Ini bererti untuk sahur kita perlu makan makanan yang bebas dari kimia jika kita mahukan manfaat detox puasa . Jika kita makan makanan berkimia seperti mee segera dan minuman yang ada pewarna dan perasa tiruan , bererti kita akan masukkan kimia lagi kedalam badan .
Makanan untuk sahur juga perlu ada lemak yang baik supaya boleh memberi tenaga sehingga petang . Ia juga perlu ada serat ( fiber) supaya proses penghazaman akan makan masa lebih lama .( lambat rasa lapar ) .
Makanan juga sepatutnya yang paling asli yang kita mampu sediakan.
Sebagai contoh makanan untuk sahur :
1. Sup sayur ( organic )
2. Beras parboiled ( terbanyak khasiat selepas beras dari padi Jelapang)
3. Ikan bakar dengan air asam
4. tempe bakar ( goreng sikit pun takpe )
snek & dessert : buah korma dan sunflower & pumpkin seeds
Minuman – air putih bertapis , limau madu ( fresh ) air halia limau dan lain-lain.
Minuman berkafein eloklah di hadkan sebab kafein akan menyebabkan diureses ia itu banyak kencing dan ini bawa pada dehydration ( kurang air dalam badan).
resepi ibu saya air halia : untuk segelas
Halia muda 2 inci ( tumbuk ) limau nipis sebiji diperah, gula merah secukup rasa, air panas segelas.
Tuangkan air panas keatas halia tadi , tambahkan jus limau nipis dan gula merah . Kalau nakkan sejuk boleh tambah ais tapi lebih baik panas !

​Celoteh Ramadhan 6 Memaksimakan manfaat puasa

Antara perkara yang menyokong kita semasa puasa adalah kita puasa serentak dengan seluruh umat Islam keliling kita atau sekurang-kurangnya bagi orang yang tinggal dinegara bukan Islam kita tahu ada umat Islam sedang puasa sama.

Antara perkara yang menghalang kita untuk mendapat manfaat puasa sepenuhnya juga adalah budaya sekeliling puasa dimana pada bulan puasalah semakin ramai menumpukan perhatian kepada makanan dan ahli keluarga kita meminta masakkan istimewa untuk berbuka sedangkan kita sedang fikirkan untuk tahun ini kita nakkan puasa yang memaksimakan manfaat dari segi fisikal , mental, emosi dan spiritual.

Posting ini saya fokuskan aspek detox dan memaksimakan fat loss ( serta toxin removal ) dengan mengekalkan kekuatan otot.

Semasa berpuasa, mandi awal pagi dan pastikan kita mandi dengan membuat scrubbing sekali serta urut otot otot kita untuk mengoptimakan pengaliran darah dan buang daki ( kulit mati ) kita. Ini adalah supaya kulit kita, sebuah organ detox badan kita akan berada dalam keadaan paling optima untuk menerima bahan detox . Bila ada daki tebal, maka kulit kita tak dapat keluarkan bahan buangan melalui sel kulit yang mati .

Jangan banyak tidur kecuali sekejap sebelum zohor dan tumpukan perhatian kepada kerja dan juga ibadah wajib dan sunnah. Elak dari bersembang kosong tapi elok juga bersembang mengeratkan sialurrahim dan elok juga memberi ilmu yang manfaat atau sampaikan berita yang mengandungi teladan.

Puasa dari berita sensasi dari facebook serta gambar gambat terlarang dan juga umpatan. Jangan buat dan jangan dengar !

Di sebelah petang, selain dari menyediakan juadah berbuka dengan teliti, buatlah senaman ringan, terutama yang berbentuk weight training .

Boleh beli dumbell kecil dan buat lunges sambil berjalan ke depan , ke belakang dan ke sisi. Waktu senaman hanya 20 minit tapi nak buat lebih pun boleh. Elok jangan bersenam pada waktu pagi sebab kita tidak boleh minum dan mungkin berlaku dehydration tapi pada waktu petang, kita akan berbuka sejurus kemudian dan mengeluarkan peluh akan juga mengeluarkan toksin melalui peluh . Bila kita riadhah begini disamping puasa kita, muscle mass atau kepadatan otot akan kekal atau terbina lagi, air intracelullar tidak akan kurang dan lemak akan kurang.

Ini berdasarkan maklumbalas yang dibuat oleh Spa Muslimah atas beberapa pelanggannya yang melakukan senaman semasa puasa dengan mengamalkan makanan yang mengoptimakan kesan detox puasa.

Disebaliknya , bagi yang tidak bersenam, water loss adalah ketara disamping fat loss dan kekurangan muscle mass. Ini bererti tubuh badan menjadi lemah dan selepas Raya , terus naik balik seperti sebelum puasa!

Apa pula kalau sudah memang kurus ? Masih elok bersenam supaya tidak kehilangan muscle mass !

Hubungi saya di 0105439157 untuk temujanji.

Untuk bertanya dan diskusi selanjutnya sila join Jomsihat Dr.Suriyakhatun facebook group.

Celoteh Ramadhan Bahagian 5 fisiolgi puasa.

Celoteh Ramadhan bahagian 5

Fisiologi puasa

Puasa dipanggil ‘intermittent fasting’ kerana kita menahan dari makan dan minum selama beberapa jam dan selebihnya kita akan makan dan minum . Kajian telah dapati bahawa ‘intermittent fasting ‘ mempunyai kesan baik terhadap kesihatan. 

Antara kesan baiknya adalah :

1. Membetulkan ‘insulin resistence ‘ dimana badan kurang peka pada hormone insulin dan ini menyebabkan badan tidak boleh bakar karbohidrat untuk menukarkannya menjadi tenaga maka senang gemuk dan letih, lama kelamaan mengidap kencing manis .

2. Meningkatkan kadar ‘growth hormone’ ia itu hormone awet muda .

3. Meningkatkan fungsi otak dengan meingkatkan protein BDNF yang mana ia mencetuskan sel ‘brain stem’ otak menjadi neuron baru . Ia juga mencetuskan supaya kimia ‘neurotransmitters’ menjadi seimbang. Ini melindungi dari penyakit Alzhheiner’s dan Parkinsons dan melindungi dari cepat nyanyuk dan pikun.

4. Didapati bila binatang makmal dipaksa jalani puasa ‘intermittent fasting’ mereka hidup lebih lama dan bagi yang mengidap kanser, mereka juga lebih sihat dari grup yang tidak dipuasakan.

Puasa macam mana yang akan memaksimakan manfaat puasa ? Adakah orang Islam di Malaysia mengamalkan cara puasa yang optima sepertimana dilakukan oleh Rasul SAW?

Puasa umat Islam dari masuknya waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib dan jangka masanya berbeza dilain-lain lokasi. Makan waktu sahur dilewatkan sehingga sejurus sebelum subuh da nada yang tidak bangun untuk sahur sebab takut tak cukup tidur! Rasul SAW telah tegaskan bahawa sahur itu penting dan juga sahur itu perlu dilewatkan ! Ini sebagai peringatan bagi yang puasa sebab kita nak maksimakan manfaatnya dunia akhirat .

Ada juga orang yang rasakan puasa tak bagus untuk kesihatan sebab akan kekurangan air. Puasa agama lain dan puasa untuk kesihatan tidak menahan dari air . Sejauh manakah pendapat ini benar ? Bila diukur dari segi air dalam badan, kuantiti kekurangan air dalam badan adalah sedikit dan ini tidak memberi kesan buruk jika pada waktu malam, air bersih diminum semasa bertarawih dan semasa berehat .

 Sediakan botol air pada waktu malamnya .

Kajian keatas orang yang berpuasa telah dapati bahawa puasa akan turunkan tekanan darah diastolic, turunkan kadar kolesterol dalam darah serta kadar gula dalam darah . Ini ada implikasinya pada orang yang sedang memakan ubat kencing manis dan darah tinggi serta ubat kolesterol.

Mungkin juga ada yang dapat rasa bahawa dalam bulan puasa, pemikirannya bertambah baik. Mungkinkah ada sebab ini boleh berlaku? Sebenarnya pada bulan puasa, pengaliran darah ke otak bertambah baik pada waktu puasa sebab darah tidak diperlukan dibahagian organ pencernaan!

Detox berlaku diperingkat sel-sel badan semasa puasa. Cuba bayangkan seorang pembantu rumah mengemas rumah diwaktu semua anak majikannya berada dirumah . Baru kemas sudah berselerak semula ! Begitulah sel sel semasa kita makan dan terus makan tanpa had, proses membersihkan sel dari bahan buangan tergendala dan hanya akan efisyen semasa puasa. Maka semasa puasa sel-sel badan akan mula buangkan bahan buangan yang mungkin sudah lama terperangkap dalam sel .

Badan kita, bila tidak mampu membuang bahan buangan keluar dari badan akan menyimpannya ditempat yang dikirakan ia akan membawa paling kurang mudarat . Di mana agaknya tempat ini ? Ia adalah dalam sel lemak.

Badan mengunakan glucose dan seterusnya tenaga tersimpan dalam hati dalam bentuk glycogen untuk menghasilkan tenaga. Glukos datang dari makanan karbohidrat maka inilah makanan yang utama kita. Nasi, roti , mee, kentang dan lain lain adalah karbohidrat . Bila kita puasa, bekalan karbohidrat untuk hasilkan gula akan habis dan ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah menurun. Maka, selepas habis digunakan glycogen, badan kita akan dapatkan simpanan lemak kita untuk hasilkan tenaga .

Sebenarnya, bekalan glukos dan glycogen selepas makan kita cukup untuk 8 jam, maka kita akan rasa letih hanya menjelang waktu berbuka . Bila kadar glukos rendah, dengan sendirinya badan akan tukarkan lemak menjadi tenaga dan kita tidak akan alami tanda kurang glukos. Jika tidak makan sahur, maka kita akan rasa letih lebih awal !

Rasa lapar bukan bererti glukos sudah kurang sebab lapar adalah mekanisma kebiasaan ( habit ).

Tanda-tanda kurang glukos adalah berpeluh sejuk dan gelap mata serta lemah.

Orang-orang yang perlu awasi tanda kurang glukos semasa berpuasa adalah :

1. Orang tua

2. Orang sakit atau orang yang terlalu kurus ( simpanan lemak terlalu kurang )

3. Pengidap kencing manis yang memakan ubat oral hypoglycaemics

4. Wanita mengandung dan menyusukan

5. Kanak-kanak

6. Puasa di Negara yang waktu puasa melebehi 12 jam.

Bila kita lihat senarai ini , nyata bahawa banyak dari kategori ini adalah yang dikecualikan dari wajib berpuasa. Nyata bahawa Islam bukan agama yang tidak rasional ! Namun ramai umat Islam tidak rasional pula dan berdegil nak puasa walaupun badan tak mampu ! Ini bukan bererti saya suruh semua golongan tersebut untuk tidak puasa tapi saya suruh nilai sama ada boleh puasa atau tidak dan tidak salah untuk cuba tetapi bila timbul gejala kurang gula seperti disebutkan , sampai masanya untuk berbuka puasa !

Bagi pengidap kencing manis, sila berjumpa doctor anda dan bertanya bagaimana nak tukarkan dos dan waktu makan ubat kencing manis. Waktu sesuai adalah masa berbuka dan sebelum tidur. Waktu tidak sesuai adalah waktu sahur sebab pada siang hari ubat masih bertindak sedangkan kita tidak makan 

Hubungi untuk temujanji di 0105439157.

Celoteh Ramadhan bahagian 4 

Celoteh Ramadhan bahagian 4
Proses detox puasa

Puasa akan keluarkan toksin dari dalam sel, terutama sel lemak . Semasa kita tidak puasa, diperingkat sel, badan kita akan cuba keluarkan kesemua kimia dan bahan perkumuhan sel dari dalam sel balik ke darah. Dari darah, bahan buangan dan kimia yang tidak diperlukan di keluarkan dari badan melalui air kencing, peluh, wap nafas dan juga berak melalui empedu. Toksin yang tidak berjaya dikeluarkan dari dalam badan dimasukkan kedalam sel lemak.
Apabila kita berpuasa, bila bekalan karbohidrat sudah habis digunakan serta ‘glycogen’ digunakan, lemak akan mula dibakar untuk jadikan tenaga . Proses ini akan berlaku lebih baik jika semasa puasa kita banyak gunakan tenaga fisikal atau kita bersenam.
Kajian menunjukkan hormon endorphin akan mula meningkat dalam darah semasa puasa dan orang yang puasa akan mengalami perasaan postif dan segar dengan syarat semasa selepas berbuka kita makan cara seimbang makanan yang bersih dari toksin, senang hazam serta mengandungi khasiat secukupnya.
Air juga perlulah yang bersih, bebas dari kimia, mengandungi zat galian yang selalunya ada dalam air mineral dari sumber yang baik. Air RO dan air suling tidak mengandungi zat galian. 
Ginjal ( kidney) amat efisyen mengimbangi kandungan air dalam badan ( intracellular) serta kandungan zat galian sel seperti natrium dan kalium . Zat galian ini akan keluar dari badan melalui peluh maka makanan berbuka perlu mengandungi zat galian dan protein serta karbohidrat kompleks serta lemak.
Sebagai rumusan 
Makanan untuk berbuka perlu seimbang dengan protin, karbohidrat, lemak, zat galian serta vitamin asli dan air kena cukup . Adalah amat ditekankan bahawa memakan makanan berkimia, berproses, tercemar semasa berbuka mengurangkan khasiat puasa dan apa pula jika kita lakukan dengan sengaja? Apa erti halalan toyiban? Cukupkah halalan toyiban jika kita memakan daging yang disembelih dan juga tidak memakan babi ? Apa pula jika kita makan daging yang sudah disembelih tetapi sudah melalui proses pembusukkan atau daging dicemari kimia sedangkan kita ketahuinya dan kita berikan pula makanan itu kepada ahli keluarga kita ? Maksud saya : daging tak fresh, daging penuh kimia seperti sosej dan burger .

Mungkin saya tidak ada kepakaran untuk huraikan akibatnya diakhirat namun didunia ini jika kita memakan makanan tersebut pada waktu berbuka, kesannya kita akan dapat secara tunai!

#suriyapuasa
Posting ini boleh dishare dengan credit ke Dato’ Dr Suriyakhatun Osman

Medical Doctor, Medical Homeopath, Life Coach and Energy Healer

tel 0105439157 – untuk temujanji.